KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau dalam kegiatan salah guna kuasa.
Sumber berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Sebelum ini, sumber memberitahu, siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan bapanya, Dr Mahathir.
Seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan, turut disiasat, namun dalam kes berbeza.
"Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.
"Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.
Post time 29-1-2024 09:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Team tun m. Bapok tua so desperate ..mesti bapok tua tu tgh plan nak heret tun ct hasmah plak ...mungkin pertuduhan bapok tua tu kpd tun ct berbunyi " pertuduhan tak isytihar rambut palsu "...hmm
Post time 29-1-2024 09:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku memang tak suka AI sebab nampak ketara Sgt dgn jelas mcm balas dendam tp klu anak tun m ni tak tau yg mana Ada kene mengen dgn skandal lembaga pel. Klang LPKFZ Tu.
Aku agakla... Klu projek pelabuhan Klang tu success time Tu dah setanding Busan kot pel. Klang ni... Ni Aku rase je la
Post time 30-1-2024 10:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mahathir tu bape lama lagi mampu nak bercakap, bergerak.. ntah2 dah nak kiok.. jgn tunggu lama2.. sekiranya benar bersalah, tindakan perlu dilakukan secepat mungkin bagi menegakkan keadilan utk rakyat