CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27792|Reply: 8

87 Senjata Api Dijumpai Di Rumah Pesohor Youtube

[Copy link]
Post time 23-12-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Sebuah rumah yang diduduki seorang pesohor YouTube di daerah Mueang diserbu polis Thailand, manakala sebanyak 87 senjata api ditemui, lapor portal berita Thaiger semalam.


Serbuan yang dirancang untuk mengukuhkan keselamatan awam menjelang musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun itu membawa kepada penemuan 87 senjata api pelbagai jenis bersama 4,576 butir peluru dan tujuh magazin di rumah tersebut.






Ketua Polis Bandar Phitsanulok, Mejar Nikhom Kheunopparat mendedahkan penemuan yang membimbangkan itu, lapor akhbar Bangkok Post.


Pesohor media sosial berkenaan,  Trinsak Wachirasrisirikul, 33, yang memiliki saluran YouTube, Tacticool BoB berkata, semua senjata api yang ditemui telah diwarisi dan didaftarkan secara sah di bawah nama bapanya.


Bagaimanapun, polis masih meneliti kesahihan pemindahan hak milik itu.


Sekiranya tiada penyerahan dilakukan secara sah, Trinsak mungkin menghadapi pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa permit, kata Nikhom.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 08:59 PM | Show all posts
banyak2 mcm tu nak buat apa ya? kat sana tak dianggap tahap jenayah melancarkan perang terhadap raja Rama X ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku gi pdg besar, sebelah msia je....
Ada org kaya pi shopping, ada 4org bodyguard dgn senapang ikut dia....tak pernah nmpak mcm tu kat msia.....bodyguard tu pulak bkn mcm guard kat kedai emas dok statik kat situ....mata melilau dgn tgn ready je nk menembak.....seram aku weiii.....tak pasal2 mati katak pulak aku

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 23-12-2023 08:59 PM
banyak2 mcm tu nak buat apa ya? kat sana tak dianggap tahap jenayah melancarkan perang terhadap raja ...

Bkn perang dgn raja deme.. ni ala2 kartel dadah mexico ka latin amerika.. dok umah agam, ada guns.. nak piu piu piu pun senang bila geng kartel bergaduh berebut kawasan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang content dia pasal senjata,tembak2..memang la banyak koleksinya..lainlah kalau content,memasak,tiba2 banyak senjata..baru pelik namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
YouTuber senjata api paling hebat namanya Jaeger z999...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2023 08:34 PM | Show all posts
Belibis replied at 24-12-2023 07:51 PM
Memang content dia pasal senjata,tembak2..memang la banyak koleksinya..lainlah kalau content,memasak ...

betullah.. mungkin tak ada kes ni. .. lesen jerlah


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-12-2023 09:12 PM
Bkn perang dgn raja deme.. ni ala2 kartel dadah mexico ka latin amerika.. dok umah agam, ada guns. ...

baru tengok citer piu piu ... bila sebut perkataan piu piu terus terigt hehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 24-12-2023 08:38 PM
baru tengok citer piu piu ... bila sebut perkataan piu piu terus terigt hehee

Hang tgk kartun ka? Alkisahnya...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078359 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list