yer u takkan tak tahu
masa preggy tak di galakkan untuk cabut gigi
Jawapannya sangat boleh tetapi tidak digalakkan. Persoalan yang betul adalah bila waktu yang sesuai untuk saya cabut gigi sewaktu saya mengandung. Kebiasaannya ibu mengandung tidak digalakkan untuk mencabut gigi semasa trimester pertama. Yakni dari bulan pertama mengandung sehingga bulan ketiga. Ini kerana kandungan masih baru. Semasa 3 bulan pertama pembentukan organ-organ dan bahagian muka keseluruhannya. Fasa kritikal adalah apabila kandungan berusia 5-8 minggu. Fasa pembahagian sel fetus. Begitu juga bila kandungan di trimester ketiga (7-9 bulan) kerana bimbang kelahiran pramatang. Semasa trimester ketiga ibu agak sukar untuk bergerak dan baring di kerusi pergigian. Boleh berlaku supine hypotension syndrome kepada ibu di mana ibu baring dan berada dalam keadaan tidak selesa. Tekanan darah menjadi rendah disebabkan baring. Kebiasaannya waktu yang paling sesuai untuk mencabut gigi adalah sewaktu trimester kedua (4-6 bulan). Kebiasaannya ini yang kami syorkan. Hanya kes yang amat perlu kami lakukan, kalau tidak kami nasihatkan untuk lakukan selepas kelahiran bayi.
|