CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1779|Reply: 24

"Saya Sarifah Aloyah Hassan, Mengarahkan Kamu Untuk Memanggil Kawan-Kawan," Rider Seram Dapat Ibu Duit, Ada Mantera Tarik Wang Atas Not RM10

[Copy link]
Post time 22-6-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh di media sosial, seorang pengguna berkongsi tentang penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10 dipercayai dijadikan ibu duit digunakan seseorang untuk membeli makanan.


Menurut Zulaika yang bekerja sebagai penghantar makanan, wang kertas berkenaan dipenuhi tulisan tangan menggunakan pen berdakwat biru. Ia ditulis dengan perkataan berikut:








"21.3.2001, pukul 13.23. Saya Sarifah Aloyah Hassan hari ini memberikan komitmen saya untuk menguruskan kamu dengan baik dan saya berjanji akan menggunakan kamu dan kawan-kawan kamu.


"Untuk kebahagiaan saya, kesihatan saya, kekayaan saya, kejayaan dan untuk mendapatkan keberkatan dengan membantu orang lain yang memerlukannya.


"Dengan ini saya mengarahkan kamu untuk memanggil kawan-kawan kamu datang kepada saya Sarifah Aloyah Binti Hassan," demikian coretan pada wang berkenaan.







Menurut Zulaika, dia menerima wang berkenaan daripada seorang pelanggan yang membuat bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD).


"Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja.


"Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan... barulah nampak," luahnya.



Perkongsiannya Zulaika mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata seperti mengetahui maksud di sebalik wang dipenuhi tulisan berkenaan.


"Ibu duit macam menjemput rezeki. Mungkin duit terakhir orang tu.


"Orang tu pun satu hal, ada ibu duit tapi duit tak ada... macam mana nak ada duit.


"Ada nama dengan dia suruh duit panggil kawan-kawan dia. Ibu duit ni," ujar beberapa warga maya.


Tidak kurang juga yang menyatakan 'mantera' yang tertulis itu boleh menyebabkan orang lain terkena sihir.


"Tak berani aku baca habis, takut berjangkit... takut kena sihir.


"Senang saja, kalau was-was... bakar. Kalau takut nak bakar sendiri, cari ustaz," luah beberapa pelayar lagi.


Sebagai peringatan bersama, umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.


Seperti yang dihuraikan secara panjang lebar menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan itu termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 11:51 AM | Show all posts
Lorr... cer masuk dlm mesin CDM kot2 mesin tu terima terus masuk akaun bank
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 11:59 AM | Show all posts
KamikuP replied at 22-6-2023 11:51 AM
Lorr... cer masuk dlm mesin CDM kot2 mesin tu terima terus masuk akaun bank

kalo x leh masuk rugi la rm10,kalo beli ape2 pun blom tentu org nk duit conteng mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:15 PM | Show all posts
pulangla balik kat org bg tu.. kita nak guna pun x boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:23 PM | Show all posts
KamikuP replied at 22-6-2023 03:51 AM
Lorr... cer masuk dlm mesin CDM kot2 mesin tu terima terus masuk akaun bank

boleh je masuk CDM. itu la trick yang weols guna kalau dapat duit conteng, duit terkoyak.

Kalau pergi kaunter bank, confirm duit ni dah tak ada value lagi sebab contengan tu adalah secara sengaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Di zaman chatgpt dan AI bakal menguasai bumi pon masih ada yang percaya benda cenggini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2023 01:04 PM | Show all posts
ada ibu duit tapi takde duit
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 22-6-2023 12:32 PM
Di zaman chatgpt dan AI bakal menguasai bumi pon masih ada yang percaya benda cenggini

Aku nak try suruh ChatGPT generate mantera ibu duit lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernahada cikgu bisnes iols suh tulis target bisnes kita dlm masa 5 tahun. Tulis atas duit. Lg besar nilai duit tu lg bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:11 PM | Show all posts
kemaruk replied at 22-6-2023 12:32 PM
Di zaman chatgpt dan AI bakal menguasai bumi pon masih ada yang percaya benda cenggini

chatgpt la yang bagi guide suh customer conteng duit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:15 PM | Show all posts
duit tersebut gagal capai KPI
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: ada ibu duit tapi takde duit

Kena cari bapak pulak..sepasang baru duit beranak pinak.janji jangan pakai durex.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongak jahhh. Konon ditulis pada tahun 2001 padahal note tuh note baru tahun 2011 yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci i kalau dapat duit kotor berconteng terkoyak sana sini. Jam tu jugak check and pulangkan balik hish
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:03 PM | Show all posts
gigihnya wat karangan pendek kt not RM10..

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:35 PM | Show all posts
Post FB tahun 2015. Ada yg menerima tempahan rupanya buat ibu duit



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford: Post FB tahun 2015. Ada yg men ...


Tangkal lettew.
Asal guna ayat quran je terus tak jadi syirik, tak jadi khurafat. Bidaah aje kamu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu duit amendanyaa...duit tu pun dtg dari kilang duit ...bukan dari langit atau hutan pun....

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
try google nama xde hit la plak cik saripah aloyah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 02:18 AM | Show all posts
Iols pernah dapat duit bertulis2 gini, tapi bukan ibu duit. tapi menyayat hati jugak ler

tulisan tu berbunyi lebih kurang gini, "JANGAN GUNA! Duit terakhir arwah ayah bagi"

lagi satu keping pulak, "Duit raya opah"

Iols sebak baca waktu tu. mesti dia terdesak nak pakai duit sampai terpaksa guna. atau terguna tak sedar. dah la, Iols nak peluk mak ayah  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13131 Replies : 100
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 293694 Replies : 7283
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8800 Replies : 55
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 42642 Replies : 80
[INFO MUDAH]: DEMAM KEPIALU ie TYPHOID FEVER
ipes2[INFO MUDAH]: DEMAM KEPIALU ie TYPHOID F
Views : 6974 Replies : 0
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 9536 Replies : 75
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 11678 Replies : 80
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10643 Replies : 86
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 17159 Replies : 141
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106831 Replies : 2926

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075249 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list