CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1559|Reply: 41

Nayris Dirodok Dengan Parang Lepas Sakan Clubbing "Saya Gigit Leher Dia Sekuat Hati Sampai Gigi Sendiri Pecah"

  [Copy link]
Post time 30-5-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang lelaki nyaris dirodok menggunakan parang oleh seorang penyamun di sekitar Bangsar.


Mangsa, Sam, 30-an berkata, sebelum kejadian dia cuba menempah perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah selepas selesai berhibur di sekitar Jalan Alor, di sini.




Gambar Hiasan




"Masa itu lebih kurang 5 pagi, saya cuba dapatkan Grab (e-hailing) tetapi tak dapat dan pilihan lain adalah tunggu tren tetapi kena tunggu sampai jam 6 pagi baru ada .


"ketika berjalan seorang diri di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Alor, suspek yang menaiki kereta mewah Audi menghampiri saya tawar untuk hantar saya pulang ke rumah.


"Saya was-was juga awalnya tetapi memandangkan tiada pilihan lain dan wajah lelaki itu nampak macam baik lalu saya bersetuju untuk menumpang kenderaannya," katanya kepada Harian Metro


Menurutnya, dia mula berasa resah apabila suspek enggan memberhentikan kenderaan walaupun ketika itu mereka sudah berada di sekitar kediamannya malah terus memandu tanpa tujuan selama lebih sejam.


Sam berkata, suspek bertindak mengeluarkan sebilah parang dan mengacukan ke arahnya berhampiran bangunan Angkasapuri apabila dia mempersoalkan hala tuju mereka.


"Dia keluarkan parang dan acukan pada saya sambil ugut 'kau bising lagi aku kerat kau, jangan main-main dengan aku, aku tengah high (mabuk) ni' dan meminta saya mengeluarkan semua barang berharga.


"Suspek juga meminta nombor pin kad pengeluaran wang automatik (ATM) tetapi saya buat-buat seperti orang bodoh, saya cakap telefon bimbit itu semua barang saya orang bagi dan dia jadi lagi marah," katanya.


Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat sekitar Segambut, di sini, Sam cuba membuka pintu untuk melarikan apabila melihat suspek leka melihat telefon.


Bagaimanapun, belum sempat keluar dari kereta suspek terlebih dahulu menarik Sam lalu terus memecut laju.


Nekad untuk menyelamatkan diri, Sam cuba merampas parang dari suspek berkenaan lalu berlaku pergelutan menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan.


Menurut Sam, mereka saling berbalas pukulan dan dia menumbuk suspek berkenaan sekuat hati untuk menyelamatkan diri.


"Saya fikir sama ada lawan atau mati, jadi bila nampak dia cuba capai parang di paha kanan dia itu, saya cepat-cepat cuba halang…saya bangun dan cuba rampas parang itu tetapi dia cuba tikam dada saya…nasib baik berjaya elak.


"Saya gigit leher dia sekuat-kuat hati sampai berdarah sampai gigi saya sendiri pecah. Kemudian saya buka pintu bahagian pemandu dan meminta tolong orang berdekatan tetapi ramai yang tengok sahaja.


"Sampailah ada dua penunggang motosikal yang masuk campur dan cuba meleraikan pergelutan antara kami," katanya.


Katanya, dia berharap suspek berkenaan ditahan segera kerana khuatir perkara sama terjadi pada orang lain lebih-lebih lagi pada wanita atau kanak-kanak.


Tambahnya, dia mengalami kecederaan dan terpaksa menerima lima jahitan akibat kecederaan dialaminya ketika bergelut semasa cuba menyelamatkan diri. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cari pasal naik kereta orang yang tak dikenali

Sebab audi kan? Kalau yang tawarkan tu naik saga aeroback konfem ko taknak punyalah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:51 PM | Show all posts
adakh penyamun gay cuba meliwat lelaki gay?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang cerita - Jgn percaya siapa2. None. Zero. Nada. Aman hidup ko nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:06 PM | Show all posts
leher besi ke pun jejan tu smpi pecah gigi kau mat

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:11 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 30-5-2023 06:06 AM
leher besi ke pun jejan tu smpi pecah gigi kau mat

wakakaka.. tergelak besar aku baca ni. aku rs dia gigit tulang leher jejan tu lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 02:16 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 30-5-2023 02:11 PM
wakakaka.. tergelak besar aku baca ni. aku rs dia gigit tulang leher jejan tu lah

like he said,"Saya fikir sama ada lawan atau mati"






Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:26 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 30-5-2023 02:11 PM
wakakaka.. tergelak besar aku baca ni. aku rs dia gigit tulang leher jejan tu lah

atau gigi dia gigi veneer kualiti rendah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 02:29 PM | Show all posts
Nasib baik selamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:35 PM | Show all posts
sendiri cari nahas, mujur nyawa panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:46 PM | Show all posts
balik dari kelab gayah ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:47 PM | Show all posts
jangan ada plot twist sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:48 PM | Show all posts
reputs ni buat artikel takde proofread dulu ye..
asal boleh je janji capai kpi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:57 PM | Show all posts
Balik dari kelab gayah ke tu? ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
.........itulah 'pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya'........
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa sebenarnya kau gayah & kau nak bersemburit dengan dia kan? Sebab tu kau ikut kan? Ingatkan gayah, rupanya perompak.. kohkohkoh
Iols yg duduk bangsar pun tak berani nak ikut orang semberono walaupun orang panggil suruh ikut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 30-5-2023 01:51 PM
adakh penyamun gay cuba meliwat lelaki gay?

Tapi hati kuat mengatakan mangsa ni gayah. Mana mungkin laki nak ikut laki naik kereta. Ni mesti dah tanya mangsa duduk mana, tempat mana yg gelap, duduk sorang ke dgn family.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:35 PM | Show all posts
pittjie replied at 30-5-2023 06:26 AM
atau gigi dia gigi veneer kualiti rendah?

weyyyyy hahahaha x terfikir pulak aku tadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 budak2 rempit jugak yg sudi tolong. Yg lain takat tengok aje
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:51 PM | Show all posts
tak tau nak kesian ke nak gelak bercelaru otak aku imagine sebelum, semasa dan selepas kejadian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.568589 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list