View: 1517|Reply: 14
|
Peniaga Pijak Kepala Pemuda Sampai Mati Tenang Dijatuhkan Hukuman Gantung
[Copy link]
|
|
Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pemuda tidak dikenali dengan memijak kepalanya, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, S Pandiaraj, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pembelaan.
Tertuduh bagaimanapun kelihatan tenang sambil menoleh ke belakang memandang wajah ahli keluarganya ketika hukuman itu dibacakan hakim.
Ahmad Nafsy dalam penghakimannya berkata, setelah meneliti keterangan fakta forensik dan laporan bedah siasat, mahkamah mendapati mangsa, S. Ammos Devaprraven, 27, meninggal dunia akibat dipijak tertuduh.
Katanya, mahkamah mendapati kecederaan dialami si mati adalah tidak konsisten dengan kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan saksi kejadian.
Jelasnya, kematian itu disebabkan tindakan tertuduh yang telah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas bagi mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Ammos Devaprraven.
Tindakan itu dilakukan di Jalan Tun Ali, kira-kira pukul 4.30 pagi pada 23 Oktober 2016.
Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan iaitu Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli dalam hujahan menegaskan dua saksi mengatakan mangsa telah dipijak pada kepala di atas jalan tar oleh tertuduh selama satu minit.
Ujarnya, saksi kemudian membawa mangsa ke Hospital Melaka dan membuat laporan palsu bahawa si mati telah dilanggar lari. Saksi bagaimanapun selepas itu telah menghubungi abang si mati memaklumkan adiknya telah dipijak di muka.
Menurut saksi, kejadian itu berlaku disebabkan tertuduh tidak berpuas hati dengan kata-kata mangsa yang mengeluarkan perkataan ‘orang mabuk apa dia cakap hari ini, esok dah lupa’.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kau botak. Rambut pun dah takde, ada hati nak membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan hukuman mcm ni lg? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dh takde tapi dah tak mandatori. maknanya hukuman mati tu boleh ganti dgn hukuman penjara seumur hidup or setara. depends pada budi bicara mahkamah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan ...
yang mansuh tu hukuman mati mandatori. mandatori maksudnya wajib dilakukan. Kalau ada kes hukuman mati mandatori, pesalah wajib dihukum mati. Tak akan kira faktor2 lain
Bila hukuman mansuh mandatori dihapuskan. Hakim boleh putuskan sama ada nak bagi hukuman gantung atau penjara
Benefit mansuh hukuman mati mandatori ni. Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Australia tak boleh nak bekap dorang dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bergosip replied at 29-6-2022 07:27 PM
yang mansuh tu hukuman mati mandatori. mandatori maksudnya wajib dilakukan. Kalau ada kes hukuman ...
Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Australia tak boleh nak bekap dorang dah.
.....so sirul azhar yg lari ostolia tu kena hukum mandatori altantunya ke acaner sampai ostolia backup dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 29-6-2022 08:34 PM
Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Austra ...
Sirul Azhar kan dapat hukuman mati selepas didapati bersalah. Australia memang anti dengan hukuman mati/gantung.
https://www.sinarharian.com.my/article/14078/BERITA/Nasional/Australia-sedia-hantar-pulang-Sirul-tapi-bersyarat
Bara artikel dari link tu. Sirul Azhar telah disabitkan hukuman mati selepas didapati bersalah. Australia hanya hantar pulang Sirul Azhar jika hukuman mati tak dilaksanakan. Selain Australia, ada beberapa lagi negara yang anti dengan hukuman mati |
|
|
|
|
|
|
|
yg kwn dia dua org masih bebas tu ape cer? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya roti kat atas ni |
|
|
|
|
|
|
|
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan ...
Baru nak bincang kat perlimen kann?? Ke dah lulus ?? |
|
|
|
|
|
|
|
antara fitnah paling ulung satu ketika dahulu
ujung2 najib disabitkan bersalah sebab guna dana yang secara sembunyi2 dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dan digunakan untuk beli sejadah, telekung, kain pelikat etc
jadi laaaaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sado
Lawa chest
Gitu lh dh xde ape sgt nk buat dlm tu
Why not senam jaga body
Ape jgk nk jd kemudian hari bdn jgn smpi x berjaga
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap tegap mampat badan india ni. Leher dah macam batang balak. Mesti nalla langit ketujuh. Kat dalam tu 10 kali sekejap buat2 jatuh sabun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|