CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2603|Reply: 30

Pengarah Jabatan Salah Guna Kedudukan, Lulus Tiket Penerbangan RM6 Ribu Untuk Isteri, Anak

  [Copy link]
Post time 15-2-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengarah sebuah jabatan ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan tiket penerbangan bagi isteri dan anaknya bernilai kira-kira RM6,000, sedangkan mereka tidak layak untuk kemudahan itu.


Menurut sumber, lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai melakukan kesalahan itu ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah kolej awam di Tawau, antara 2017 hingga 2018.


Tambah sumber, suspek ditahan ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan, kira-kira pukul 9 pagi Isnin.




Foto: mStar




Siasatan tersebut, menurut sumber, dijalankan oleh pasukan penyiasat dari SPRM cawangan Tawau.


Difahamkan, suspek menggunakan tiket kapal terbang itu bersama isteri dan anaknya ke Kuala Lumpur atas urusan kerja beberapa kali walaupun kelayakan sebenar suspek hanyalah setahun sekali.


Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Menurutnya, suspek dilepaskan dengan bon jaminan SPRM dengan seorang penjamin, dan akan didakwa di Mahkamah Tawau pada 24 Februari. - CARI


Sumber: mStar/The Star

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kaya ada duit lagi salah guna kedudukan. Padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak malu...dia fikir tu kompeni dia sendiri kut...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 05:41 PM | Show all posts
sebab tu kena beli jet. senang seat kosong bagi bini tumpang je takkan salah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je yang buat ni, sama ada kantoi atau tak je... Let say ada kerja luar dan dapat duduk hotel, based on gred layak book yg 500/hari... Member book family room pastu ajak ler sedara mara stay sekali... Invoice still 1 nama je... Flight pun sama, invoice masih guna 1 nama walaupun banyak2 tiket
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 09:41 PM | Show all posts
miszclassique replied at 15-2-2022 07:55 PM
Ramai je yang buat ni, sama ada kantoi atau tak je... Let say ada kerja luar dan dapat duduk hotel,  ...

Kalau bilik hotel tu aku tak heran tapi harga ticket kan ikut kepala walau pun invois satu nama. Bos dia tido ka?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu clear dan mesti staff marah lalu report. Yg tak berapa clear pun ada...beli tiket melalui orang lain. Org atas2 ni ada je yg tamak....tapi pretend suci dihormati
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 begini bila nak mampos nanti selayaknya terseksa makan duit harom.. pakej mampos dapat penyakit pelik2. GTH!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jah bah kalau kau, Encik Sabah Nur tersenyum sinis, ooops terlebih sudah, kau rasa? Oren? Malu apa bossku
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Mesti sebelum ni dah banyak kali buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgi mereka biar nmpk berharta duit haram belakang kira. #tagline
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:53 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-2-2022 09:41 PM
Kalau bilik hotel tu aku tak heran tapi harga ticket kan ikut kepala walau pun invois satu nama. B ...

dia deal la tu dgn travel agent buh invois 1 nama je
finance dia pun tak check

sape yg approve claim tu pun 2x5 la konsepnya

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:57 AM | Show all posts
pengarah sengkek ke apo...? so stupid buat kerja2 gini...sah2 la org sekeliling boleh aja report any time
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dh biasa buat ni kan..
Kalau anak bini nak ikut travel takde masalah..tiket flight bayor asing ler..
Tu pun nak kena ajar ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:30 AM | Show all posts
Aku x berapa leh blah tgk lambang SPRM skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:32 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-2-2022 09:41 PM
Kalau bilik hotel tu aku tak heran tapi harga ticket kan ikut kepala walau pun invois satu nama. B ...

dlm kes ni mmg si pengarah tu yg luluskan sendiri sebab dia bos dalam pjbt tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:47 AM | Show all posts
kasian umur 54thn...kwsp dah nak keluar, pencen ....tak semene mene hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:21 AM | Show all posts
Kes macam ni bukan jarang berlaku, ada saja Pengarah perangai macam ni.
Enjoy duit syarikat selagi boleh, siapa berani kata NO kalau semua keputusan dia buat?
Benda yang suci murni saja dia report ke Board of Directors supaya nampak dia mengurus dengan baik..  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:25 AM | Show all posts
zaman sekarang banyak kes2 gini..tak terkantoi ok lah..kalau kantoi tu risau lah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.295644 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list