CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2334|Reply: 11

Jadi Selebriti Kena Bijak Ambil Ruang Buat Amal Ibadat, Harta Benda - Black

[Copy link]
Post time 31-10-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Enggan dikata menunjuk-nunjuk aset kekayaan dimiliki, penyanyi Black Hanifah, 33, menjelaskan bahawa dia tidak berniat sedemikian.


Dia sebelum ini memuat naik video membaca ayat kursi seperti disarankan ustza ketika masuk ke rumah baru.


Tegasnya, warganet sepatutnya melihat dari sudut kebolehannya mengaji dengan baik.




Kredit foto: IG



"Bila berkongsi bukanlah bermakna saya nak menunjuk yang saya ada banyak aset.

"Dalam masa yang sama, kita kena jelaskan mengaji untuk apa. Contohnya, bila masuk rumah baharu kenalah mengaji.

"Itu satu contoh untuk orang lain yang nak masuk rumah baharu agar ikut cara ini. Kalau nak menunjuk, dari awal beli dan dapat kunci saya dah buat," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Black, rumah lot tepi di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu sebenarnya dibeli sejak tiga tahun lalu, namun tidak diduduki kerana dia tinggal di rumah lain.


Bagaimanapun, dia dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi baru-baru ini ke sana untuk mencuci rumah.




  


"Kami rancang nak beli perabut dan siapkan rumah ini sedikit demi sedikit. Duduk atau tak itu biarlah dulu, tapi kami nak siapkan sampai sempurna dan setiap hujung minggu akan tinggal di rumah ini.

"Ibaratnya ini rumah persinggahan untuk kami sekeluarga. Saya tak nak jadikan rumah sewa dari awal lagi kerana takut rumah ini rosak," katanya.


Malah, katanya ia adalah persediaan masa depan anak-anak dalam jangka 10 tahun akan datang kerana tiada sesiapa tahu apa akan berlaku dengan keadaan ekonomi tidak menentu hari ini.




Kredit foto: IG




Black yang kini memiliki tiga chalet untuk disewa di kampungnya di Kupang, Baling serta banglo mini untuk bapanya bercadang untuk membina empat rumah sewa sebagai sumber pendapatan masa depan.

"Sebagai selebriti, kena bijak ambil ruang dan peluang serta buatlah sebanyak mungkin amal ibadat dan juga harta benda untuk anak-anak," katanya.


Bagus Black, senang masa depan anak-anak nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk cara black ni dia tk akan susah 1 hari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 08:51 AM | Show all posts
ok la black i sapot u
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Black ni tak silap dh siap2 beli tanah utk anak2 dia buat umah kan?
Bestnyaa laa kalau ada tanah sendiri boleh buat umah ikut design sendiri.
Dah tu tak silap semua dekat2 umah anak2.
Mcm pak mertua azhar sulaiman tu kan anak2 semua dlm satu kawasan je.
Takyah rebut2 semua dh ada bhgn memasing.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:28 AM | Show all posts
ok memang betul pun apa hitam kata tu...
ada kata retis2 dulu susah nak dapat duit... tapi sebenarnya artis2 dulu pun duit kepuk2... tapi tak pandai manage tu yang ujung2 minta derma... banyak dok enjoy perabih muda2...

duit dulu vs sekarang nilai tak sama yach... dulu 500,000 dah boleh beli banglo mewah... sekarang ni 500,000 entah2 rumah teres taraf2 jah duduk berhimpit macam tin sardin dengan pati2 golden sand pun belum tentu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 09:55 AM | Show all posts
eloklah beringat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2021 10:18 AM | Show all posts
teringat dulu hitam ulas isu bantuan khas utk retis
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
oh mampu beli rumah, bukan last dia antara yg merentan mintak bantuan ke time pkp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 12:02 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 1-11-2021 08:28 AM
ok memang betul pun apa hitam kata tu...
ada kata retis2 dulu susah nak dapat duit... tapi sebenarny ...

tersembur kopi iols baca u tulis hitam sis!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 12:44 PM | Show all posts
retis dulu rasanya byk juga inocme kot, cuma tak teringat nak beli aset or buat plan apa nak buat kalau dah tak popular...maybe retis dulu2 ingat mereka akan popular selama-lamanya.
tp alhamdulillahretis skrg jenis beringat... siap buat business.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 1-11-2021 11:08 AM
oh mampu beli rumah, bukan last dia antara yg merentan mintak bantuan ke time pkp

Dia merentan tu bagi pihak kawan kawan yg tak mampu. Bukan bagi pihak diri dia. Sama dgn shuib time tu. Dia bercakap bagi pihak artis yg merempat. Tapi org salah sangka ingatkan dorang yg minta bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul le tu black
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 1.449264 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list