View: 229885|Reply: 6524
|
Hafidz Roshdi Terkilan, Beri Masa 24 Jam Untuk Individu Padam Fitnah Terhadap Ibu – ‘Saya Perlu Bertindak!’
[Copy link]
|
|
Pelakon Hafidz Roshdi terkilan apabila ibunya, Haniza Mohd Jabar didakwa telah difitnah di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Hafidz berkata, dia terpaksa bertindak selepas bertubi-tubi tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada ibunya.
Fitnah terhadap ibuku. Seperti yang boleh dilihat di media sosial sekarang, ibu saya galak difitnah dan dicerca.
Saya terkilan dengan apa yang terjadi dan menjadi kewajipan untuk saya tepis semua tuduhan dan fitnah yang jelas telah dilemparkan kepada Bonda saya yang tersayang.
Saya selalu memilih untuk berdiam diri dan bersabar selama ini tapi bila ibu disentuh, saya perlu bertindak!
Dakwa Hafidz, individu yang memfitnah ibunya itu dikenali sebagai Keturunan Oyen dan dia memberi amaran supaya berhenti daripada menyebarkan fitnah.
"Kepada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Keturunan Oyen, saya menyarankan agar anda berhenti serta merta dari menyebar fitnah ke atas ibu saya dengan menyiarkan tuduhan yang palsu dan menjijikkan ini."
"ihak saya sedang membawa perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menegakkan yang haq."
Tambahnya, dia memberi tempoh masa 24 jam bagi mana-mana pihak yang memuat naik hantaran mengenai ibunya berhubung isu fitnah di media sosial untuk memadam kandungan tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil.
"Kepada pihak yang menaikan posting di blog dan semua media sosial, sila turunkan artikel yang mengandungi gambar ibu saya berkaitan dengan isu ini dalam tempoh 24 jam."
"Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberi, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang."
Dalam pada itu, Hafidz sempat menyatakan rasa sayang terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar.
"Kepada anak-anak abah, Humairah dan Umar, walaupun kita berjauhan, Abah sedang usahakan yang terbaik untuk kita. Humairah dan Umar sentiasa di hati Abah. Doa Abah untuk anak-anak kesayangan Abah sentiasa akan titipkan."
Terdahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada mendedahkan menerima ‘screenshot’ perbualan daripada pengikutnya di mana ibu kepada bekas suami didakwa mengata dirinya dengan orang terdekat.
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
mod..bagi la tacang lebih..aku dah support teres ko bukak ni.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aigooo i cant unseen b1 & b4 hahahaha #ytjt |
|
|
|
|
|
|
|
Tak de ke SS fitnah oyen tu? Yg HR tulih tu pun x clear laa |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka mak Hafidz Roshdi lawa macam muka Leez AF versi 60an. |
|
|
|
|
|
|
|
mod ni pemalas la..tepek la bukti katanya keturunan oren tu fitnah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sangat gigih nak naik level 8 |
|
|
|
|
|
|
|
fitnah apa??? mana nak baca???
mohon tt tepek bukti. tak pun bg la link.
dia ni belakon lg ke dah kerja grab/ehailing sepenuh masa???
|
|
|
|
|
|
|
|
KakRumiMenari replied at 16-6-2024 08:57 PM
Aigooo i cant unseen b1 & b4 hahahaha #ytjt
cari kacang lebih ke nak naik level.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 17-6-2024 12:05 AM
fitnah apa??? mana nak baca???
mohon tt tepek bukti. tak pun bg la link.
kena seru MKL masuk sini..mane tau dia leh spill |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa…momod amik cite kt benang ngai pastu bukan tered.. |
|
|
|
|
|
|
|
matjambu replied at 17-6-2024 12:05 AM
cari kacang lebih ke nak naik level..
Mustilah chuols.. susah nak cari pangkin nak lepak skrg ni.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Jd bini menyusahkan jd janda pun menyusahkan. Mmg suwei bala ngai ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dan muda mamanya berbanding menantu nya sblmni |
|
|
|
|
|
|
| |
|