CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28233|Reply: 100

[Tempatan] Ibu sebak umum pengantin perempuan batal perkahwinan saat akhir

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-10-2024 11:01 PM

SHAH ALAM – Tular di media sosial apabila seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak akan berlangsung kerana calon isteri menarik diri pada saat akhir.



Susulan daripada itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa keluarganya mengambil keputusan untuk meneruskan ‘hari bahagia’ itu dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat.

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, di atas sebab-sebab tertentu… pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir.

“Disebabkan berlakunya pembatalan saat akhir, saya tidak dapat membuat pemakluman pembatalan tersebut kepada setiap jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan dan saya juga tidak mampu untuk bersoal jawab dengan setiap soalan yang akan ditanya.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk teruskan majlis bukan kerana persiapan sudah siap tetapi saya perlu memberitahu sendiri (situasi sebenar) di dalam majlis ini. Dengan pembatalan daripada pengantin perempuan, saya dan keluarga mengadakan majlis bacaan doa selamat yang dipimpin ustaz dan anak-anak tahfiz,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok pada Selasa.

Dalam pada itu, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam berkata, walaupun sudah cuba mempertahankan hubungan tersebut namun dia masih gagal dan reda dengan ketentuan ditetapkan ALLAH SWT.

Ujarnya, hantaran itu hanya sekadar perkongsian tentang perjalanan hidup kerana bagi dia di dalam dunia ini masih ada ujian yang lebih mencabar.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada ALLAH SWT kerana DIA yang benarkan kita untuk berada di sini walaupun perancangan asalnya tidaklah seperti yang kita rancang, namun apa yang jadi ada hikmahnya.

“Terima kasih kerana sudi meluang masa, datang dan berkumpul. Janganlah (disebabkan) kesedihan kami ini, menjadi sesuatu perkara yang menghalang anda untuk bergembira hari ini. Maafkan kami kalau ada salah silap dan info, kami tak dapat elak apa yang jadi… ini semua takdir ALLAH.

“Pada saya, perkara ini terjadi ada hikmah dan pengajaran untuk kedua-dua belah pihak. Semoga dikembalikan semua doa yang baik ini kepada anda semua,” katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos kenduri bukan murah zaman skrg nih... iskkk kalo x suka jgn terima lamaran
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit hantaran pulang blk ke x tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kemungkinan boleh kena tindakan saman? Minta gantirugi.. majlis kat dewan cantik gitu mau 40k perginya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:12 AM | Show all posts
kena dengar cerita kedua belah pihak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:26 AM | Show all posts
shida81 replied at 1-10-2024 03:28 PM
Duit hantaran pulang blk ke x tu

Boleh menimbulkan gangguan bekalan kewangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 12:33 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan Puan dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tengok mak dia menangis. Tapi tak cerita pulak kenapa pengantin pompuan taknak kahwin last minit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 05:08 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 1-10-2024 11:41 PM
Ada kemungkinan boleh kena tindakan saman? Minta gantirugi.. majlis kat dewan cantik gitu mau 40k pe ...

Rasanya tak saman kot.
Sebab mungkin pihak perempuan dah batal sebelum majis tu lagi & keluarga pihak lelaki masih nak buat majlis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni majlis kawin ke majlis nikah?
Mgkin si pmpn sgr ckp2 acik forum bersyukur tak jadi kawin dgn laki tu bagai
Apa-apapun kena dgrla pendapat pihak pmpn sebab pembatalan tu barulah boleh nak lahar
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:12 AM | Show all posts
Belum kawin dah cerai.

kawin untuk cerai, cerai untuk kawin.. eh btulker haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal pengantin pompuan dah kasi tau awal pun, tp dah jemput tetamu, dewan, katering, semua dah book, kalau cancel pun bkn dpt blk 100%
Might as well teruskan je mcm tuan rumah ni buat
Takde apa nak malu kak…things happened
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembatalan tue mesti bersebab..kita tak tau kan..nk mengata tapi simpan dalam hati sebab takut jadi dosa kering jer..
#donebekappengantinpompuan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:30 AM | Show all posts



mcm dia jer,baru 10 jam lepas dia post




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mlm td dak laki ni buat live 12k viewers punya la kepoci netz termasuk haku
tapi masuk kejap je sbb nak tau apa kes kome sampai 12k mata yg memandang
dak ni takmo reveal sbb tak jadi kawin
netz pulak mcm2 andaian tapamham hakum
tapi yelah kena dgr apa kata belah popuan gak

dak ni kalo kuyus kang helok raser
pasal mak dia pun kategori lawo gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ni jam majlis tunang buat nasi ayam jer 50 pax + cincin tunang buat kt rumah jer ..

majlis kawen nasi tomato 200 pax ( 100 pax utk famili ... 100pax utk kenalan.. (kalo spouse cansel last minit pun tak kesah).. majlis buat kat sejid time nikah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jumpa kes mcm ni, tp tuan umah cuma tampal notis kt depan dewan, x kuasa nk hantar kad batal kawin gamaknya.....cuma kesian la kt sedara or kawan yg dtg jauh2, mesti diorg yg dtg terpikir  aku salah hari kah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tp bukan ke pengantin perempuan dah bg tau tk jd kawin masa bulan 8 aritu..
ada baca antara komen² yg byk tu.
jd nya knapa ckp² mcm tk dtg masa hari.kenduri?
lg pun adat kita sini, menikah semua kat rumah pengantin perempuan dulu..
sambut menantu kt rumah lelaki..
pakai baju merah terang gitu..
eh tk kenan ler tengok.. jgn nanti sebelah perempuan buka mulut jugek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:03 AM | Show all posts
kalau takut jd cmni,buat nikah gantung,
dah drive baru buat majlis,
ehh jarang terjadi kat majlis lelaki,selalu ppuan je...
dah kena tunggang baru buat majlis la
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah...
takde jodoh...jgn sedih2 mungkin ni yg terbaik kan menikoh takdan 2hari isteri merempan minta cerai lagi haru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.090236 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list