View: 8726|Reply: 15
|
Favourite/informative Postings for Digest
[Copy link]
|
|
Memandangkan banyak posting2 terntu yg sgt berguna utk dijadikan panduan semua.. saya nak cadangkan bagi mana2 posting yg anda rasa wajar utk diDigest.. just copy n pastekan kat sini..
[bila digest..thread nih takkan didelete oleh admin dlm sebarang process pembersihan thread ]
saya bagi cth cara nak paste kat sini eh..
cth digest 1
thread: Jaga adab apabila keluarga berkumpul
posted by : intan
Rencana keluarga dikhbar hari ini...untuk renungan bersama
Jaga adab apabila keluarga berkumpul
Oleh Rosmah Dain
Apabila seorang lelaki dan wanita itu berumah tangga, sebenarnya, hubungan perkahwinan itu bukan hanya wujud antara suami isteri itu sahaja.
Malah, ikatan satu unit perkahwinan itu telah menjadi semakin luas dan melebar dengan pertambahan unit ahli keluarga.
Ini bermakna, apabila sesuatu perkahwinan termeterai, pihak pengantin bukan sahaja mempunyai ibu dan bapa di sebelah mereka sahaja, bahkan keluarga di sebelah ibu bapa mentua.
Ini tidak termasuk adik beradik di sebelah isteri atau suami yang dipanggil ipar dan pasangan isteri atau suami kepada ipar-ipar yang dipanggil biras.
Dalam Islam, matlamat perkahwinan ialah mengikat dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan yang akhirnya menjurus kepada terbentuknya suatu susur galur keturunan.
Bagi pasangan yang baru berumah tangga apatah lagi setelah diterima menganggotai satu keluarga besar, tentunya mempunyai perasaan kekok, kerana baru pertama kali diperkenalkan.
Sebagai seorang Islam, terdapat batas-batas susila yang ditetapkan Allah di
dalam memelihara keharmonian dan kemesraan kekeluargaan.
Menurut Pengarah Projek Self Dynamic Consultant, Mohd. Huzairi Zainuddin, dalam Islam, ibu mentua dan bapa mentua mempunyai kedudukan yang sama sebagaimana ibu dan bapa kandung.
Sebagaimana layanan terhadap orang tua kandung, pasangan suami isteri juga dituntut untuk memberi layanan yang sama terhadap mentua.
``Dari segi wuduk, kita tidak batal air sembahyang sampai bila-bila pun walaupun ditakdirkan perceraian berlaku pada suatu hari nanti. Kita perlu sedar, bahawa anak mereka merupakan penghubung kepada zuriat dan keturunan kita,'' katanya.
Justeru beliau meminta agar cara berpakaian dan pergaulan adalah sama sebagaimana bersama ibu dan bapa kandung, namun dituntut untuk bersederhana dalam menjaga batas-batas pergaulan.
Dalam pada itu, perhubungan melalui ipar duai juga mempunyai batas-batas tertentu yang digariskan dalam Islam.
Dari aspek pakaian, adalah sama seperti mana kita berurusan dengan orang luar yang bukan muhrim.
Pendek kata, air sembahyang boleh terbatal sekiranya kulit bersentuhan.
``Sekali pun kita tinggal serumah dengan ipar kita, namun aurat perlu dijaga,'' katanya.
Ini memandangkan isu mengenai nafsu adalah satu perkara yang sangat
subjektif dan sukar dihuraikan.
Banyak cerita yang pernah didengar tentang bagaimana seorang yang dianggap dihormati oleh masyarakat setempat, bertukar menjadi ganas sehingga sanggup menodai anak atau adiknya sendiri.
Dalam konteks masyarakat kita, selalu menganggap ipar itu adalah adik atau abang kita. Anggapan itu tidak salah, tetapi harus terbatas.
``Jika setiap hari adik ipar dan abang ipar berdua-duaan tanpa batasnya, tentulah implikasinya sangat negatif.
``Kesannya bukan dapat dilihat sekarang, bagaimanapun jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur.
Bukannya tidak ramai adik ipar yang dinodai abang ipar, malah ada yang sanggup merampas suami kakak dan melakukan hubungan seks,''katanya.
Menyentuh soal biras pula, Mohd. Huzairi berkata, hubungan itu walaupun boleh dianggap sebagai anggota keluarga, namun realitinya mereka tetap bukan muhrim kita.
Kedudukan biras adalah sama seperti ipar yang telah dibincangkan tadi.
Suasana sebuah keluarga yang besar akan jelas kelihatan apabila semua anggota keluarga berkumpul terutamanya menjelang Hari Raya atau pun kenduri- kendara di rumah mentua.
Jagalah adab serta tingkah laku semasa berkumpul agar kemesraan yang berpanjangan dapat dibentuk
cth digest 2
thread : Kenapa budak2 ni pelik?
posted by : mbhscf
oh..
mmg lak kiddies suka attract attention adults ..so in their mind there is no concept of " inhibition" sbb tu deap berani because depa fikir semua boleh! mase ni kan kalau ikut development elok ajaq language ..sbb they can learn very fast..dan of course pada masa yg sama jugak juga dah ade perkembangan dr segi moral, cognitive and emotional..and etc...best tengok depa develop actually ..bacalh buku pasal child development then you know ..what it is all about ..cth
kita tengok baby meniarap
kita tengok babay capai bende? tapi kita observe kah mcm mana depa pegang bende huh itu the trick....so bacalah ..ibu-ibu and bapa-bapa sekalian...bless you all...
posted by : ajinomotonosuga
ahaaa btui kata mb tu INHIBITION..kanak2 ni memang cam tuh
brain depa cukup lapar dengan ilmu so pengalaman laa jadik cikgu pasal nak pi sekolah budak lagi kan? so mak pak kene salu jaga tau aa banyak dah kes mati lam swimming pool kene langgar bila paknya nak gostan terjatuh ka apa ka..hissssskk apaaaaa pun skit takdak salah depa..depa makan taik pun takkan salah pasal depa otak tu KOSONG lagik.
ikutkan sains sejak dalam perut ada certain time bile growth of brain tu mula dan naik dan naikk sampai dah lahir dan naikkk naikk more ilmu papa mama more more moreeeeeee last2 depa cuba sendiri dan takdak inhibition pasal depa di ajar dengan dunia feeling. Kalo sedapz depa belasah ketawa seronok kalo sakit depa nangis tu la saja keje depa ketawa nangis kan?
jaga btul2 noooo..misal kalo jatuh dan luka2 ASYIK nangis..pi cek brain depa mana tau ada bahagian rosak brain muscles neuro functioning seme rosak depa sik bantai gelakkk saja walo tangan dah patah tu seme pasal motor brain tak dapat register info datang dari saraf badan k? cek btui2 aaaaa esp paling saya risau bab swimming pool, yang ada garage ada umah de tangga depa bukan pedulik seme tuh so mak pak ni kalo berduit tu elok la ada amah ke maid ke upah sapa jaga kalo busy kalo tak berduit tu jangan laaaa duk fikir duit anak tu ntah2 terbenam dalam kolah dalam bilik air taksapa tau kang aaa
okkkk wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Thread : Melatih Anak Membuat Keputusan Sendiri
Posted : Sweetmama
Melatih Berfikir Secara Rasional
Dengan pemikiran yang rasional, diri kita akan lebih terpandu ke arah kebaikan. Sehubungan dengan itu, kita perlulah melatih anak sejak kecil agar dapat berfikir secara rasional dan kreatif. Terdapat banyak cara untuk kita memupuk daya pemikiran anak agar rasional dalam bertindak. Cara yang terbaik ialah dengan melatih mereka membuat keputusan sekiranya menghadapi masalah. Bimbinglah
mereka cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah. Melatih anak berfikir secara rasional dan positif, akan menjadikannya orang yang suka berfikir sebelum bertindak. Mereka juga akan lebih berhati-hati dalam menimbang baik buruknya sesuatu perkara. Justeru, fikiran mereka lebih pantas berhujah dengan bernas dalam mengutarakan pendapat
Post 1 : Ninoz
our kids biasanya have the tendecies nak mencontohi cara2 ibu bapanya membuat keputusan..
so everytime kita nak buat any keputusan.. nak melarang ape ape ke..
biasakan reasoning dgn anak secara membina, why this n dat..
so dat bila sampai dorang plak nak buat keputusan.. dorang akan sorta ade basis utk buat pertimbangan yg rasional |
|
|
|
|
|
|
|
Thread : hikmat,rahsia dan khasiat surah dan ayat al-Quran
Posted : buncis12
BISMILLAH (Dengan nama Allah)Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA' (Perempuan)Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA'D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
[ Last edited by Sweetmama on 19-10-2004 at 09:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Thread : Have a great trip with baby
Posted : mok_nik
Air travel is one of the best ways to make a long journey with a baby. With a little palnning and preparation,the trip can be enjoyable for everyone.
While trying to plan the best way to prepare for several upcoming airplane trips, I asked for advice from some of mu friends who have traveled with babies. They all aggreed: Mommy needs to plan ahead.
Here are the questions I had and the answers:
1. What should I pack?
In the suitcase that you check, put clothes for the baby, favorite toys, blankets and washcloths.Familiar items will help comfort your baby when you're in a new,confusing place.You might also want to take a "Pack 'n Play" for baby ia at your distination in case a crib is not available or unacceptable.If you plan on traverling often to the same place,such as your parent's home,it's just as easy to buy the bi necessary items and store them at their house. It's best to travel as lightly as you possibly can. Pack extra clothes in the suitcase - more than you think you'll need unless you plan on doing laundry.
2. Where should i sit with my baby on the plane?
You can request the bulkhead seat,which has a little extra crawl space for baby. This can help when you have a toddle who needs to stand and move about. A bassinet can be attached to the bulkhead.
3. What should I do about baby's stroller?
You can take your stroller right up to the airplane and a flight attendent will take it.A crew member also will retrieve it for you as soon as you are about to exit the plane at the end of the flight.
4. Should I bring all the baby's food,formula,daipers,wipes and other essentials with me,or just buy everything when i get there?
That depends. If you are certain that the baby food,diapers and what-not are ready available at your destination,then pack only what you need for a day or two and go shopping when you get there. However,if you're not sure of the availability of certain items,you should pack them.
Make sure you pack baby medicines too.
5. What baby items should I take on the plane?
You can bring disposable food and food rekated items in carry-on diapers bag,including disposable bowls and spoons,small cans of pre-mixed formula and packets of rice cereal.An extra change of clothes,diapers,toys.
6.What about changging the baby aboard the plane?
The consensus: Do everything in ypur power to avoid it. I changed my baby right before boarding the plane and right after getting off the plane. Other airlines have changging tables in the restrooms on some filghts.
7.How Should I dress the baby?
On the day on travel, dress your baby in layers and in clothing that is easy to remove for when you need change diapers or soiled clothing.As soon as you're on the plane,get a blanket to help keep your baby warm in flight.
8.What can I do to make sure baby dosen't have ear pain on takeoff and landing?
Feed your baby or offer him a paciffer to suck on during take off and landing.The swallowing motion helps baby tolerate the change in air pressure. A sippy cup of water or juice works the same way for the toddler.
tips on travelling by car
1. Feed your baby an hour or so before setting on your trip. That way, baby is satisfied.
2.Change the daiper right before leaving so baby is dry and comfortable.
3.For long trips,bring lots of activities to keep baby occupied - flash card, music, picture, books and toys.
4.Consider traveling at night or at times when your baby would ordinary be sleeping,so that much of trip will pass bu im slumber.
5.Dress baby in long pants . |
|
|
|
|
|
|
|
Thread : 40
posted : dark_wizard
40 KESILAPAN IBU BAPA
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat(tidak menjaga adab semasa jimak)
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
Melahirkan suasana yg kurang seronok ketika makan.
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak_anak.
Kurang melahirkan kasih sayang.
Sering mengeluh dihadapan anak-anak.
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
Tidak mengenalkan anak-anak dgn konsep keadilan.
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
Tidak terlibat dgn urusan pelajaran anak-anak.
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
Tidak menunjukkan contoh tauladan yg baik dihadapan anak-anak.
Jarang meluangkan masa utk bergurau senda dengan anak-anak.
Terdapat jurang komunikasi diantara ibubapa dgn anak-anak.
Tidak menggunakan bahasa yg betul.
Suka bertengkar dihadapan anak-anak.
Sentiasa menunjukkan muka masam dihadapan anak-anak.
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
Memberi kebebasan yg berlebihan kepada anak-anak.
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
Tidak menunaikan janji yg dibuat terhadap anak-anak.
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
Tidak memupuk semangat membaca dikalangan anak-anak.
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yg dilakukan anak-anak.
Hukuman yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yg dilakukan.
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
Memberi nasihat yg sama kepada anak-anak.
Tidak tegas mendidik anak-anak.
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
DIPETIK DARI BUKU '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK' OLEH DR.HASSAN ALI
[ Last edited by Sweetmama on 21-10-2004 at 11:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
thread : Panduan Untuk Papa/Mama
posted: mizelly
Panduan Untuk Papa/Mama
sedutan email dari rakan saya.. harap berguna untuk kita semua
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak
die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun
melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah
kanan ni lebih effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena
practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas
tadika Juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari
cost kite satu semester kat ITM ,kelas sichida ni satu semester aku rasa
sama macam kos satu semester si Noni buat master....tapi boss aku ni atas
kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan
melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye
untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia buadak baik, dia
anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur
dah....Boleh gak practisekan kat husband/wife ke, tapi kena buat
seikhlas hati...kalau tengah marah ...tak jadi. kalau anak korang tu dah
tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali
berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kak nana sebab die
bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat
dia,dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu ahad...tu kelemahan
sikit lah..........
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana ABC-Z guna card
seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja
perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjukk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a...b..c..d..e, insya allah cepat die dapat
sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die
bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat
card 1,2,3,gambar,gambar...potonglah gambar kat mana-man dsb....guna
english jgn guna melayu........
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas,
origami dsb.memang le kite yang kene mngemas tapi takpe.........satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh
die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini
pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine,
ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu
mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. jg marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah talpa pi balik kat
cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita
kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu
memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak
tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
cam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six
sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue
tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua
game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh
buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi
cam Rajib...he...he..Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam
and relaks....tak boleh buat time tenagh nak masak ka, basuh kain ka tengok
tv ka,tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitalh bila dah
terror ini semua satu cara yng tuhan lagi maha mengetahui kalau Dia izin
anak kite nak pandai alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur
kalau dah berhasil sebaba bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku
pun tengah try lagi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
thread: Samada anak kita...mahupun diri kita sendiri dididik dalam keadaan ini....
posted: TanSri
Jika anak itu...
Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan.
Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak itu hidup dalam iri hati, dia belajar berasa bersalah.
Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan, dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.
Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak itu hidup dalam keadilan, dia belajar berlaku adil.
Jika anak itu hidup dalam keselamatan, dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kemesraan, dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup.
Dalam suasana apakah anda dan anak anda hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
thread: anak dara sunti & bersunat
posted: rukiah
ni kiah dapat daripada website soal jawab ugama:
Khitan adalah memotong kulit yang menutupi kepala penis (bagi laki-laki), dan memotong daging lebih clitoris (bagi perempuan).
Khitan dalam agama Islam berlaku untuk lelaki dan perempuan. Para ulama berbeda pendapat dalam khitan. Menurut mazhab Hanafi, Maliki, salah satu pendapat Imam Syfi'i dan salah satu riwayat Hanbali mengatakan bahwa khitan hukumnya sunnah bagi lelaki dan keutamaan bagi perempuan. Pendapat ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda: "Khitan itu sunnah bagi lelaki dan keutamaan bagi wanita" (HR. Baihaqi). Hadis tersebut oleh Baihaqi sendiri diragukan kesahihannya. Kemudaian diperkuat dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Harairah, Rasulullah bersabda: "Ada lima perkara yang termasuk fithrah (di sini diartikan keutamaan dalam agama), yaitu: Khitan, mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong/merapikan kuku dan merapikan jenggot/kumis" (HR. Bukhari). Hadis tersebut menyebutkan khitan dalam rentetan perkara yang dianjurkan oleh agama, sehingga mengindikasikan persamaan hukum dari perkara-perkara tersebut, yaitu sunnah.
Pendapat kedua, mazhab Syafi'i dan Hanbali dan Sahnun (dari ulama Malikiyah) mengatakan bahwa khitan hukumnya wajib bagi lelaki dan perempuan. Pendapat ini dilandaskan kepada Ayat yang memerintahkan Nabi Muhammad agar megikuti ajaran Nabi Ibrahim; "Kemudian Aku (Allah) wahyukan kepadamu (Muhammad) agar mengikuti ajaran Ibrahim yang dimuliakan" (QS : An-Nahl : 123), dan termasuk ajaran Nabi Ibrahim adalah berkhitan, sebagaimana dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa "Nabi Ibrahim melaksanakan khitan ketika berumur 80 tahun dengan menggunakan kapak" (HR. Bukhari). Dalam riwayat Abu Dawud juga terdapat perintah untuk berkhitan. Kemudian ada hadis lain yang menyebutkan: "Apabila dua jenis khitan bertemu, maka telah mewajibkan mandi" (HR. Muslim). Ini menujukkan bahwa khitan terjadi pada lelaki dan perempuan.
Pendapat ketiga, diriwayatkan oleh Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni, menyatakan bahwa Khitan hukumnya Wajib bagi lelaki dan sunnah bagi perempuan.
Waktu Khitan bagi mazhab Syafi'i dan Hanbali adalah ketika baligh, karena kegunaan Khitan adalah menyepurnakan thaharah (bersuci) dalam beribadah. Namun disunatkan ketika bayi berumur 7 hari, karena Rasulullah telah melaksanakan 'aqiqah dan khitan untuk kedua cucunya Hasan dan Husain di hari ke tujuh.(HR. Baihaqi). Pendapat lain menyatakan bahwa yang utama khitan dilakukan ketika berumur 7 - 10 tahun karena pada saat itu seorang anak mulai diperintahkan menjalankan solat.
Agama-agama samawi selain Islam, Nasrani dan Yahudi sebenarnya juga megajarkan pemeluknya untuk melaksanakan Khitan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
thread: Doa utk ibubapa...
posted: mentollica
DOA UNTUK IBU BAPA
__________________
Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
dan berbakti kepada kedua ibubapaku. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan
aku kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dimalam ini aku terkenang semua itu dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak
yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke
nerakaMu Teguhkanlah iman mereka ya Allah jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah. Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin......... |
|
|
|
|
|
|
|
Thread : Xposing children to escape from being molested / seduced..etc...(To take precaution
Posted : niceaniesz
How do you all as parents exposed and taught ur children to escape from being molested, seduced, etc....
At what age do u all talkd abt it to your children, for precaution...
Been discussing w my sister and frens...and wat i could figure out is...mosly asean do not exposed their kidos to this phenomn at an erly stage...
Likewise, they nv checkd w their kids b it a boy or a gil...
Basically, I would suggests to parens, to be more aware on dis matter...
Expose and let d children understand that their private parts only to be touchd by u (d mum) or dady or d maid...duirng washing...bathing and not at other times...tel them their private part is private..and also each part of their body is theirs and not meant to be touchd by anyone without spefic reason...and who ever touches it, (besides d person whom u have mentiond could touchd it for specific reason) should be informd to the parens as soon as possible...no matter at which part of d body pun
Altho d person who has been given d permission to touch her parts (body or other parts), but if they feel uneasy...to tell you too..
Children can be mistaken by, hugs and kisses by others as form of luvg them...they do not undestand....so...let them udstand, wat types of hugs and kisses are allowed...others to tell you..
Also always asks ur children, not to wait for them to tell you...whether or not they have been hugd, kissd, or touchd by anyone....its ok to ask and check...but please put it in a way that doesnt annoy them...tanyala secara bersahaja....they will response to you...no doubt mreka tak paham kenapa kita bertanya...they are too youang and too naive to know...
Expose it to them as erly as possible...bila mereka da pandai bercakap...3-4 yers old pun da good enough.
Well parents, i talkd abt this matt pun, cos ive done it... |
|
|
|
|
|
|
|
Thread : Tantrum
Posted : akubest
hmmm.. menarik gaks topic nih....okay just to share...akubest tak nah ada experience, may be mmg most cases anak bujang kan.....my daughter SO FAR mmg tak de masalah tantrum, tak tau la plak kot esok lusa. Memang tengok budak2 tantrum, nih...eeiii...irritating nye.....if jadik parents, mmg...nak marah....malu...sumer ada......
my doter mmg ada sesekali termengamuk tahap mahaguru....but i tak bagi that tantrum satu habit la....for me....its ok to be menagmuk once in a while......but kalo habit mmg kena buat sth.....
tantrum kids can be detected earlier, less than 1 year but it mmg shows off usually after 1 year...sbb they all dah boleh jalan and sudah boleh berkomunikasi. Kalo dalam 6-12 bulan.....kita nampak our kids has no consistent sleeping pattern, dia mungkin akan ada msalah behaviour, such as tantrums. sesetengah budak...dia main dan tido ikut suka ati jek kan.....and setengah budak kalo perati ada sekian2 time, dia akan tido, dan jangkamasa tido agak consistent setiap hari....so observe anak2 kita....
and tantrums actually ada banyak root causes. Mmg one of them they all nak attentions. so, giving them up will end up win-lose situation. kalau kat rumah, bila tantrums make sure u duduk dekat dia BUT jangan layan langsung, just continue whatever things u do...kalo tgh tengok TV....terus tengok TV sambil dia tengah melalak tu.....or kalo baca tgh buku, buat ilek jek......sampai to that extent dia akan slow down....benda nih kena sabo sikit....and buat masa tak der guest ler.....bila dia slow down sikit....bagi dia minum air...and tanya elok2...apa yg dia nak...and explained why it is not the best way to ask for anything....or tanya apa masalah dia....
ada byk root cause lain dari segi psychologyye macam jealousy, dominancy, mcm alja nyer kes......i pon baca buku.....but kalo anak i buat hal...nangis guling2....my hubby and i mmg buat tak tau.......to make her feels that it is not worth doing that way....bila dia senyap/penat then only, i datang pujuk, peluk dia........so next time she will knows....if only she quiet earlier, then only i come for her.....TAPI....kalau u terus pujuk masa dia tengah sedap mengamuk, dia akan terus menagmuk, sebab dia akan fikir u will come to him whenever dia mengamuk, and benda tuh akan terpahat dlm otak...and dia akan mengamuk sampai bila2........that's the difference...... |
|
|
|
|
|
|
|
Panduan Keselamatan Di Rumah
# Jangan tinggalkan kanak-kanak atau bayi bersendirian di rumah.
# Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman.
# Simpan semua ubat-ubatan di dalam kabinet yang berkunci, jauh dari kanak-kanak. Jangan sekali-kali tinggalkan botol vitamin atau ubat-ubatan di atas meja makan atau di meja bersebelahan katil anda.
# Jangan sekali-kali memberitahu kanak-kanak yang ubat-ubatan adalah 揼ula-gula |
|
|
|
|
|
|
|
Kemalangan Kanak-kanak
Bagaimana mengelakkan keadaan yang tidak diingini.
Rumah dan sekeliling rumah.
-Elakkan kanak-kanak dari terjatuh dari tempat tinggi, katil dan buaian. Antaranya adalah tangga, katil kanak-kanak, perigi, dan kawasan sekitar seperti longkang di tepi rumah.
-Tangga dan pintu rumah hendaklah dipasangkan pengadang. Pada peringkat tertentu mereka suka memanjat dan pada waktu ini elakkan meletakkan perabut ditepi tingkap dimana kanak-kanak tersebut boleh memanjat dan terjatuh melalui tingkap.
-Jika lantai basah, lapkan dengan segera bagi mengelakkan mereka tergelincir. Jangan sepah-sepahkan barang di lantai.
-Elakkan dari menggunakan peralatan kaca kerana mempunyai risiko mencederakan apabila pecah.
Peralatan elektrik dan dapur.
-Mancis, pemetik api dan rokok mesti dijauhkan dari kanak-kanak.
Kedudukan dapur dan air panas mesti dipastikan agar kanak-kanak tidak dapat mencapai periuk atau lauk yang panas.
-Pastikan kanak-kanak tidak bermain dengan suis elektrik atau waya-wayar elektik. Pastikan soket dinding elektrik ditutup dengan pelindung bagi mengelakkan kanak-kanak bermain dengannya.
-Gantikan mana-mana wayar-wayar yang rosak bagi mengelakkan kejutan elektrik.
Ubat-ubatan
-Semua jenis ubat-ubatan mestilah disimpan dalam almari khas yang berkunci.
Jangan memberikan ubat-ubat kepada orang lain selain mereka yang diberikan ubata tersebut.
-Ubat yang sudah tidak digunakan mestilah dibuang.
-Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan botol-botol ubat walaupun vitamin untuknya.
*Bawa kanak-kanak ke hospital / klinik dengan segera dalam keadaan serius |
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan dalam rumah yang boleh membahayakan keselamatan ahli keluarga termasuklah :
Lantai
Reput, basah, licin dan keadaan tikar dan permaidani yang tidak sempurna.
Tangga
Terlalu curam, tiada penghadang, licin, berbucu tajam dan mempunyai anak tangga terlalu kecil dan tidak rata
Perabut
Berbucu tajam, tidak stabil, diperbuat daripada kaca dan diletakkan berhampiran tingkap
Ruang rehat
Terlalu sempit akibat susunatur perabut yang tidak baik
Ruang dapur
- alas meja yang labuh yang boleh ditarik oleh
kanak-kanak
- peralatan yang tajam dan berbahaya yang tidak
disimpan dengan selamat
- cerek/periuk yang panas
- bilik air - takungan yang tidak ditutup
- pencahayaan yang tidak mencukupi
- ubat-ubatan dan bahan kimia tidak disimpan di
tempat yang selamat dan berkunci
- permainan yang berselerak
- soket elektrik yang terdedah dan terlalu rendah
- jeriji besi yang tidak boleh dibuka
Halaman
Perigi yang tidak ditutup, tumbuhan berduri atau beracun, peralatan kebun tidak disimpan di tempat selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Assessing the Development of Preschoolers
Source:US Dept of Ed.
It is only natural for parents to wonder occasionally if the development of their preschooler is going well. Questions such as, is my child doing what he or she is supposed to at this age? and, do all four-year-olds behave this way in the same situations? reflect a natural desire to be sure the child is progressing normally. Over the years, psychologists have developed many normative scales to indicate how an individual child compares with others of a given age in similar populations.
This digest focuses on the question of individual growth, namely, is the individual child's development going so well that he or she can be described as thriving? As parents look at their own young children's behavior and achievements on the categories outlined below, they can address the question, what aspects of my child's development need special encouragement, support, or intervention right now?
Categories Of Behavior To Assess
In the course of development, ups and downs are inevitable even for children whose physical and mental endowments are normal. Occasionally children require intervention to get them successfully through a "down" period. Parents can observe behaviors in the eleven categories listed below during periods when they suspect a bit of a downturn. Keep in mind that difficulties in any single category are no cause for alarm. Indeed, difficulties in several categories do not imply irreversible problems; rather, they help us notice those periods when the child's life situation, for many possible reasons, is a bit out of adjustment with his or her emerging needs.
For three-year-olds, a look at their behavior on the following criteria for a period of about three weeks is desirable. For four-year-olds, four weeks should give a reliable picture of the quality of the child's life. At five years, add another week, and so forth. Be careful not to judge their permanent behavior based on one day's observation! All of us, children and adults, have the occasional really bad day!
1. Sleeping Habits
Does The Child Usually Fall Asleep Easily And Wake Up Rested, Ready To Get On With Life?
Occasional restless nights, nightmares, or grouchy mornings are all right. The average pattern of deep sleep resulting in morning eagerness is a good sign that the child experiences life as satisfying. Frequent insomnia or morning grouchiness for three or four weeks may indicate that a child is trying to cope with excessive stress, and a modification in life style might be tried.
2. Eating Habits
Does The Child Usually Eat With Appetite?
Occasional skipping of meals or refusal of food is to be expected. Sometimes a child is too busy with absorbing activities to bother with food at mealtimes. Also, remember that children may eat a lot at one meal and hardly anything at the next. However, a preschooler who for several weeks eats as though famine were around the corner or who constantly fusses about the menu or picks at the food may be asking for comfort.
3. Toilet Habits
Does The Child Have, On The Average Over Several Weeks, Bowel And Bladder Control, Especially During The Day?
Occasional "accidents" are all right, particularly under special circumstances, such as excessive intake of liquids, intestinal upset, or an intense concentration with ongoing activity so that the child is too bsorbed to attend to such "irrelevancies." Children who sleep well often take longer to stay continent at night.
4. Range Of Emotions
Does The Child Show The Capacity For A Range Of Emotions Such As Joy, Anger, Sorrow, Grief, Enthusiasm, Excitement, Frustration, Love, And Affection?
These need not be exhibited all in one day, of course, but should be seen over several weeks. A child whose emotions don't vary who is always angry or sour or enthusiastic may be in trouble. Note that expressions of sadness are not necessarily problematical; in appropriate situations, they can indicate the ability to really care about others.
5. Friendship
Can The Child Initiate And Maintain Satisfying Relationships With One Or More Peers?
A child who often plays alone is not experiencing a developmental problem as long as the cause is not insufficient social competence. A child who is fearful of peers or who frequently claims superiority over others may be seeking reassurance or may doubt his or her ability to meet parents' lofty expectations.
6. Variations In Play
Does The Child's Play Vary, And Does The Child Add Elements To The Play, Even Though The Play Is With The Same Toys Or Materials?
A child who ritualistically and repetitively goes through the same sequence of play, with the same elements and in the same way, may be emotionally "stuck in neutral," indicating perhaps that the child has insufficient inner security to "play with the environment."
7. Respones To Authority
Does The Child Usually Accept Adult Authority?
Occasional resistance, self-assertion, protest, and objections, when followed by ultimate yielding to the adult, indicate healthy socialization processes. Unfailing acceptance of adult demands and restrictions without a peep suggest excessive anxiety.
8. Curiosity
Does the child occasionally exhibit curiosity, adventure, and even mischief?
A child who never pries or snoops where forbidden may not be pushing against perceived boundaries enough for healthy development or may fear punishment excessively. On the other hand, frequent manifestation of these behaviors may indicate a search for boundaries.
9. Interest
Does the child occasionally become involved, absorbed, and interested in something outside of him- or herself?
The emphasis here is on sustained involvement in "activities" rather than in "passivities" such as television. A preschooler who cannot become absorbed in an activity or who rarely stays with a project until completion may need help.
10. Spontaneous Affection
Does The Child Express Spontaneous Affection For One Or More Of Those Responsible For His Or Her Care?
Note that this criterion refers to spontaneous declarations of love, not such displays as the required goodnight kiss. Also, demonstrations of affection vary among families and cultures and must be taken into account on this criterion. Nevertheless, in culturally appropriate ways, a child who is thriving is likely occasionally to express affection toward caretakers and deep pleasure in being with them. Excessive expressions of this kind, however, may signal doubts about the feelings caretakers have toward the child.
11. Enjoyment Of The "Good Things Of Life"
Does the child enjoy the "good things of life?"
For young children, playing with others; going to picnics, parties, festivals, and new places; and exploring new toys are parts of the good life. If a child has a problem such as shyness, fear of dogs, or food dislikes, but the problem is not so severe that it prevents him or her from enjoying childhood pleasures, then assume that the child will outgrow the problem. If, however, problems do prevent enjoyment of the good things of childhood, help is called for. |
|
|
|
|
|
|
|
cont.
Suggestions For Intervention
The first three of these eleven criteria of sound development sleeping, eating, and toilet habits are particularly sensitive indicators of the child's well-being because only the child has control of them. The other criteria are more culture-bound and situationally determined. When the pattern of a child's behavior on about half of the criteria seems less than optimum over a period of about a month, some remedial action should be taken.
While each individual case will require its own special intervention, some general approaches are worth trying right away. For example, no matter what the underlying cause, almost all young children respond well to spending time alone with an adult who is important to them. The important adult may be a parent, relative, caregiver, or anyone else with whom the child has a significant relationship. The time can be spent walking around the block, helping to tidy up a closet, gardening, baking a cake, or doing anything else the child really enjoys. The activity should be simple; it need not be an exotic trip to a faraway place. The main point is having someone special all to oneself. A few minutes a day for a few weeks will invariably help alleviate whatever stresses the child has encountered. Once the level of stress is reduced and the child is more relaxed, he or she may then become more responsive to a parent's guidance and suggestions about how to cope with the problem at hand.
In some cases a child's development can get back on track when his or her daily routines are simplified. Many preschoolers have a hard time coping with frequent, rapid, changes in environments within a day or week in which they are expected to be responsive and cooperative, to exercise self-control, and to be self-sufficient. For such children, reducing the number and rate of changes can go a long way to helping them "get back on the right foot." |
|
|
|
|
|
|
| |
|