View: 5990|Reply: 9
|
Toyol Lesap Wang Penduduk Kampung
[Copy link]
|
|
PENDUDUK Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor menjadi buntu dan kebinggungan apabila wang milik mereka ‘lesap’ dicuri saban malam secara misteri.
Anehnya, perpuluh-puluh mangsa mendakwa tiada sebarang kesan pecah masuk perompak di kediaman masing-masing.
Malahan, suspek sering kali berjaya mengesan lokasi wang yang disimpan meskipun disembunyikan di lokasi tersorok seperti dalam almari, botol plastik, peti sejuk atau kitab al-Quran.
Memetik laporan Harian Metro, salah seorang mangsa, Muhammad Yusuf Mat Akhir, 64, berkata, kejadian itu sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu hingga menimbulkan keresahan penduduk selain turut mengaitkannya dengan perbuatan makhluk halus.
Bercerita pengalaman yang dialami, mangsa mendakwa suspek yang tidak diketahui itu gemar mencuri sebahagian daripada wang milik mangsa dan selebihnya ditinggalkan begitu sahaja.
Insiden pelik ini sekali gus dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus yang dipercayai toyol.
Meskipun ada pihak menganggap makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.
Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.
Pun begitu, kes kecurian ini masih lagi menjadi tanda tanya penduduk berkenaan.
sumber berita : Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ni makhluk belaan indon caprut pemalas nk kerjala ni...
kalau aku dapat tangkp toyol ni siapla owner dia |
|
|
|
|
|
|
|
Try simpan duit dalam uncang kain yg dicucuk dengan jarum peniti. Uncang kain tu yg org isi bunga telur tu...cucuk skali duit dlm uncang tu dgn jarum tu..tgk brani tak toyol tu ambik. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa letak la kacang hijau dalam rumah masing2. kan tu cara nak tangkap toyol. |
|
|
|
|
|
|
|
sblm ni kt rumah mak aku ramai yg jd mangsa toyol...
hari2 duit hilang...kesian penduduk kt situ..
ada sorang pakcik dtg rumah mak aku utk berubat...
pakcik tu ckp tuan dia dh buat laluan utk toyol tu dtg ke rumah mangsa hari2...
org tu mmg dh aim sapa yg bnyk duit...so dia la mangsa...
mmg indon tuan dia...toyol tu dh kena tangkap pun...
letak la kacang hijau ke...ikan emas ke...toyol tu x heran...
mak aku letak duit cina semayang tokong tu pun toyol rembat... |
|
|
|
|
|
|
|
Toyol ni bukan tuan dia ajar ambik certain jenis duit ker?
Contohnya klu tuan dia tunjuk duit rm50 maka duit rm50 sekeping tu lah dia akn ambik. Sbb toyol tu lurus bendul... |
|
|
|
|
|
|
|
jika duit sembanyang cina pun dia rembat hebat tu sapu bersih
|
|
|
|
|
|
|
|
Letak bulu kemaluan pada tempat simpanan wang itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut aku tengok gambar kat atas tu tgh2 malam ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|