View: 2453|Reply: 3
|
Raja Muda Perlis Kongsi Petua Tak Tersalah Beli Buah Harumanis
[Copy link]
|
|
Edited by red_heart at 29-4-2016 05:45 PM
Untuk mereka yang mahu membeli harumanis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini berkongsi petua untuk membeli buah ikon negeri ini supaya orang ramai tidak 'tertipu' atau 'tersalah' semasa membelinya.
Beza Harumanis asli dari buah tiruan atau buah import "Tom Dam", contohnya adalah Harumanis Perlis mempunyai lekuk pada tangkai yang berbeza dengan buah dari Thailand yang mempunyai lekuk pada pangkal tangkai dan di bahagian luar tangkai.
Baginda bertitah ‘Harumanis Thai’, ‘Harumanis Kampung’ dan ‘Harumanis' merupakan antara nama yang digunakan bagi melariskan jualan mempelam.
"Kalau di Pantai Timur, Tom Dam ini juga dikenali sebagai ‘Pauh Mas Hitam’ yang juga dijual di tepi jalan, pasar malam atau ditempah secara dalam talian.
"Difahamkan 'Harumanis Tipu' turut dijual di Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur dengan nama yang lebih gah iaitu ‘King of Harumanis’, yang jika dilihat dari segi fizikalnya sahaja memang sesetengah pembeli akan menyangka ia adalah Harumanis dari Perlis," titah baginda sebagaimana lapor Bernama.
Tom Dam juga mempunyai ‘bahu’ yang sama tinggi manakala Harumanis mempunyai bahu yang tidak sama tinggi antara kiri dan kanan, katanya.
Ketiga, bentuk bucu hujung Tom Dam tirus manakala Harumanis Perlis mempunyai bucu hujung yang sekata.
Keempat adalah dari segi tekstur buah itu, kerana Tom Dam lebih berserat dan ketara serta banyak jus, manakala Harumanis memiliki serat yang amat halus dan sedikit jus tetapi jauh lebih manis.
Oleh itu, baginda menasihati agar orang ramai mengetahui ciri-ciri sebenar Harumanis supaya tidak ditipu.
"Penjualan yang menggunakan nama Harumanis Perlis bagi melariskan jualan akan dipantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan Kerajaan Negeri diketuai oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan)serta dibantu beberapa agensi lain termasuk polis," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan program AZAMTANI Jabatan Pertanian Negeri Perlis kepada Sunin Pin di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis di sini hari ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Petua yang bermanafaat untuk semua |
|
|
|
|
|
|
|
Takleh patent kan ke apa takut nanti kena replica dek siam? |
|
|
|
|
|
|
| |
|