|
Edited by Ipo at 22-9-2016 09:39 AM
Saiyaa datang lagi....mahu tepek satu citer... Note: citer ni banyak pasal perubatan...sorry la ek..kalau membosankan...
# BAB 1
IRIS ralit membaca catatan yang sempat dicatat dalam kelas Pathology tadi. Segala nota yang dicatat itu cuba diingati dan difahami. Pathology subjek yang paling sukar baginya. Dia mula mengemas buku atas meja. Sekejap lagi dia perlu ke kelas. Berada dalam tahun akhir dalam bidang perubatan memang memenatkan.Menghadiri kelas, melawat wad di hospital, kelas klinikal, menyediakan laporan dan entah apa tugas lagi yang perlu dibereskan.
Bergegas Iris melangkah dalam cuaca sejuk itu menuju ke kampus. Dia perlu sampai awal. Pensyarah subjek itu bukan boleh diramal sikapnya. Sekejap baik dan sekejap pula mengaum seperti mulut harimau. Suka menjerit-jerit pada pelajar dalam kelas tetapi semua itu tidak dihiraukan. Apa yang penting, dia perlu lulus dengan baik. Itu juga harapan ayah selama ini. Ikutkan hati dia ingin melanjutkan pelajaran di bumi sendiri saja tetapi dibantah oleh ayah. Alasannya, ayah ingin melihat anaknya mengenal negara orang. Terpaksalah akur dengan kehendak ayah walaupun ada sedikit terkilan dalam hati.
Hari itu kelas klinikal sampai ke petang. Seperti biasa, sebelum pulang ke rumah sewa, dia menelaah di perpustakaan. Tahun yang menentukan hidupnya di kampus itu. Harapan ayah dan juga nenek turut membuatnya semakin bersemangat untuk lulus dengan baik.
Lima tahun menjadi warga kampus di negara asing itu cukup memberinya pengalaman pahit manis. Apa lagi bila berdepan dengan karenah pesakit. Walaupun tidak ramai pelajar dari Malaysia dan dikelilingi bangsa asing dan budaya asing, dia perlu berhati-hati dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim. Alhamdulillah, ada juga senior yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar.
Mengingatkan itu, terbayang seorang doktor yang cukup disegani. Dr.Edward yang begitu banyak membantunya selama ini. Seorang bekas pelajar di universiti itu dan sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang pakar saraf. Kagum dengan doktor muda itu yang begitu rajin dan tidak pernah kenal erti kalah.
Pap!
Sekeping foto dari buku rujukannya jatuh ke lantai. Foto itu dikutip dari atas lantai. Tersenyum dua ulas bibir Iris saat melihat wajah-wajah dalam foto itu. Lima sekawan bergambar bersama Dr.Edward sebaik sahaja kelas klinikal selesai. Tasha, Carol, Rani, dan Sabihah.Dia terselit di tengah-tengah lima sekawan itu. Dr. Edward pula berada tepat di belakangnya.
Sabihah, berasal dari Terengganu,satu-satunya kawan yang rapat dengannya sepanjang pengajian selain Tasha, yang berasal dari Negeri Sembilan. Tasha dan Sabihah itulah teman berbual tentang hal agama dan sama-sama mengikuti pengajian agama di Central Mosque, tidak jauh dari kampus.Berada dalam golongan minoriti di kampus itu, cukup membuatnya menghargai setiap detik persahabatan dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Apa yang lebih menarik, Sabihah dan Tasha tidak pernah malu dengan loghat masing-masing.
“Emm..habis belajar nanti,sementara belum jadi HO ni, baik aku melancong dulu dengan Bihah dan Tasha.”
Iris sudah teruja. Sejak sebulan yang lalu dia sudah merancang untuk bercuti ke tempat menarik di negara Scotland ini sebelum pulang ke Malaysia. Semenjak bergelar pelajar disini, hanya sekali dua saja mereka bertiga bersiar-siar, itu pun di bandar saja. Kekangan masa yang membuatkan mereka tidak berkesempatan melihat keindahan Scotland.
“Hoi! Berangang sampai langit ke tujuh doh ke?”
Iris tersedar dari lamunan panjangnya. Tepukan kuat di bahu tadi hampir terlepas sekali lagi foto di tangannya.
“Emm…patutlah. Mu duk skodeng buoh hati. Dok sedor aku tegur.” Sabihah terkekek ketawa, foto tadi dicapai dari tangan Iris.
Iris sengih. Pekat sungguh pelat Terengganu Sabihah. “Mana ada buah hati..”
“Abih, ni sape?” Sabihah tuding pada Dr. Edward.
“Dr. Edward? Hang ni Bihah, dia kan pensyarah kita. Aish!” Iris sambar semula foto tadi.
“Mana tahu, dalang hati ada tamang. Aku tengok mata Dr. Edward tu pung aku tahu doh! Macang suke ke mung! Nanti, esok-esok, anak Caucasian gitu” Sambung Sabihah. Sengih.
“Dalang..tamang..macang.” Iris mengekek gelihatinya mendengar loghat Terengganu pekat Sabihah.
“Cuba hang cakap elok sikit..dalam, taman, macam..terlebih perisa lah kau nih!. Tapi aku fahamlah sebab aku pun tak boleh buang pelat utagha aku..”Gelak Iris semakin kuat.
“Tu la mung, kata oghang, dua kali lima je.” Sabihah turut ketawa.
“Jomlah kita ke kafe. Aku dah lapar ni. Tasha mana?” Iris melihat sekitar perpustakaan itu. Agak ramai pelajar sedang menelaah.
“Huh, mek nogori tu mana lagi, jupe si Jang dia la.” Balas Sabihah dengan wajah cemberut.
“Eh, yang hang macam muka ketat je ni awatnya?” Iris menyusun buku rujukan dan dimasukkan ke dalam beg sandang.
“Mung tahu dok, aku dok suke Rizal tu. Mamat tu kasanova tahu dok. Guane Tasha tu bulih suke mamat tu?” Sabihah mencebik.
Iris berjeda. Betul juga kata-kata Sabihah tadi. Rizal, pelajar kejuruteraan mekanikal yang suka melayan perempuan. Sudah jelas yang lelaki itu memang hanya mainkan perasaan perempuan.Hampir setiap hari Tasha menangis kerana Rizal.
“Sudahlah Bihah, nanti kita nasihatkan Tasha tu. Idham tu, suka kat dia, dia pula buat dek. Duk pi kejaq Rizal gatai meghela tu” Iris turut bersimpati dengan Tasha.
Sabihah hanya mengangguk. Mereka berdua mula menuju ke kafeteria. Sempat mereka berbual tentang percutian menjelajah Scotland habis saja peperiksaan akhir nanti.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 29-4-2016 04:00 PM
LEGA. Peperiksaan akhir sudah pun tamat. Iris sudah berkira-kira untuk menghabiskan sisa visanya di negara Eropah itu untuk bersiar-siar bersama Tasha dan Sabihah. Sudah ada jadual rancangan untuk mereka melancong di sekitar Eropah. Destinasi pertama, Edinburgh. Melihat keindahan panorama di sana walaupun tidak jauh beza dari Aberdeen yang lebih memberi pemandangan kelabu dengan bangunan diperbuat daripada batu granit.
Dua hari berada di Edinburgh, mereka meneruskan perjalanan menaiki bas menuju ke kota London. Sempat mereka membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang, sama seperti di Edinburgh sebelum kembali ke Aberdeen semula.
“Hey, why don’t we go to Dunnattor Castle?” Cadang Iris. Teringin benar dia melihat istana yang tercantik di duniaitu. Istana yang terletak di puncak bukit dengan pemandangan laut.
Dengan menyewa sebuah kereta,mereka bertiga mulakan perjalanan ke selatan Aberdeen. Satu jam perjalanan yang mengujakan, akhirnya mereka tiba di Dunnottar Castle, setelah mengisi perut di Stonehaven. Tasha paling banyak melantak ‘fish n chips’ yang sememangnya sangat sedap dan segar! Seiringlah dengan Scotland yang terkenal dengan hasil lautnya.
Sampai di situ, mereka bertiga mula mengabadikan kenangan bersama. Iris hanya melihat Tasha dan Sabihah sedang‘berselfie’ di setiap sudut dalam istana itu. Dia kemudian mengambil udara segar di luar istana, di tepi tebing istana.
“Subhanallah…it is so beautiful..” Iris terpana seketika melihat keindahan istana purba itu. Dengan pemandangan laut sekitar istana itu cukup membuatnya merasa tenang dan memuji keindahan ciptaan Allah. Deretan bunga Dandelion yang tumbuh liar di sepanjangtebing istana itu menambahkan lagi keindahannya.
“Yup..so beautiful..”
Terkejut dengan lantunan suara yang didengarnya, Iris segera menoleh. Seorang lelaki berbaju sejuk hitam,mafla dileher dan memakai topi Beanies sedang tersenyum kepadanya.
Iris kembali menatap ke tengah laut dari tebing istana itu. Lelaki itu tidak dihiraukan. Mungkin lelaki itu senyum padanya sekadar untuk keselesaan saja. Sesiapa pun akan berbuat begitu bila ingin mencari teman bicara tentang tempat yang dilawati. Dia juga peramah bila ingin mengetahui sesuatu di tempat yang dilawati. Tidaklah seperti kera sumbang saja. Sekadar menikmati tetapi tiada pengetahuan, apa guna berada ditempat orang.
“The sea…the castle…there’s a history..quite amazing..”
Iris sekali lagi menoleh. Lelaki tadi kini sudah berdiri di sebelahnya sambil memegang sebuah kamera sama sepertinya. Dari raut wajah lelaki itu, dia pasti, lelaki itu mungkin dari Malaysia sepertinya. Wajah putih bersih, kening hitam, bibir agak kemerahan,mungkin kerana cuaca sejuk.
“What do you mean..amazing?” Iris mula berminat. Dibuang jauh-jauh sikap tidak endah tadi. Dia perlu tahu apa yang lelaki itu cuba katakan. Adakah bicara itu hanya untuk memancing dirinya untuk berbual sama?? Atau mungkin satu taktik untuk berkenalan? Klise….
“Are you sure..you know nothing?” Sinis nada Amar kali ini. Gadis itu mungkin ingin menduga pengetahuannya. Sedari tadi dia mengekori gadis yang belum diketahui namanya itu sehinggalah ke tempat tertulis sejarah istana.
Tiada jawapan dari Iris. Dia mengangkat kamera dan mula fokus pada istana berlatar belakangkan laut yang biru. Bunga Dandelion yang berterbangan menerpa ke wajahnya ditepis lembut. Dia cuba fokus sekali lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 29-4-2016 04:15 PM
Amar hanya senyum melihat gelaga tgadis itu yang ternyata tidak seperti gadis lain. Kalau sebelum ini mudah saja gadis menegurnya sebelum dia sempat memulakan bicara. Berlainan dengan gadis yang memakai tudung berona biru lembut dan memiliki bibir yang mungil ini.Gadis ini pula sudah membuatnya merasa seperti patung bernyawa. Aku Amar, tiada gadis yang tidak mengendahkannya.
“A darker chapter in the history of Dunnottar is that of the ‘Whig’sVault’. The gruesome story of the imprisonment of a group of Covenanters who refused to acknowledge the King’ssupremacy in spiritual matters.” Amar meneruskan juga kisah ‘amazing’ yang dimaksudkannya tadi.
Perlahan Iris berpaling. Kamera yang berada di tangannya diturunkan sedikit. Senyuman nipis dilemparkan pada lelaki tadi.“Emm..so impress!”
Amar hanya senyum. Dia faham sangat dengan senyuman sinis dari gadis itu, apatahlagi riak wajah seolah memperlekehkan pengetahuannya.
“So, what do you know about this castle?” Soal Amar kembali. Dia juga ingin melihat sejauh mana pengetahuan gadis yang ternyata ada sedikit ego pada hemahnya.
Iris berjeda. Dia memang tidak tahu apa-apa tentang istana itu. Apa lagi tentang sejarah. Ah, kalau dilayan mamat berlagak ini, jawabnya dia tak ke mana la hari ini. Kamera di tangan diangkat lagi lalu difokus pada sisi tepi istana pula.
Amar menggeleng. Senyuman nipis masih terhias di bibirnya.
“William Wallace, Mary Queen of Scots, the Marquis of Montrose and the future King Charles II, all graced the Castle with their presence. Most famously though, it was at Dunnottar Castle that a small garrison held out against the might of Cromwell’s army for eight months and saved the Scottish Crown Jewels, the ‘Honours of Scotland’, from destruction “ Balas Amar, dia tahu gadis itu seperti tidak puas hati dengan reaksinya tadi.
Iris menoleh lagi. Meluat melihat senyuman sinis lelaki itu.
“Show off..” GumamIris, dia kemudian palingkan wajahnya mengadap ke arah laut semula. Sekali lagi kamera ditala dan pemandangan indah istana yang dikelilingi laut itu diabadikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 29-4-2016 04:09 PM
“Tapi sekarang, crown itu sudah berpindah tangan dan diletakkan di Edinburgh Castle. Istana ni terbiar sehinggalah ianya dibuka semula untuk pelancong.” Sekali lagi Amar menyambung kata setelah melihat gadis itu hanya diam. Kali ini dalam bahasa Melayu.
Kali ini Iris terdiam. Telinganya tidak salah mendengar. Lelaki itu bukan lagi berbahasa Inggeris sebaliknya menjawab dalam bahasa Melayu. Bermakna, betullah tekaannya tadi.
“Oh Malaysian…ingatkan dari ceruk manalah datang tadi” Iris ketawa sinis seraya memalingkan wajahnya dan memandang lelaki itu yang tidak berganjak dari situ. Terasa panahan mata lelaki itu tepat menusuk ke kornea matanya.
“Hanya orang bodoh saja yang baca sejarah istana ni dari tugu batu kat depan pintu masuk tu. Orang bijak dan eager nak tahu sesuatu perkara tu,mereka akan cari sumbernya, bukan hanya tahu dari batu. Opps! Sorry, hampir terlupa yang…you are just one of the bimbo girls that I know...” Amar senyum sinis. Sengaja dia melontarkan kata-kata pedas untuk gadis itu. Hahaha….dah bulat mata bundar gadis itu memandangnya ketika ini.
Iris mengetap bibir. Dia panggil aku bodoh? Bimbo??
“Oh, jadi sebenarnya you nak cakap yang you ni celik sejarahlah? And actually, you wanna say that you know everything, every single history, don’t you? How sad…again, show off..” Iris mencebik. Pantang dia dengan lelaki yang ingin menunjuk-nunjuk.
Amar hanya mengukir senyuman nipis. Nampaknya gadis di depannya ini bukan sebarang gadis. Topinya dibetulkan bila terasa angin yang agak kuat mula bertiup. Disapu cebisan bunga dandelion yang terbang dibawa angin yang sudah melekat di topi dan baju sejuknya.
“Iris!!”
Serentak Iris dan Amar berpaling.Tasha dan Sabihah sudah melambai-lambai dari depan pintu masuk ke istana.
Iris beralih mata menatap wajah jejaka yang masih tidak berkalih bebola matanya dari tadi. “Anyway, nice meeting you Mr. Smart.”
Amar senyum lagi. Dia tahu itu kata perli untuknya. “Well, nice meeting you too, Miss Iris…or should I call you..Miss Bimbo?”
Iris mencerlung. Tajam matanya menatap iris hitam milik lelaki itu. Dia cuba bersikap biasa. Tidak perlu membalas apa-apa. Angin yang sesekali bertiup kuat, meliuk lentukkan tudung yang dipakainya. Mafla yang hanya diselempangkan di leher kelihatan mula meleret ke bahu. Mata masih bertaut.
Iris tidak menghiraukan lelaki itu, kakinya terus diatur meninggalkan Amar yang masih berpeluk tubuh di depannya.
“Bimbo girl. Siapa yang show off?” Amar mengetap bibir. Matanya tertancap pada mafla merah jambu yang terjatuh.
“Nampaknya kita akan berjumpa lagi Miss Bimbo..” Amar sengih. Mafla tadi dimasukkan ke dalam poket baju sejuknya dan dia beredar dari situ menuju ke tempat kawan-kawannya berkumpul.
IRIS merapati Tasha dan Sabihah yang sedang menunggunya di depan pintu masuk istana. Tersenyum simpul keduanya tatkala melihatnya menapak laju dari lelaki tadi.
“Wow! Sapo tu Iris? Handsome!” Tasha yang panjangkan leher melihat lelaki yang bersama Iris tadi.Lelaki itu masih berdiri di tebing itu sambil memandang ke arah laut.
“Wei,ese tanyo ni haa, sapo eh mamat handsome tu?” Ulang Tasha, pekat loghat negeri sembilan.
Iris tidak menjawab, dia melangkah laju menuju ke anak tangga meninggalkan kawasan istana itu. Dibiarkan saja Tasha dan Sabihah berlari anak mengejarnya. Terasa mukanya sudah merah seperti biji saga. Geram dengan kata-kata lelaki tadi. Laju saja kakinya menuruni anak tangga.
“Hok aloh, doh guane pulok minoh ning!” Sabihah tepuk dahi. Dia tahu tentu ada yang tak kena. “Deraslah Tasha,ado hok tak kena tu!”
“Iyolah. Buek hal pulak si minah tu.” Tasha cepat-cepat mengekori Sabihah yang sudah mengejar Iris.
|
|
|
|
|
|
|
|
nice... belum baca lg tp sbb excited tgk @Ipo yg post... so komenlah dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Amboih, benang baru.
Jeles pulok .
Ni yang terasa nak keluar dari gua ni. Taaaapiiiii............. |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo .. mereka berdua atau bertiga? part paling bawah sekali tu ... mula2 berdua lepas tu bertiga
|
|
|
|
|
|
|
|
hehhehe..ada plak mcm tu ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
weh...apa yg taaaaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
yalah Nay...salah...berdua sebenarnya...
sat nak edit
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 29-4-2016 11:50 PM
IRIS menunggu di tepi kereta. Cuaca sejuk dan angin yang kuat membuatnya ingin cepat pergi dari situ. Ah, bukan sebab itu sebenarnya. Iris mendongak. Istana Dunnator itu tersergam indah dan dari situ dia masih boleh melihat sayup lelaki yang perasan bijak dan tahu serba serbi itu sedang bergelak ketawa dengan kawan-kawannya di atas sana.
"Entah species dari mana agaknya mamat tu?" Bibir diketap kuat. Iris berpeluk tubuh.
Baru sedar yang mafla yang dililit di leher sudah tiada. Iris cuba mencari di tempat yang dilalui tadi. Dia pandang anak tangga yang menghala ke istana. Mahu tercungap kalau dia menaiki anak tangga itu semula.
"Mana pulak mafla aku jatuh?" Iris mencari sekitar tempatnya berdiri. Ah, mungkin maflanya sudah terbang dibawa angin kuat tadi.
"Iris! Mung ni doh guane? Laju lari! " Sabihah bersuara sebaik tiba di tempat Iris yang menunggu di tepi kereta. Termengah-mengah dibuatnya.
"Yolah, ekau apo hal ni Iris? Tibo-tibo yo lari." Tasha menekan lututnya yang terasa lenguh. Bukan sikit anak tangga dari istana tadi. Kurang sikit saja dari anak tangga Batu Caves tu.
"Jomlah balik! Awat hang pa ni duk kalut tanya?" Iris mula menyuruh Sabihah membuka pintu. Hanya Sabihah saja yang mempunyai lesen antarabangsa. Harapkan Tasha, hanya ada lesen Malaysia saja. Itupun masih lesen P. Tiba-tiba Iris senyum.
"Doh guane senyum pulok?" Pelik Sabihah melihat Iris yang tiba-tiba saja berubah rona wajah. Tadi bukan main lagi muka ketat!
"Tak dak apa eh. Aku teringat...yang aku tak dak lesen. Kalau aku nak balik sorang-sorang pun, bukan boleh gerak kereta ni. " Iris ketawa sendiri.
"Tahu pun!" Tasha pula mencelah.
Mereka bertiga mula menaiki kereta meninggalkan kawasan itu. Lusa mereka akan bertolak pulang ke tanahair bersama. Selepas sebulan nanti, mereka akan sibuk dengan praktikal di hospital. Jadi, waktu beginilah yang mereka perlu berseronok sakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 04:57 PM
BAB 2
SENYUMAN[size=21.3333px] lebar meniti di bibir Iris sebaik dia selamat tiba di lapangan terbang KLIA. Malaysia aku datang!! Bertambah senyumannya bila terpandang papa yang begitu setia menunggunya di balai ketibaan. Troli bagasi ditolak semakin laju. Tidak sabar untuknya memeluk papa yang sangat dirindui!
“Papa!!” Tanpa menghiraukan orang sekeliling, Iris terus saja memeluk tubuh ayahnya.
“Anak papa sihat?” Firdaus mencium dahi Iris. Beg dari troli diangkut dan dimasukkan ke dalam bonet kereta.
Meluncur laju Nissan Teana hitam menuju ke lebuhraya PLUS. Sepanjang perjalanan Firdaus perasan anak sulungnya hanya diam saja. Tidak seperti selalu, becok mulut bercakap itu ini.
“Iris anak papa, awat? Tak sihat ka?”Firdaus pandang sekilas, tangan masih di stereng kereta.
Iris masih memandang tepat kejalan raya di hadapan. Entah mengapa wajah lelaki yang menegurnya di Dunnattor Castle dulu seperti melekat kuat di ruang fikiran.
“Iris..”
Iris terkejut. Terasa tangan papa sudah menyentuh tangannya. Dia segera menoleh. Berubah riak wajahnya. Dia tahu,papa seperti boleh membaca apa yang difikirkannya tadi. Sebelum ini pun, papa pernah meneka dengan betul.
“Err…nothing..” Iris mula mengukir senyum, semakin lebar. “Oh ya papa, semalam kan, Jas ada whatsApp Iris, dia habaq, papa ada belikan dia ipad. Beria dia bangga..nak kasi Iris jealous la tu!”
Firdaus senyum. Itulah yang selalu Iris lakukan untuk mengelak dari ditanya lagi.
“Alah..biarlah dia. Itu hadiah untuk keputusan SPM dia yang cemerlang. Iris sepatutnya sokong dia, kan Iris ni Kak Long? Remember?” Firdaus menjawab lembut.
Iris diam.
“Emm..macam mana exam? Boleh jawab tak?” Firdaus cuba mengajak Iris berbual. Walaupun setiap hari dia menghubungi anak gadisnya diScotland, dia tidak pernah jemu berbual dengan Iris yang sudah semakin matang.Seingatnya sejak Iris berada di tingkatan satu lagi, Iris sudah matang berfikir. Selalu mengalah dengan Jasmine yang suka memberontak, hendak itu ini.
“Alhamdulillah papa..masa exam tu, Iris boleh jawab. Tengoklahnanti, results macam mana..” Iris mula mengukir senyum.
Dia berharap sangat keputusan peperiksaannya nanti seperti yang diharapkannya selama ini. Boleh menggembirakan hati papa. Itu saja yang dia inginkan. Papa yang bersusah payah membesarkannya dan Jasmine tanpa mama di sisi.
“Alhamdulillah..lega papa dengar..” Firdaus memegang erat tangan Iris.
Kereta dipecut semakin laju.Hampir dua jam lebih perjalanan, akhirnya mereka sampai di kampung halaman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 05:03 PM
RINDU. Itulah perasaan di dalam hati apabila sampai sahaja di kampung halaman. Ternyata Kampung Bentayan masih cantik seperti dulu. Jalan pun sudah berturap. Tiada lagi jalan becak dan tanah merah. Kalau dulu sewaktu zaman kanak-kanak, di jalan itulah dia selalu meredah menolong papa dan opah memetik buah rambutan di kebun untuk dijual di pekan.
“Cucu opah dah sampai?” Halimah meluru ke arah Iris yang sudah terdongak melihat sekitar halaman rumah itu.Terus saja dipeluk cucu kesayangannya.
“Opah! Opah sihat?” Iris mencium tangan dan kedua pipi Halimah.
“Alhamdulillah..bertambah sihat tengok cucu Opah balik dengan selamat. Emm..makin cantik Ecah ni.” Sekali lagi Halimah mencium dahi Iris.
Iris hanya senyum mendengar Opah memanggilnya Ecah. Yalah, sejak dulu dia dipanggil dengan nama itu. Menurut opah, dia lebih suka nama melayu.
Firdaus turut mengukir senyum sambil mengangkat beg ke dalam rumah. Iris, pemilik nama penuh Iris Aishah. Nama yang diberikan oleh bekas isterinya dulu. Bekas isterinya suka pada nama isteri Rasulullah saw dan dia sendiri pula suka pada nama Iris.
“Mari masuk. Hari ni opah ada masak istimewa untuk Ecah ni..” Teruja Halimah menarik tangan cucunya masuk ke dalam rumah.
“Err..mana Jas opah?” Melilau mata Iris melihat sekitar rumah. Dari tadi kelibat adiknya tidak kelihatan.
“Timah tu dari pagi pergi jumpa kawannya kat pekan. Yalah, dia pun baru habis SPM. Kejap lagi balik la tu.” Jawab Halimah dengan senyuman manis.
Iris senyum. Panggilan itujugalah yang dia selalu guna semasa kecil dulu jika dia bergaduh dengan Jas,pemilik nama penuh Jasmine Fatimah.
Firdaus letak beg Iris di dalam bilik anak gadisnya sebelum dia membuntuti ibunya dan Iris ke ruang dapur.
“Assalamualaikum!! Opah! Jas dah balik!!”
“Hah..tu pun Timah dah balik!”Halimah jenguk ke tingkap dapur. Jasmine sedang berlari laju ke belakang dapur.
“Jas dari mana?” Firdaus saja menyapa anak gadis bongsunya. Jasmine mudah merajuk kalau tidak bertanya khabar walaupun benda remeh temeh.
“Papa ni..kan pagi tadi Jas dah beritahu papa. Betullah, papa tak korek telinga.” Jasmine mengekek.
“Yalah..tapi pergi jalan mana?”Soal Firdaus sekali lagi. Dia sudah masak dengan sikap Jasmine. Sejak kecil,ada saja jawapan lucu yang diberi bila ditanya.
“Saja pusing-pusing, jalan-jalan cari makan. Kan papa juga cakap, kalau berjalan saja tak best, kena makan sekali.” Jasmine buka kasut dan menonong masuk dan duduk di kerusi sebelah Iris.
“Bukan jalan-jalan cari pasal?”Iris menjeling adiknya yang sudah melangkah masuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 05:08 PM
“Aish! Kak Long ni! Jas baik la. Kan Jas ni Puteri Berlian!” Jasmine menjuih mulut.
Firdaus cuba menahan ketawa. Dia sudah mengagak, itulah perbualan Iris dan Jasmine. Sejak kecil, keletah keduanya memang sentiasa mencuit hati. Tidak pernah kering gusi dibuatnya. Sikap itu terbawa-bawa sehingga dewasa. Jasmine kuat cemburu dan petah bercakap. Berlainan dengan Iris yang berhati tisu, mudah tersentuh hati tetapi sejak akhir-akhir ini Iris mudah melatah bila disapa ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu.
“Dengan siapa? Kak Long kenal?”Tanya Iris lagi. Adik aku ni, langsung tak nak salam!
“Alah..kak long mana nak kenal kawan Jas masa sekolah dulu. Kat sekolah, kak Long jalan pun tak pandang orang. Tunduk je. Mana nak kenal?” Cebik Jasmine.
Iris diam. Dia akui, itu sikapnya dulu. Suka buat hal sendiri. Sampaikan ada pelajar lelaki takut untuk mendekatinya dan menuduhnya sombong. Padanya, dia tidak suka melayan pelajar lelaki yang lebih suka bercakap hal tidak sepatutnya. Malah, sikap itu terbawa-bawa ke kampus. Dia sedar, ada gadis lain yang cemburukannya atas sebab pelajar lelaki ingin berkenalan dengannya. Lebih baik dia mengambil langkah menjauhkan diri dari terjebak dalam dunia cinta.
Jasmine hanya jeling Iris yang sudah diam membisu. Perlahan dia meraih tangan kakak sulungnya dan dicium lembut.
“Kak Long, Jas sayang kakak.” Jasmine melemparkan senyuman. Teringat saat Iris dimarahi pelajar perempuan lain semata-mata kerana seorang pelajar lelaki yang sukakan Iris. Hampir saja muka Iris jadi bahan buku lima, sempat dia sampai dan menghalang pelajar perempuan itu dari meneruskan tindakannya. Geram juga melihat Iris tidak cuba pertahankan diri.
Sejuk hati Fridaus melihat Jasmine mula mencium tangan Iris. Dia bersyukur kerana anak-anaknya mudah mendengar kata dan menghormati antara satu sama lain. Sejak kecil mereka dididik begitu.Adatlah kalau ada pergaduhan kecil dan cemburu antara adik beradik.
“Dah, Jas dah basuh tangan belum?” Firdaus jeling anak gadis bongsunya yang mula ingin menggaul nasi.
“Opss! Lupa!” Jasmine sengih. Dia segera bangun dan basuh tangan disingki sebelum kembali ke meja makan.
“Timah tu memang gitu. Lok lak sungguh!” Halimah ketawakan Jasmine. Dia sudah biasa menyakat cucu bongsunya itu.
“Opah ni..asyik panggil Timah je.Kan nama betul Jas, Jasmine Fatimah binti Firdaus.” Cebik Jasmine.
“Alah..biaq pi la opah nak panggil apa pun. Timah tu kan sedap jugak. Hang pa ni pun..” Iris mencelah.
Iris mengerling pula Jasmine yang sudah menarik muka masam. Dibesarkan di Taiping sebelah Utara, sememangnya dia lebih senang menggunakan loghat utara seperti arwah Tok Nyang dulu.
“Opah suka nama tu. Fatimah tu nama puteri Rasulullah saw, hang tau dak?” Halimah tak nak mengalah. “Dah..mai makan..”
Doa dibaca sebelum menjamah hidangan. Tengahari itu mereka sekeluarga menikmati juadah tengahari berlaukkan ikan kembung masak kicap, sayur kangkung goreng belacan dan ulam-ulaman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 05:14 PM
IRIS mula mengemas pakaiannya yang dari tadi masih dalam beg. Satu persatu dikeluarkan dan digantung dalam almari.Bibirnya mengukir senyum melihat biliknya yang masih seperti dulu. Susun atur dan kekemasan bilik itu masih tidak berubah.
“Iris..boleh papa masuk?” Firdaus mengetuk pintu sekali dua. Kalau dulu, dia terus saja masuk ke dalam bilik anak gadisnya tetapi sejak Iris menginjak remaja, dia perlu hormati privasi Iris.Tambah lagi Iris sekarang sudah dewasa, sudah tamat universiti dan tidak lama lagi akan bekerja.
“Masuklah papa..” Senyuman Iris semakin lebar. Dia faham dengan sikap papa yang menghormati privasinya selama ini. Kalau dulu, papalah yang sering meluangkan masa dalam bilik itu sambil membaca kisah nabi sebelum tidur.
“Emm..dah habis mengemas?”Firdaus melihat pakaian Iris yang sudah digantung dalam almari.
“Dah papa. Terima kasih papa,kemas bilik Iris ni, masa Iris tak ada kat sini.” Iris mencium tangan Firdaus.
“Papa tahu, Iris tak suka bersepah kan…jadi papa kemaslah.” Ujar Firdaus sambil mengelus lembut rambut hitam milik Iris. Melihat raut wajah anak sulungnya, sering mengingatkannya pada bekas isteri. Saling tak tumpah.
“Iris tahu..tentu Jas yang sepah,kan?” Iris meneka. Pelik pula mendengar kata-kata papa tadi.
Firdaus hanya senyum. Dia tahu sepanjang Iris berada di Scotland, Jasmine selalu saja keluar masuk bilik Iris.Kadang-kadang Jasmine tidur dalam bilik Iris sambil memeluk Teddy Bear yang dihadiahkan bekas isterinya dulu. Jasmine yang tak pernah jemu bertanyakan ibunya. Bila terkenang semua itu, terasa bersalah pada Iris dan Jasmine. Membiarkan anak-anaknya tanpa kasih sayang seorang ibu. Apa yang paling dia rasa bersalah, membuatkan mereka percaya yang hadiah harijadi mereka adalah dari ibu kandung mereka. Hakikatnya, bukan begitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 05:18 PM
“Papa..kenapa ni?” Iris perasan riak wajah papa sudah sugul.
“Er..nothing. Emm..bila Iris mulakan housemanship?” Topik lain dilontar. Firdaus tidak mahu berwajah sedih di hadapan anak-anak. Selama ini dia memang mengawal rasa itu dari diketahui anak-anaknya.
“Dalam sebulan lagi. Rumah sewa pun cheq dah dapat kat Taman Equine. Cheq tinggal sekali dengan Bihah. Nak minta papa tolong support bayar sewa sikit boleh? Boleh kan papa?” Iris sengih. Cuba memujuk.
“Boleh. Tapi bila dah jadi MO nanti, Iris kena bayar sendiri. Belajar berdikari. Hidup kat tempat orang kena pandai bawa diri.”
“InsyaAllah papa. I will..” Iris senyum lebar.
“ Oh ya, Bihah praktikal kat mana?”
“Dia kat Hospital Kajang. Tasha pulak kat Seremban. Sedih la papa..tak dapat buat HO sekali dengan Bihah. Cheq dapat hospital Serdang..” Iris tunduk dengan wajah sugul.
“Emm..hari tu Iris ada beritahu papa yang hospital Serdang dah penuhkan? Macam mana boleh dapat pulak?” Soal Firdaus.
“Tu la..cheq pun tak faham. Macam mana cheq boleh terpilih kat situ..padahal hospital Serdang tu dah penuh. Pelajar praktikal je yang boleh masuk..” Balas Iris. Pilihan pertamanya sama dengan Sabihah.
“Ok lah tu..mana-mana pun boleh.Janji boleh belajaq. Papa tanya sikit boleh?” Wajah anak gadisnya ditatap seketika.
Iris yang menyambung semula mengemas mula menoleh.
“Tanyalah..kalau cheq boleh jawab. Mana tahu, papa kan suka sangat uji menguji ni. Tanya macam-macam..” Iris tergelak sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 05:22 PM
“Are you in love?”
Iris tergamam. Bulat matanya memandang Firdaus yang tersenyum manis di sebelah.
“What’s make you think like that? Really..” Iris cuba bergurau. Dia ketawa kecil.
“Papa tahu anak papa. Masa dalam kereta, Iris asyik mengelamun je. Awat,cheq dah jatuh cinta ka?” Usik Firdaus, wajah Iris sudah memerah.
“Mana ada papa. Sapa habaq?” Iris tunduk, dia kembali menyibukkan diri mengemas pakaiannya yang masih banyak dalam beg.
Firdaus senyum. Dia tidak membantah andai itu yang Iris rasakan kerana dia juga melalui saat indah itu ketika bergelar pelajar universiti dulu tetapi apa yang dia harapkan, biarlah rasa cinta itu bukan seperti cintanya dulu, hanya sekadar Cinta Dandelion, mudah pergi dan suka hinggap di mana-mana bila ditiup angin.
“Papa…mana ibu kandung Iris sekarang?” Iris masih tidak berputus asa bertanyakan hal itu.
Firdaus sudah mengagak. Iris akan bertanya hal itu. “Kan papa dah habaq,belum masanya papa habaq kat cheq.Satu hari nanti, papa akan habaq. Toksah bimbang…”
“I wonder why is it so hard for you to tell me all these?” Iris pandang tepat ke anak mata Firdaus yang masih tersenyum manis padanya. Wajah seorang ayah yang sarat dengan kisah suka duka.
“Take a rest. Iris baru je balik.” Firdaus mengucup dahi Iris sebelum berlalu keluar dari bilik itu.
Iris melepaskan keluhan berat.Mungkin papa tidak mahu mengingati lagi semua itu dan tidak mahu lagi berbicara soal yang mungkin boleh melukakan hati. Tidak mengapa. Dia akan sabar menunggu saat itu.
Dia capai pula majalah tentang jahitan. Dua minggu sebelum dia menjadi HO, dia akan belajar menjahit.Sekurang-kurangnya dia pandai menjahit baju kurung dan baju melayu. Teringin sebenarnya hendak menghadiahkan baju kurung dan baju melayu buatan sendiri kepada papa dan opah.
“Kalaulah dapat jumpa mama..boleh hadiahkan baju kurung yang aku jahit sendiri.” Iris mula berimpian sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 09:12 PM
BAB 3
PAGI lagi Iris sudah bersiap untuk ke hospital. Hari ini adalah hari pertama dirinya akan bertugas sebagai HO. Dua hari lepas, ayahnya sudah menghantar ke rumah sewa. Seperti biasalah, telinganya ditadah mendengar pesanan demi pesanan dari papa. Sempat juga dia keluar bersiar-siar dan membeli belah sebelum papa pulang ke Kuala Kangsar. Jasmine, insan yang paling teruja kerana dapat melihat bandar Kuala Lumpur. Yalah, selama ini dia terperuk saja di kampung sampailah tamat SPM.
"Bihah, hang cepatlah sikit. Aku kena jumpa supervisor pukul 8.30 ni." Iris jenguk bilik Sabihah yang sedang terhegeh-hegeh melilit tudung.
"Yalah...kejap la."
Iris menunggu di tepi kereta Sabihah. Sabihah, boleh dikatakan anak orang berada juga. Sejak di kampus lagi, ayah Sabihah manjakan anak gadisnya. Apa yang gadis itu nak, akan dipenuhi. Kereta Mazda kelabu dihadiahkan kepada Sabihah sebaik sahaja tamat pengajian. Balik saja Malaysia, sudah tersedia kereta bersama dengan rumah sewa. Semuanya diuruskan orang Sabihah. Apa yang dia cukup kagum, tidak sedikitpun Sabihah berlagak riak dan sombong. Ah, bila berbicara riak dan sombong, tiba-tiba saja Mr. Smart muncul di minda.
"Ish! Apa hal pulak muka mamat tu muncul pulak?" Iris cuba menepis bayangan Amar yang seolah tersenyum sinis padanya.
"Weh..nengung mung ni! Khayal sokmo!" Bahu Iris dicuit.
Iris sedikit terkejut. Dia sengih. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja Sabihah menekan kunci. Pagi itu Sabihah akan menghantarnya ke Hospital Serdang dan dia akan terus ke Hospital Kajang. Terpaksalah dia menumpang kereta sahabatnya untuk selama dua tahun menjadi HO ini. Jika ada rezeki lebih, mungkin dia akan beli kereta terpakai saja untuk kemudahannya ulangalik ke hospital. Sampai bila dia hendak menyusahkan Sabihah.
PERTAMA kali melangkah ke bilik seorang doktor pakar aka ketua jabatan ini membuatkan hatinya terasa kecut. Terngiang-ngiang kata-kata dari senior yang pernah melalui detik-detik menjadi House Officer. Kena tengking, kena marah dan kena buli adalah perkara biasa.
Iris mengetuk daun pintu sebaik tiba di bilik itu. Tertera nama di daun pintu seorang doktor pakar merangkap ketua jabatan yang akan menjadi supervisornya nanti. Ya, dia sudah pastikan nama itu sama dengan nama yang diberikan kepadanya dulu.
“Masuk!”
Pintu dikuak. Iris melangkah perlahan, wajahnya menunduk. Pintu ditutup.
“Dr. Norman, saya datang nakmelaporkan diri sebagai HO di hospital ni.” Iris bersuara menyatakan tujuannya ke situ.
"Please have a seat."Iris dipersilakan duduk.
Iris mengangguk. Senyuman dilemparkan pada Dr. Norman. Terasa lelaki separuh abad itu sedang khusyuk menulis sesuatu. Sepuluh minit berlalu tanpa bicara. Sabar Iris menunggu arahan seterusnya dari doktor pakar itu.
Dr.Norman mula mengangkat muka. Dia pandang gadis yang berbaju kurung dan bertudung itu sedang gelisah di depannya. satu fail diambil dan dibaca. Sejak dua minggu lepas lagi nama gadis itu menarik perhatiannya. Nama yang pernah ditolak untuk menjadi HO di hospital Serdang ini.
"Emm...Iris Aishah binti Firdaus." Dr. Norman mula berbicara.
"Ya saya." Cepat saja Iris menjawab.
"Okey, there are few rules and regulations that you need to know as a HO. You will be given a log book for each posting. This log book needs to be signed off at the end of each posting by the department. The Head of Department (HOD) has the right to extend the training if he or she feels that you are not competent enough to be released." Mata Dr. Norman tepat memandang Iris yang terangguk-angguk.
"Ini log book untuk awak rekodkan apa-apa tentang pesakit dan juga laporan." Dr. Norman hulurkan sebuah buku tebal kepada Iris. Buku itu bertukar tangan.
"Oh lupa. As HO, you need to do at least 10 calls a month." Tambah Dr. Norman lagi.
"Okey." Iris menjawab dan faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Norman. Ah, dalam benaknya sudah tergambar kesibukan sebagai seorang HO. Hampir setengah jam berbual,Iris meminta diri. Esok, tugasnya akan bermula.
“Ya Allah…lega.” Iris mengucap syukur. Walaupun Dr. Norman nampak agak garang tetapi dari perbualan tadi, diadapat merasakan yang lelaki yang agak sebaya dengan ayahnya itu tidaklah segarang wajahnya. Ada juga diselitkan dengan kata-kata nasihat dan jenaka bersahaja.
Iris mengatur langkah menuju ke kafeteria.Dari pagi tadi dia tidak sempat sarapan. Usai solat subuh tadi, dia dan Sabihah terus saja meredah jalanraya menuju ke hospital masing-masing. Entah apa la pula Sabihah di Hospital Kajang. Langkah Iris semakin laju. Tengahari nanti, Sabihah akan menjemputnya untuk pulang bersama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 30-4-2016 08:38 PM
DI KAFETERIA, Iris bersendirian menikmati nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah. Lebih sebulan berada di tanah air, nasi lemak Opah yang paling sedap baginya. Kalau dulu, masa Tok Nyang masih hidup, nasi lemak Tok Nyanglah yang paling sedap. Tiba-tiba sebak mula menerjah diri. Kalaulah dia dapat merasa masakan ibu..
“Assalamualaikum..”
Iris terkejut. Lantas dia mendongak. Mr. Smart? Terlepas sudu dari tangannya.
Amar mula mengutip sudu yang terjatuh di atas lantai dan pergi ke singki mencucinya sebelum kembali ke tempat Iris.
“What a small world…..” Sudu itu dihulur pada Iris yang ternyata masih terpaku memandangnya. Satu senyuman mekar dilemparkan pada gadis itu.
Iris masih diam membisu. Bulat matanya memandang lelaki yang pernah menyapanya di Dunnattor Castle dulu. Ya, kecil betul dunia ini. Jumpa lagi Mr. Smart. Matanya masih belum rabun untuk tidak mengenal wajah lelaki itu dan masih belum pekak untuk tidak mengenali nada lantunan suara tadi.
“Astaghfirullahal azim..”Iris tersedar. Dia cepat-cepat tunduk. Sudu yang dihulur Amar tadi tidak dihiraukan. Sudah sah! Jantungnya berdegup kencang.
Amar berjeda. Terasa kata-katanya tadi seperti tidak disenangi Iris. Ah, peduli apa!
“Tak nak ke sudu ni?” Amar senyum sinis. Gadis itu hanya tunduk dan langsung tidak menyambut sudu yang dihulurnya.
Iris terasa sudah berpeluh. Dia cuba melihat sekitar kafe itu. Matanya dialih pula pada siling, lubang penghawa dingin , banyak. Terasa udara sejuk menyimbah segenap ruang kafe. Ah, kenapa aku yang terasa berpeluh??
“Boleh saya duduk?” Tanpa kata setuju dari gadis itu, Amar yang masih berdiri mula menarik kerusi di hadapan Iris. Sudu tadi diletakkan di dalam pinggan nasi lemak Iris.
Iris tidak menjawab. Nasi lemak yang hanya tinggal suku itu masih tidak bersentuh. Hendak menyambung mengunyah, ada mata yang memerhati. Kalau papa yang berada di depannya sekarang ini, harus berbakul bebelan papa kerana membazir makanan.Butir nasi yang terakhir itulah mungkin yang paling berkat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|