CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2527|Reply: 4

Kutip Ratusan Guli Berterabur Dibaling 'Sesuatu' Sebelum Lebih 30 Pelajar Te...

[Copy link]
Post time 22-4-2016 06:06 PM | Show all posts |Read mode



KOTA BHARU: Lebih 30 orang pelajar termasuk guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini telah diserang histeria, lapor Berita Harian.

Kejadian berkenaan dikatakan bermula kira-kira jam 10 pagi semalam apabila tiga orang pelajar yang bebrada di bilik kokurikulum melihat ratusan biji guli bertaburan seolah-olah dibaling 'sesuatu'.

Pelajar-pelajar terbabit telah mengutip guli yang bertaburan berkenaan dan disimpan di dalam almari dan guli berkenaan dikatakan bertaburan kembali di dalam bilik berkenaan.

Tidak lama kemudian ketiga-tiga pelajar berkenaan telah diserang histeria sebelum berjangkit kepada 17 rakan lain. Kejadian berkenaan berlarutan sehingga ke petang apabila 18 orang pelajar termasuk guru pula diserang histeria.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Azmi Abdullah berkata,
pihaknya berasama warga sekolah telah mengadakan solat hajat bagi 'membersihkan' kawasan tersebut dari gangguan yang melanda.

"Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan (PCB)," katanya.

Sebelum ini, SMK Pengkalan Chepa 2 menjadi tumpuan sejak 11 April lalu apabila lebih 50 pelajar dan guru sekolah itu diserang histeria.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kutip nak buat main congkak ke dik?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:43 AM | Show all posts
dulu duduk kat kuarters selalu dengar umah atas main guli... kekadang bunyi guli tepi bilik air padahal duduk sorang jek huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:33 PM | Show all posts
poltergeist?

teringat kes rumah dibaling batu bertubi2..sampai yang datang buat investigation pun pelik tgk batu tetiba terbang sendiri.. siang2 buta pun kena..  
tapi ni kat obersea la.. many years ago..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:35 PM | Show all posts
akhirnya muncul jugak guli2 misteri yg selama ni org takat dgr atas siling la, kat dinding la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058676 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list