View: 5687|Reply: 29
|
Berhimpit Demi Tudung : Teguran Lelaki ini Dikongsi Lebih 46,000 Kali
[Copy link]
|
|
Edited by jelitaqasyah at 18-4-2016 05:43 PM
Jika sebelum ini viral teguran dari Wardina tentang isu berebut membeli tudung, kini viral pula teguran dari Wan Dazrin, yang juga salah seorang peserta program Dai', menjadi viral sehinggakan dikongsi lebih 46,000 kali.
Apa yang ditekankan oleh Wan Dazrin adalah kecintaan rakyat Malaysia terhadap duniawi atau Wahn.
Teguran itu turut mendapat lebih dari 90,000 likes dan juga lebih 5,800 komen.
Ikuti teguran penuh oleh Wan Dazrin.
Kes Viral Tudung Fareeda.
Akhirnya.
Saat yang saya tunggu dah tiba. Saya rasa inilah waktu yang paling sesuai untuk saya berikan teguran hit.
Saya dah lama simpan point ini, dan hari ini saya nak warwarkan pada semua rakyat Malaysia. Tolong bantu saya hitkan post ini.
Ada satu benda yg kita selalu terlepas pandang sebenarnya.
Kita rakyat Malaysia ini selalu menyanjungi satu benda bukan pada tempatnya.
Lihat seorang Jutawan Kosmetik bersedekah, pemurah, suka menderma, kaya raya, kita anggap dia berjaya. Kita 'Admire' dia. Kita sanjung dia.
Inilah kata Nabi "Wahn" penyakit cinta dunia.
Kita sanjung orang yang berjaya dalam hal keduniaan, sedang mereka tidak sepenuhnya menjaga syariat Allah swt.
Mekap melebihi segala, tudung tidak cukup labuhnya, dan baju glamour nak melambangkan status dan kekayaan, bersalaman dengan berlainan jantina, berurusan dgn kekotoran politik.
Saya tanya.
Wajarkah kita letakkan kekaguman kita pada orang yang tidak utamakan Allah swt meskipun dia berjaya dalam dunia ini. Dia kaya. Dia berjaya. Dia pemurah. Itu ukurannya ke? Mana pergi rasa agung syariat Allah swt dalam hidup kita, Tuan Puan semua, mana? Kalau dia hormat syariat Allah, walaupun dia x berjaya kaya raya, saya bagitahu terus terang, orang itu lagi layak dapat penghormatan drpd yg kaya dunia harta tp gagal dlm mengikut syariat Allah.
Saya tegur jelas.
Sebab saya nampak betapa mata kita2 ini kelabu. Kelabu dengan kekayaan, harta bnda dunia dan duit.
Kita hanyut dengan keduniaan, lihatlah kita sanggup berlanggar, berebut, dan bersanggah satu dgn yg lain hanya untuk dapatkan sehelai tudung dgn harga promosi.
"Tudung Fareeda juga saya tegur secara amnya, masih belum sempurna labuhnya dari sudut syariat. Sila labuhkannya Akak Fareeda yang dikasihi"
Saya Da'i Wan, setuju dengan kenyataan Akak Wardina Safiyyah: Sepatutnya pihak pengurusan termasuk pengasas dan abang Fizo Omar sewaktu itu, berusaha menyelesaikan hal keramaian dengan cara pengagihan yang lebih teliti. Lihat macam mana kalian tidak tersentuh lansung sedangkan dibelakang sana perempuan dan lelaki tolak menolak satu sama lain, jangan nak cakap pasal ikhtilat, jauh panggang dri api utk di ambil kira, buat saya terpana betapa 'Public Figure' begitu tinggi dan tidak blh disentuh kedudukan dia rupanya. Sedangkan yang memajukan mereka itu datang dari duit poket orang yang bernama "Tribe" penyokong tegar. Kalau tidak? Tidak ada.
Ingat. Pada semua pengasas produk atau barangan2 kecantikkan. Anda bertanggung jawab dalam apa yang anda jualkan, dalam apa yang anda uruskan, dalam apa yang anda paparkan.
Pada makcik dan akak diluar, sudahlah. Bersederhanalah dalam mengejar segala design tudung ini. Tolonglah. Tolonglah letakkan syariat Allah swt sebagai yang utama. Ia memudahkan lagikan.
Tengoklah labuh tudung itu sebelum nak berebut, tengoklah laki dan perempuan ditempat ketika membeli itu, jagalah, kita ada agamakan ke kita ada dunia sahaja? Tengoklah duit yang ada dikocek masing2, ukur baju pada badan sendiri.
Mengapa, mengapa perlu rebutkan benda-benda yang sntiasa akn ada ciptaan lebih baik dan baik pada masa akn datang? Tudung itu akan habis, tapi masa akn datang akn ada yang baru, yang lagi menarik, yg lagi sesuai, kita x tahukan? Asal nak kejar sampai kita sanggup jadi seolah lembu yg dicucuk talinya pada hidung.
Walau berapa shj harga terus kita nk beli meskipun saiz itu tidak syar'ie dan diambil pula oleh Puan2 dan Akak2 sendiri? Abang2 dan Akak2 dealer, yg hilang kewarasan ketika berebut hnya semata kerana 'Duit Upah' atau 'Untung Poket Business Sendiri'. Akhirnya jdi begitu, 1 rusuhan manusia yg terlupa pada 'Nilai' patuh agama?
Nak buat apa tudung cantik glamour begitu?
Utk keselesaankah atau untuk dipakai buat halwa mata orang2 luar melihat?
Check hati kita, adakah udah miliki penyakit 'Wahn'?
Tepuk dada tanya iman.
Last but not least, saya tegaskan sekali lagi!
Jgnlh kita sanjung orang yg bukan pada tempatnya. Bersederhanalah. Cukuplah cinta dunia yg x berkesudahan. Cukup. Orang yang tidak letakkan syariat Allah sbagai yg pertama dalam hidup dia, kita x blh 'Admire'. Fahamkan itu.
P/s: Abg Fizo Omar dan Kak Mawar, sila terima teguran yg terselit dlm post umum saya ini dengan terbuka, itu tanda kita tidak riak. Kami tegur untuk perubahan yang lebih baik.
Ikhlas, Da'i Wan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
apa respon si fizo nanti...x sabar nk baca..asyik kene bambu itu pon x serik2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
peduli apa teguran ko semua
aku kaya ,duit masyuk .....
ko pandai keji tp duit dlm bank ko dan aku punya siapa lebih kaya ?
kalau ko xcukup kaya ,ko diamlah,.......geeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu komen pihak yang ditegur. |
|
|
|
|
|
|
|
JGN MEROYAN SUDAH SI PIJO TU |
|
|
|
|
|
|
|
Sentappppp fizo mawar kalau baca huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tepat dan padat point da'i wan tu.
mmg penyakit wahn yg pernah nabi sebutkan dlm pesanannya kepada para sahabat tu dah muncul dlm kehidupan seharian.
org hebat adalah org yg dapat menahan kesabarannya. dan berdebat dgn hati yg terbuka. kalo fijos omarr ni terloncat mmg setakat itu jerlah dirinya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Merecik plak wan da'i ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ouuucccchhhhh....sakitnya tu disini...terang2 sebut nama ok...x mcm wardina |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis habis lelaki nak brainwash wanita. asal pompuan semua salah. dah pakai tudung, kena maki suruh labuhkan tudung. ade je tak kena...pi balik pakistan laa |
|
|
|
|
|
|
|
harharharharhar
x sempat lah aku nk surfin crowd kat paritdah pasnih
haxhaxhaxhaxhax |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik akhir zaman tak sentap muah muah x sentap kew. Laki bini ni mana nak kisah semua ni, mereka tau nak kaut untung jer dari mokcik2 bongok ala2 perasan urban. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa suci bila baca teguran di atas.
confirm aku masuk syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang rasa 'kaya-kaya' ni tak perlu nak menayang harta benda kat soc med. Kau share kerja kau dgn pengalaman je dh lah. Selalu yg 'batak' menayang ni golongan MLM, Unit Trust, Insurans cthnya. Terjerit2 dalam soc med kompang AKU BELI MERC!!!!AKU BARU BELI BEG COACH RM8K CASH. Hujungnya dimasukkan syukur Alhamdulillah. Babi sgt perangai. Kau balut perangai menunjuk dgn agam nak kasi nampak suci. Sebab tu i quit fb dgn ig. Ada twitter je sbb nak follow berita cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sokong |
|
|
|
|
|
|
|
dai wan ni single ke kawen da? melting hakak |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 19-4-2016 01:35 PM
Merecik plak wan da'i ni.
ko sume nak merecik... |
|
|
|
|
|
|
|
eizarz replied at 19-4-2016 10:47 PM
ko sume nak merecik...
Selain dia sapa lagi? Kau pepandai je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|