CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3043|Reply: 2

NOVEL- KESETIAAN (PROLOG)

[Copy link]
Post time 1-4-2016 07:40 PM | Show all posts |Read mode

SEMUA pinggan dan cawan telah dibasuh. Fuh, penat rupanya buat kerja rumah. Itulah awak, sebelum ini malas sangat nak buat kerja. Sekarang nasiblah, nak jadi bini orang kenalah tahu buat kerja. Tak akan mahu harapkan bibik. Macamlah aku kahwin dengan anak diraja sampai ada sepuluh bibik. Aku yang akan jadi suri rumah, nanti aku kenalah uruskan rumah. Ini yang rasa menyesal nak kahwin. Tapi kalau dah dibutakan dengan cinta, semua tolak tepi.

"Siap basuh pinggan?" Ibu datang tepuk bahu aku lepas itu dia letak pinggan dan basuh tangan selepas selesai makan malam. Aku lepas makan, terus buat kerja. Nak pratikkan awal-awal la kononnya. Aduhai, apalah nasib aku. Ingat nak baring terlentang kejap lagi. Belum sempat baring, semua jadi angan.

"Sakit belakang Jelita," aduku. Memang sakit betul ini.

"Itulah, sebelum ini malas nak buat kerja. Ibu suruh basuh baju guna mesin pun terhegeh-hegeh nak tekan butang. Belum lagi suruh sental guna tangan. Mahu satu baju sejam siap." Ibu ini, bukannya nak beri kata semangat. Sindir aku adalah. Sungguhlah orang kata, dengan ahli keluarga sendiri, memang semua mulut pedas belaka. Dengan orang lain, pijak semut pun tak mati. Ceh!

"Ibu ke depan dulu. Nak berborak dengan ayah kamu pasal majlis kahwin kamu. Nanti siap, datang jumpa kami. Jangan masuk bilik." Ibu beri amaran kemudian tinggalkan aku lalu bergerak ke ruang tamu. Cis! Baru nak masuk tidur kejap lagi.

Selesai basuh pinggan, dengan muka penat dan langkah yang lemah aku menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa bertentangan dengan ibu dan ayah. Rasa penat macam baru balik berperang. Gamaknya kalau balik berperang, boleh tempah batu nisan aku ini.

"Jelita, kamu tahukan lagi dua minggu kamu nak kahwin?" soal ayah.

Aku angguk. Tak akan benda penting macam itu aku tak tahu. Soalan jenis apalah yang ayah aku tanya ini.

"Kamu tahu kan sesiapa yang kamu bakal kahwin?" soal ayah lagi. Haih, tak akan aku nak terangkan secara terperinci lagi siapa bakal suami aku.

"Kenapa ayah tanya macam ini?" Aku langsung tak faham apa sebab ayah tanya seperti ini. Serius, soalan tahap budak tadika ini. Aku ini lepasan UiTM. Tanyalah aku panjang tiang khemah itu anggaran dia berapa, barulah mencabar soalan.

"Ayah cuma nak bagitahu..." Kata-kata ayah terhenti di situ. Nak bagitahu apa? Rasa excited pula aku nak tahu.

"Bagitahu apa?"

"Tangguhkan perkahwinan itu," ujar ayah. Apa ni? Langsung aku tak faham. Kenapa perlu tangguhkan perkahwinan ini bila sudah separuh siap. Baju dah tempah, cincin dah beli. Jangan buat kerja gila, ayah. Karang Jelita yang gila.

Aku tengok muka ibu. Dia nampak seperti tak terkejut. Aku andaikan, yang ibu memang dah tahu. Bila dia tahu, aku tak pasti tapi memang aku syak ibu sembunyikan sesuatu.

"Ibu, ada sesuatu ke Jelita tak tahu?"

"Errr..."

Ibu teragak-agak nak jawab. See? Orang kalau ditanya kebenaran, bila tergagap, adalah sesuatu. Sudahnya, ibu tak jadi cakap apa. Buntu barangkali mencari jawapan. Tak apalah ibu, kalau tak mahu beritahu.

"Kalau tiada siapa nak bagitahu Jelita apa yang berlaku, Jelita akan teruskan perkahwinan ini."

"Tak! Jelita tak akan teruskan perkahwinan ini!" Kali ini, suara ayah lebih keras. Rasanya, sudah ayah tidak jadi setegas dan seserius ini. Apa yang berlaku? Sehingga ayah menyuruh aku tangguhkan perkahwinan ini?

"Kalau Jelita tak tahu sebab kenapa ayah nak tangguh, Jelita tetap akan teruskan. Jadi, ayah dengan ibu kena beritahu sebab apa Jelita tak boleh kahwin dengan dia?"

"Sebab lelaki yang paling kamu cintai itu dah ada keluarga dia sendiri. Kamu faham tak?"

Apa?

Keluarga sendiri?

"Maksud ayah?"

"Dia dah kahwin. Dia dah ada anak-anak. Tapi kita tahu langsung kewujudan mereka. Lelaki tak guna itu nak jadikan kamu isteri kedua dia. Kamu tahu tak, disebabkan kamu, perkahwinan bakal suami kamu dengan isteri pertama dia hampir retak. Kamu nak ke jadi penyebabnya dan dapat dosa yang besar kerana telah menghancurkan perkahwinan orang lain."

Aku terkedu. Tak... Ini tak mungkin berlaku. Lelaki yang aku cintai separuh mati tidak akan menipu aku.

"Ayah tipu kan? Bakal suami Jelita dia masih bujang lagi kut. Ayah jangan cuba tibu Jelita. Sebenarnya apa yang ayah nak? Jelita tak faham!" Waktu ini aku terasa sedih dan sayu. Air mata sudah mula bertakung, tinggal mahu mengalir sahaja.

"Ayah tak akan tipu anak-anak ayah. Percayalah Jelita."

"Tak. Jelita tahu ini semua bohong. Ibu, ayah tipu aje kan?"

Ibu seperti diam membisu. Tetapi, perlahan-lahan dia angguk kepala.

Ya Allah! Ujian apalah yang kau berikan pada diriku sehingga aku terasa pedih sekali.

Aku bangun. Sakit belakang cuba aku tahan dan mula bergerak meninggalkan ruang tamu. Aku sudah rasa geram. Kalau aku diam bila disakiti, jangan sebut nama aku Jelita. Kau cari pasal dengan aku kau tahulah cara nak selesaikan semuanya.

"Jelita, kamu nak ke mana itu?" soal ibu tapi aku tak endahkan. Ada perkara lagi penting aku kena bereskan.

Aku ambil telefon dan dail suatu nombor. Memang geram habis sekarang ini. Cukup geram sehingga aku rasa nak baling pisau. Aku banyakkan beristighfar supaya api kemarahan yang memuncak dapat dipadamkan.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi."

Aku betul-betul marah. Berulang kali aku telefon tapi masih tidak dijawab. Akhirnya, aku baling telefon ke dinding dan menangis semahu-mahunya.

"Jelita, kamu tak apa-apa ke?" Ibu masuk bilik dan pujukku.

"Kenapa dia buat macam ini dekat Jelita? Kenapa dia sanggup buat macam ini? Kenapa, ibu?" Aku menangis di dalam dakapan ibu semahunya.

"Jelita, ini semua ujian daripada Allah. Untunglah kita tahu semua ini awal-awal. Kalau tidak, lagi rasa menyesal kalau Jelita tahu waktu dah kahwin."

Aku terus menangis. Sudah malas mahu amb endah perkara lain. Air mata terus menggantikan suara untuk berbicara.

Biarlah. Benda sudah mahu jadi, nak buat macam mana lagi. Kalau aku tahu benda jadi seperti ini, aku redha sahajalah.

"Sudahlah itu. Tak usahlah menangis. Bukan salah kita pun. Betul cakap ibu kamu, untung kita tahu sekarang. Kalau tak, mati-mati dia tipu kamu. Sekarang pun dia dah tunjuk belang, esok lusa kita tak tahu." Ayah masuk campur. Aku lap air mata. Ada betulnya kata ayah. Elok juga aku tahu sekarang.

Selalunya, lelaki yang kahwin senyap-senyap tidak mustahil esok lusa nanti dia akan ulang balik. Tak sangka, dia yang aku ingatkan baik selama ini, rupanya licik. Terlalu licik sehingga aku tidak dapat kesan yang dia itu dah ada keluarga sendiri.

Aku benar-benar kesal.

Dan air mata terus mengalir malam itu.   


FOLLOW SAYA DI BLOGGER KARYAPENAPUTRA ATAU WATTPAD PENA PUTERA. HARAP KORANG SUKA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
publish ni setakat nak org follow ur blog???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Npe aku rsa prnh nmpk.pena kau je.Ntw,kat sini post cite full.Bukan separuh camni ye smpi bgi link.Ramai forummer pernh buat gini dulu sehingga buat mod jingga maroh.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.272704 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list