CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2494|Reply: 0

Amalan Berkongsi Katil Punca Bayi Maut, Cuba Elak!

[Copy link]
Post time 21-3-2016 05:56 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO



sumber foto : http://img04.abroad.imgcdc.com/



Ramai ibu bapa beranggapan bahawa tidur bersama-sama bayi dengan berkongsi katil adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama-sama dengan bayi membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam.


Bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan bayi yang tidur bersendirian. Si kecil juga dikatakan tidak kerap terbangun pada waktu malam dan berjaga dalam tempoh masa lebih pendek serta kurang menangis.


Namun, amalan tidur bersama-sama itu jika tidak dilakukan dengan kaedah yang betul dan selamat boleh membahayakan nyawa bayi kerana meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).





sumber foto: mimitosdemama.es



Sindrom ini berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi yang tidak dapat diungkapkan puncanya ini biasa berlaku ketika si kecil tidur. Oleh itu, kematian sedemikan juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).


SIDS dikaitkan dengan ketidaknormalan sebahagian otak bayi yang mengawal pernafasan dan bangkit tidur. Penyelidik menemukan beberapa faktor yang meletakkan bayi pada risiko kematian terbabit.


Kombinasi fizikal dan faktor persekitaran tidur boleh menyebabkan bayi mudah terdedah kepada SIDS. Faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS seperti kelainan otak bayi apabila ada bayi dilahirkan dengan masalah kawalan pernafasan dan bangkit tidur, dilahirkan pramatang atau tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan kurang kawalan pada proses bernafas dan degup jantung.





sumber foto: mimitosdemama.es



Bagi faktor persekitaran tidur pula sama ada peralatan seperti bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur dan posisi bayi tidur juga meningkatkan risiko SIDS. Bayi yang ditidurkan meniarap mungkin berdepan masalah sukar bernafas berbanding dengan tidur terlentang, malah tilam atau alas tidur yang lembut juga boleh menyekat pernafasan bayi kerana muka si kecil terbenam ketika tidur.


Oleh hal yang demikian, tidur bersama-sama tidak disyorkan bagi bayi pramatang dan kurang berat kerana menyumbang kepada SIDS. Bagi bayi kurang enam bulan lebih selamat ditidurkan berhampiran dengan ibu di dalam bilik tetapi di katil atau tilam yang berlainan. Keadaan ini boleh mengurangkan risiko bayi mendapat SIDS akibat lemas kepanasan kerana berkongsi selimut dengan ibu.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.632903 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list