|
Oleh Fyruz Hanna
Untuk menyediakan kuahnya, bahan-bahan yang diperlukan:
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182227ny3mn11pb6r6y63y.jpg)
1. 4 keping halia di hiris nipis n tumbuk sedikit
2. 8 ulas bawang putih
3. 5 ketul ayam, dipotong kecil
4. 8 tangkai cili kering dipotong kasar(1 tangkai potong 3 bahagian)
5. Dry mushrooms 10 biji,potong kasar (1 biji potong dalam 4 or 5 hirisan bergantung pada saiz)
6. 5 sudu besar(SB) sos tiram,6 SB kicap lemak manis,3 SB kicap manis,setengah SB kicap pekat,1 sudu kecil minyak bijan
7. tepung jagung 4 SB larutkan dalam air
8. Yee mee,sayur sawi n telur
9. Hot plate
Cara memasak
Masukan 3 SB minyak masak,dah panas masukan halia dan bawang putih,guna api perlahan n kacau sampai kekuningan.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182227h814bkxuq2b82pk1.jpg)
Kemudian masukan cili kering n kacau lagi.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182227r9oi9iinnh7sfm2n.jpg)
Apabila ayam sudah garing masukkan satu mug air, sedikit garam dan didihkan dalam 5 minit kemudian masukan cendawan kering (cendawan direndam dengan air panas selama sejam,sebelum memasak)
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182227snpvttyxypyrooyz.jpg)
kemudian masukan semua jenis kicap mengikut resepi diatas then tambah lagi 3 mug air,didihkan
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182228rdwyfzew51e5ek79.jpg)
Apabila kuah dah mendidih n ayam telah empuk,masukan bancuhan tepung jagung.
Tip:buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung.sambil kacau,ini untuk mengelakan tepung x berketul n apabila dah sejuk kuah tersebut x jadi beku,harap jelas yer,he3
kacau sampai sesuai kepekatannya.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182228cmcqdpzqenwee50y.jpg)
Then sediakan hot plate,letakan sedikit kuah baru diletak yee mee,sayur dan telur.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182228bmaom7srozmdmbpr.jpg)
Buka api tahap maksimum. Sedia dihidang.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/18/182741y52j0irji2sz27x2.jpg)
sumber gambar: foodink
-CARI Infonet.
sumber:mymediahub |
|