Edited by Pandulaju.com at 16-3-2016 02:10 AM
BERITA baik buat peminat Mercedes-Benz A-Class. MERCEDES-Benz Malaysia menambah ahli keluarga baharu A-Class menerusi pengenalan model A 250 Motorsport Edition.
Seperti sedia maklum, kehadiran A 250 Motorsport Edition ini adalah model tambahan kepada barisan model A-Class sedia ada iaitu A 200, A 250 Sport dan AMG A 45 4MATIC dan A 180 yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini.
Yang pasti, pengenalan model edisi terhad itu memberikan perkhabaran gembira buat peminat A-Clas yang ternanti-nanti kehadirannya.
HARGA: (Termasuk GST dan tidak bagi insurans) - Mercedes-Benz A-Class Motorsport Edition – RM256,888
[/url] LUARAN: Hadir dalam unit terhad, rekaan A 250 Motorsport Edition ini mengambil tema dan memperingati pasukan Formula1 Mercedes AMG Petronas.
Memiliki rekaan yang sporty dan ‘nakal’, tema warna hijau muda turut digunakan sebagai tanda unik jentera F1. Bahagian trim bampar hadapan dan belakang turut dipenuhi dengan warna hijau.
Lebih tampak garang, ruangan roda dipadankan dengan rim aloi Multi-Spoke AMG bersaiz 19-inci.
PRESTASI: Aspek prestasi, model edisi terhad ini dijana unit enjin 4-silinder turbocharged bersesaran 2.0L. Hasil bantuan kotak gear automatik 7-kelajuan DCT, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 211hp dan tork puncak 350Nm.
Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 240kmj.
Macam mana, tergugat?
SUMBER: [url=http://pandulaju.com.my/mercedes-benz-a-250-motorsport-edition-rm256888/]Pandulaju.com.my
|