CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9092|Reply: 22

NOVEL: Hanya Sekuntum Tulip.. (U)

[Copy link]
Post time 8-3-2016 05:01 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum.
tetibe ade rs nak menulis plak.
actually dah lama tinggalkan hobi nie.
sudi2kanlah yer. jika ade ape2 utk diperbaiki, sila lah maklumkan kpd i.
tq.. Last edited by eileen80 on 10-3-2016 11:26 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2016 05:09 PM | Show all posts
Sedih... Kecewa... Terkilan...

Semua perasaan bercampur-baur.  Timbunan pakaiannya kulipat elok lalu aku susun di dalam beg merah yang dari tadi tersandar di tepi dinding.  Aku pasti beg itu takkan dibuka lagi. Malah takkan aku keluarkan semula pakaian-pakaian itu.  

Erm... inilah akhirnya hubungan kami. Hubungan yang telah lama terjalin.  Orang kata semakin lama kita mengenali seseorang itu, semakin kukuh kepercayaan yang ada di dalam hati. Ah, kata-kata hanya ungkapan, bukan kepastian.  

Aku bangun meneruskan tugasku. Aku turunkan frame, aku keluarkan album perkahwinan kami dari almari. Ya, aku harus lakukannya. Kenangan yang ada harus aku letak ke tepi demi masa depanku dan satu-satunya cinta hati kami. Semuanya aku masukkan ke dalam kotak yang aku ambil dari pejabat. Anakku hanya melihat apa yang aku lakukan.

Melihat gambarnya, pilu rasa hati.  Masih teringat pertemuan kami di mahkamah syariah ogos lalu. Dia hanya merenungku dari jauh dengan pandangan yang kosong. Tiada lagi pandangan yang penuh perasaan dan harapan seperti mata yang pernah aku lihat dulu. Peguam memanggil nama kami lalu menerangkan kepada dia tentang tujuan pertemuan tersebut.

“Encik Amir tahu tujuan kehadiran Encik Amir di sini” tanya peguam kepadanya.
“Saya tak tahu” balasnya pendek lalu memandang ke arahku.
“Isteri Encik Amir telah memfailkan tuntutan fasakh melalui kami. Namun kami gagal menyerahkan saman ini kepada Encik Amir. Kebetulan Encik Amir hadir pada hari ini, kami serahkan kepada Encik Amir untuk membacanya. Jika faham dan setuju, boleh bagitahu kepada saya” terang peguamku kepada dia.
“Baiklah. Saya baca dahulu” balasnya lalu bergerak meninggalkan aku dan peguam.
“Puan duduk dahulu. Nanti saya akan panggil Puan” arah peguam kepadaku.

Tidak lama kemudian, terdengar namaku dipanggil.

“Puan dalam keadaan suci hari ini?” soal peguam kepadaku.
“Ya, saya suci” jawabku ringkas.
“Alhamdulillah, suami Puan setuju untuk melafazkan talak pada hari ini. Puan duduk sebentar. Nanti saya panggil untuk masuk ke dalam kamar hakim” terangnya.

Aku nampak dia duduk di kerusi baris belakang. Aku duduk di sebelahnya. Masing-masing diam tanpa bicara. Pelbagai perkara bermain di fikiranku.

“Saya minta maaf. Saya tahu saya salah sebab saya menuntut cerai” ujarku sebagai pembuka bicara.
“Takpe. Ema tak salah. Amir yang banyak buat salah kat Ema” balasnya perlahan.
“Saya tak boleh nak teruskan lagi. Banyak benda dah berlaku. Tapi kalau boleh, jangan lah tuntut Eza. Biarlah saya yang jaga Eza” pintaku pada dia.
“Tak, Amir takkan tuntut Eza. Ema jaga lah Eza. Cuma kalau Amir nak tengok Eza, Ema janganlah halang. Tu je yang Amir minta” balas dia.
“Ya, in sha Allah. Saya takkan halang tapi mesti ada saya yang menemani” tegasku.
“Yelah, tapi bukan lah dalam waktu terdekat nie. Mungkin tahun-tahun depan” jawabnya lagi.

Tidak lama kemudian, nama kami dipanggil. Kami hanya menuruti langkah peguam. Akhirnya kami tiba di kamar hakim.  Setelah maklumat kami dipastikan, proses pun bermula.  Selepas selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan membaca Al-Fatihah, maka lafaz cerai pun dibaca berdasarkan teks yang ada di meja.

Dengan lafaz Bismillah...

Adalah saya Raden Mohamad Amir Bin Raden Halil Syah dengan ini menceraikan isteri saya Norema Binti Mohamad dengan talak 1 dan masih berbaki 2 di hadapan hakim pada hari ini, 6 August 2015.

Dengan berakhirnya ayat tersebut, maka jatuhlah talak 1 kepadaku.  Berakhirlah jua hubunganku dengan dia yang kukenal sejak usiaku 13 tahun. Berakhirlah segala harapan kami yang pernah kami bina dahulu. Masing-masing membawa haluan sendiri.  Sempat dia memberikan nombor telefonnya kepadaku jika ada apa-apa yang aku perlukan. itulah kali terakhir aku melihatnya.

Pangggg... tersentak aku apabila Eza terlanggar pasu lalu jatuh ke lantai.  Hilang semua peristiwa lalu dan aku kembali ke dunia nyata.  Cepat-cepat kuambil penyapu dan kusapukan semua. Bimbang terpijak dek Eza yang sangat aktif ini.

********************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 05:40 PM | Show all posts
Kisah eileen sendiri ke?
Bertabahlah...
Teruskan citernya ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 05:50 PM | Show all posts
Ipo posted on 8-3-2016 05:40 PM
Kisah eileen sendiri ke?
Bertabahlah...
Teruskan citernya ya

kisah masyarakat je, ipo..
hehehhe..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 06:53 PM | Show all posts
Next!
I suka cte fmly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sarizu replied at 8-3-2016 06:53 PM
Next!
I suka cte fmly

tunggu ade mase yer.
mmg ade byk kisah nanti rsnye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2016 11:30 AM | Show all posts
Suka dgn tajuk dia...

Citer pun best. Keep on writing
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 11:34 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2016 05:40 PM
Kisah eileen sendiri ke?
Bertabahlah...
Teruskan citernya ya

Kenapa ek kalau cerita yg mgunakan pendekatan aku, readers selalu buat terjahan cerita sendiri?

Iols pun utk certain stories,  x lepas dr bertanggapan sebegitu

Ini menunjukkan alter ego penulis sgt berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2016 11:55 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 9-3-2016 11:30 AM
Suka dgn tajuk dia...

Citer pun best. Keep on writing

tq LF12...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 11:57 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 9-3-2016 11:34 AM
Kenapa ek kalau cerita yg mgunakan pendekatan aku, readers selalu buat terjahan cerita sendiri?

...

i pon kdg2 pkr begitu.
tapi mmg dlm pkrn penulis, pendekatan 'aku' lbh mudah utk digarapkan jln cerita.
sbb kite letakkan diri walau x 100%.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 06:29 PM | Show all posts
Januari 1993.

Suasana hingar-bingar dengan pendaftaran pelajar baru ke SDPT. Dari lebih 10 sekolah rendah dari pelbagai kawasan, mereka ditempatkan di sekolah menengah tunggal di pekan ini. Macam-macam ragam. Usai urusan pendaftaran, semua pelajar diarah berkumpul di Dewan Penggawa untuk penentuan kelas ke tingkatan 1.

Seperti biasa, aku bersama kawan baikku Siti dan Lia memang tidak pernah senyap. Ade sahaja benda yang menarik perhatian kami untuk digosipkan. Sambil berbual, mataku memandang liar sekeliling. Mana tahu ada pelajar tampan yang boleh menarik perhatianku. Hahaha, gadis remaja yang baru hendak kenal dunia kononnya. Mahu yang indah-indah, tampan-tampan.. walaupun perangai kalah hantu raya. Tiba-tiba Siti mencuitku.

“Ema, kau tengok budak lelaki tu” arahnya kepada aku. Seraya itu, mataku dan Lia mengekor telunjuk jari Siti.
“Budak kurus tu? Kenapa? Dia kacau kau ke? ” soalku bertalu sambil mata tidak lepas pandang ke arah budak lelaki yang dimaksudkan oleh Siti.
“Yelah, budak kurus tu. Eh, dia tak kacau aku pun. Tapi aku macam suka kat dia lah” balas Siti sambil sengih tunjuk giginye yang jarang-jarang itu.
“Eh, Siti. Kau biar betul. Kan kita dah janji, taknak ada pakwe-pakwe nie. Leceh kau nie” Balas Lia dengan nada tidak senang dengan balasan Siti.
“Betul tu. Kau nie yang tiba-tiba suka kat lelaki ape hal plak” balasku seakan setuju dengan Lia.
“Alah, dia dok 1 kelas dengan aku lah. Macam ok je dia tu. Pandai buat lawak” Siti seolah cuba untuk dapatkan persetujuan kami.

Aku cuma memerhatikan tindak-tanduk budak lelaki tersebut. Entah apa yang ada pada budak tersebut sehingga Siti boleh minat pula. Dalam diam, aku sudah terpikirkan sesuatu. Aku perlu rancang dengan Lia. Budak lelaki itu perlu diuji sebelum Siti bertambah angau dengannya nanti.

Suasana dewan yang tadinya riuh, tiba-tiba sahaja menjadi sunyi. Guru-guru sudah mula memasuki dewan dan proses pembahagian kelas hakiki akan bermula sebentar lagi. Oleh kerana jumlah pelajar yang mendaftar sangat ramai, pembahagian kelas dibuat berdasarkan keputusan UPSR dan keputusan ujian yang dilakukan oleh SDPT sendiri. Proses dua kali ini penting supaya pelajar berada di kelas yang sesuai dengan keputusan peperiksaan dan rakan sekelas yang miliki tahap IQ yang setanding.

Kelas 1K1 dan 1K2 dah selesai. Mereka yang mendapat keputusan 4A berada di kedua-dua kelas tersebut secara majoritinya. Kini pelajar untuk kelas 1K3 pula sedang disebut nama pelajar-pelajarnya. Aku hanya memandang setiap pelajar yang disebut sehingga ke satu nama.

“Raden Mohamad Amir Bin Raden Halil Syah” laung guru bertugas. Aku melihat budak lelaki yang menjadi pujaan hati Siti bangun. Siti tersengih-sengih memandang kami. Patutlah beriya-iya suka, Raden rupanya. Hurm... aku hanya mengomel dalam hati. Takut Siti kecil hati pula bila dengar nanti. Selesai sudah panggilan untuk kelas 1K3. Aku masih lagi menunggu namaku dipanggil. Giliran untuk 1K4 pula.

“Norema Binti Mohamad” terkejut namaku dipanggil. Terkocoh-kocoh aku bangun sambil mengangkat beg Umbro warna ungu. Malu pun ada bila ada yang memerhatikan lagakku yang agak kelam-kabut. Baru aku tahu bagaimana rasa bila diperhatikan. Aku terus menuju ke barisan dan duduk. Apabila ku toleh ke sebelah kananku, eh.. budak Raden ini ada di sebelah pula.

Satu persatu nama kelas dan nama pelajar disebut sehingga kelas terakhir 1K21. Wah, banyaknya kelas untuk tingkatan 1. Ada 21 kelas jumlahnya. Mujur aku masih berada di ‘top 5’, jika tidak malu rasanya. Siti di kelas 1K7 dan Lia di kelas 1K11. Usai selesai pembahagian kelas, kami perlu menuju ke blok masing. Untuk kelas 1K1 – 1K12, kami berada di Blok F. Blok yang berada di bawah bukit dan menghadap ke padang sekolah.

Guru kelas masuk dan memperkenalkan diri. Cikgu Aishah namanya. Kami dimaklumkan bahawa untuk mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, kami akan bergabung dengan kelas 1K3. Apa? Maknanya aku akan berada dalam kelas yang sama dengan Raden? Haish, macam memudahkan rancangan yang sudah sedia bermain di fikiranku sahaja.

Setelah hampir seminggu, aku mula dapat biasakan diri dengan kelas campur. Rasa tidak seronok yang aku rasakan, kian hilang. Malah rakan sekelasku jugak ramai yang datang dari sekolah rendah yang sama dan saling mengenali. Aku mula berkawan dengan kawan-kawan baru iaitu Hani Atika yang mempunyai tanda gerhana di wajahnya dan Rita Atika, anak polis di taman sebelah rumahku. Nama yang hampir sama antara keduanya tetapi tiada pertalian saudara langsung. Siti dan Lia masih lagi kutemui.  Entah mengapa, aku mula rasa muak dan jelik pula bila melihat Raden yang merupakan ketua tingkatan bagi kelas 1K3 itu.

Kesibukan dengan rutin sekolah, terlibat dengan persatuan dan unit beruniform pada hari Sabtu, menyebabkan hubungan aku dgn Siti dan Lia sedikit renggang tetapi aku tetap juga cuba untuk adakan masa untuk mereka. Akhirnya aku dapat peluang untuk melaksanakan rancanganku. Berkomplot dengan Lia memang mudah sebab kami sekepala. Sedangkan Siti pula sedang angau, melihat Raden dari jauh.

Aku dan Lia mula mengekori Raden untuk mengetahui di mana dia tinggal. Sanggup aku berpura-pura turun di taman perumahan di mana Raden turun. Kami berjalan jauh di belakang dengan harapan Raden tidak nampak kami.  Setelah dipastikan rumahnya yang mana satu, kami pergi ke hentian bas untuk pulang ke taman kami pula.

Aku merancang untuk menulis surat untuk berkenalan dengan Raden, bertujuan untuk melihat samada Raden ini mudah melayan mana-mana pelajar ataupun dia sudah berpunya.  Bila difikirkan, macam gedik sangat pula tetapi rancangan tetap perlu dilaksanakan.  Aku dan Lia mula merangka surat.  Ayat seringkas yang boleh yang penting maksud tercapai.

Raden,
Saya sering melihat awak. Saya suka melihat cara awak. Saya ingin berkenalan dengan awak, jika awak sudi.
-Ema-

Surat diutus melalui orang tengah yang merupakan kenalan kami. Berdebar menanti apa jawapan Raden. Selepas waktu rehat, aku terima balasan daripada Raden.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Hah, dia balas macam itu? Hatiku sudah rasa bengang, malu. Aku koyakkan surat dari Raden tersebut. Aku buang ke dalam tong sampah lalu aku menuju ke tandas.  Raden sebenarnya tidak tahu siapa yang menghantar surat tersebut malah dia bukan mengenaliku sangat.

Balik dari tandas, aku lihat rakan-rakan sekelas sedang duduk berkumpul. Melihat mereka gelak sambil ulang ayat “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Aku terpana seketika lalu pergi ke tong sampah tadi. Alamak, surat yang aku koyakkan tadi sudah tiada. Rupanya mereka mengutip dan menampal surat tersebut. Maka bermulalah cerita tentang cinta bertepuk sebelah tangan. Lia juga mengetahui tentang surat tersebut.

Heboh di kalangan rakan-rakan kelas 1K3 dan 1K4 tentang surat tersebut selama beberapa hari.  Aku buat muka selamba dan kononnya tidak tahu apa-apa. Hinggalah aku menerima nota dari orang tengah kami itu.

Saya nak jumpa awak. Di tangga hujung pukul 10.00pagi.
-Raden-

Aku terperanjat dan aku maklumkan kepada Hani dan Rita. Mereka galakkan aku untuk berjumpa dengan Raden. Akhirnya kami berjumpa di tangga seperti yang tertera di nota. Tiada apa-apa yang berlaku. Aku tengok dia, dia tengok aku. Setelah beberapa minit, aku tinggalkan dia di tangga tersebut. Tidak tahu apa yang bermain di fikirannya.  Sebelum tamat sesi persekolah, aku terima nota dari Raden.

Maafkan kata2 sy sblm nie. Sy nak awak jd gf sy.

Aku terpaku melihat nota tersebut. Perasaan yang tidak dapat digambarkan. Bangga sebab Raden kalah bila dia tengok aku. Takut pun ada sebab apa yang akan Siti kata kepada aku. Aku terpaksa rahsiakan tentang nota itu daripada Siti mahupun Lia. Aku tidak terima Raden, namun aku juga tidak menolaknya.

*****
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 09:27 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 9-3-2016 10:34 AM
Kenapa ek kalau cerita yg mgunakan pendekatan aku, readers selalu buat terjahan cerita sendiri?

...

hehhe...ipo tanya eileen pasal kisah sendiri tu sbb pernah terbaca kat ruangan cinta dan emosi tu..
so, ingatkan kisah ni kisah eileen sendiri and ofkos akan dibubuh rempah penyedap rasa..
sorry eileen...just speku sajok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2016 08:01 AM | Show all posts
Ipo posted on 9-3-2016 09:27 PM
hehhe...ipo tanya eileen pasal kisah sendiri tu sbb pernah terbaca kat ruangan cinta dan emosi tu. ...

heheheh... xpe ipo...
maybe ade skt persamaan...
kdg2 ade bende yg kite kene lalui sendiri, baru kite mampu utk mbuat org laen phm & rs keadaan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2016 04:53 PM | Show all posts
March 1993

Airmataku mengalir deras. Aku sudah kehabisan usaha untuk mendapatkan kemaafan dari Siti. Ganggang telefon masih lagi melekat di telingaku tapi orang di sebelah sana sudah lama meletakkan telefon. Aku sayangkan persahabatan kami. Kami bukan baru kenal sehari dua tetapi dari darjah 3 lagi. Aku tahu, jika aku kehilangan Siti bererti aku akan kehilangan Lia juga. Ya Allah, apa yang telah aku buat ini. Permainan yang aku mulakan akhirnya memakan diri. Menyorot perbualan aku dengan Siti sebentar tadi...

“Assalammualaikum, Siti. Apa khabar?”

“Baik.”

“Erm, kau ada dengar apa2 cerita ke?”

“Banyak.”

“Ada kau dengar tentang Raden?”

“Ada.”

“Aku ada benda nak bagitau kau.”

“Apa?”

“Tentang aku dan Raden.”

“Sampai hati kau, kan. Kau tau kan aku suka dia. Kenapa kau buat mcm ni, Ema?”

“Aku minta maaf. Aku pun tak tau mcm mana benda ni blh jadi. Aku cuma nak uji dia. Aku tak sangka plak blh jadi mcm ni.”

“Kalau kau nak uji, kau boleh kan terus terang kat dia. Kau boleh kan tolak untuk jd gf dia. Kau kan boleh cakap kat dia yang aku suka kat dia. Tapi sekarang kenapa kau tak buat macam tu?  Kenapa kau terima dia?  Kenapa kau langsung tak pikir tentang aku ni, kawan kau dari kecik?”

“Siti, aku minta maaf. Aku tau aku salah. Kalau kau sanggup maafkan aku, aku akan terus terang kat Raden. Aku akan bgtau perkara sebenar. Aku minta maaf, Siti.”

“Aku memang tak sangka, Ema. Dalam diam kau buat aku macam ni. Erm, tengoklah nanti kalau aku mampu untuk maafkan kau.”

Siti terus meletakkan ganggang telefon. Cuma aku yang masih berharap Siti mengangkat semula ganggang telefon dan mengatakan dia maafkan aku. Namun hanya sia-sia. Perlahan aku meletakkan kembali ganggang telefon. Kepalaku ligat berfikir. Aku perlu bagi tahu perkara sebenar kepada Raden.  Tanganku laju mendail nombor telefon rumah Raden setelah mendapat isyarat dari otakku.

“Assalammualaikum, Amir”

“Waalaikumussalam, Ema.”

“Amir tengah buat apa?”

“Amir tengah tolong pakcik tadi. Dia hendak ke tandas tapi makcik belum balik lagi.”

“Pakcik Amir yang lumpuh tu ke?”

“A’ah. Kesian plak. Kebetulan Amir balik tadi dia baru nak tarik wheelchair.”

“Amir busy tak? Ema ada benda nak bagitau”

“Apa dia? Amir tak ada buat apa pun sekarang ni.”

“Amir jangan marah tau bila Ema bagitau ni.”

“Bagitau lah.”

“Erm, macam ni. Sebenarnya Ema ada kawan lain selain Rita dan Hani iaitu Siti dengan Lia. Orang yang mula-mula dan yang betul-betul suka kat Amir bukan Ema. Siti yang betul-betul sukakan Amir. Ema sebenarnya tiada apa-apa perasaan pun kat Amir dulu. Just nak uji Amir.”

“Ema dengan Siti tengah ada masalah. Dia anggap Ema dah rampas Amir sebab dia yang sukakan Amir.”

“Amir tau siapa Siti tu. Amir pernah sekelas dengan dia.”

“Ema fikir yang ada baiknya kita stopkan hubungan kita ni dan Amir cuba lah kawan dengan Siti. Ema sedih sebab Ema akan kehilangan Siti dan Lia nanti.”

“Macam ni lah. Amir dah kenal Ema. Amir dah declare dengan Ema. So Amir rasa Amir tak perlu kot untuk try kawan dengan Siti. Lagipun Amir tiada apa-apa perasaan lah pada dia.”

“Amir, please. Kesian kat Ema. Siti akan terus jauhkan diri dari Ema nanti.”

“Tak boleh lah, Ema. Amir tak boleh. Sudahlah. Tak payah fikir pasal Siti lagi.”

Nampaknya memang aku akan kehilangan Siti. Aku kehilangan kawan yang sering temani aku ke mana-mana sahaja. Teman untuk dengar ceritaku, teman untuk berkongsi rahsia dan teman untuk segala-galanya. Siti, maafkan aku.

*****
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
best juga cerita ni.
teruskan menulis eileen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2016 05:09 PM | Show all posts
yamapi85 posted on 13-3-2016 06:53 PM
best juga cerita ni.
teruskan menulis eileen.

tq yamapi85.
i bz lately.
xsempat nak sambung penulisan.
i cube utk up sambungan nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2016 08:20 AM | Show all posts
Detik sedih menyelubungi diriku. 17 Mei 1994, detik sedih bermula.  Aku menerima panggilan telefon dari Amir.  Dia meluahkan kata putus di mana selepas itu, kami sudah tiada apa-apa lagi. Hah, semudah itu? Dia kata tidak mahu ada hubungan dengan pelajar perempuan lagi. Pertama kali aku rasa sedih sebab kehilangan seseorang. Rita dan Hani yang setia di sisi sentiasa memberi sokongan kepadaku.  

Perasaan sedih turut aku luahkan kepada emak. Dia adalah emak terbaik untukku. Seorang emak yang sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya, seorang emak yang bertungkus lumus menguruskan rumah di waktu malam dan bekerja di siang hari. Hubungan aku dengan emak memang amat rapat sehingga segala apa yang aku lalui, akan aku kongsikan dengan emak.

Abah pula sangat garang dengan anak-anak tetapi bila anak-anak sakit, dia akan ambil cuti untuk sama-sama menjaga kami. Walau nampak macam tidak kisah tetapi abah sentiasa tahu dengan siapa yang aku sedang berkawan sekarang. Selaku anak sulung dan satu-satunya anak perempuan, aku lah yang selalu membonceng motor abah jika dia pergi ke kedai ikan. Erm... akulah peneman setia abah.

Melalui hari-hari sebagai pelajar, sibuk dengan sekolah dan aktiviti sukan menyebabkan aku semakin dikenali. Seorang demi seorang mula cuba untuk mendekati. Paling terkesan bila abg angkat yang aku kenal di sekolah agama ketika umur 12 tahun, rupa-rupanya adalah pengawas di sekolah menengah ini. Seorang lelaki berkulit hitam manis, bermata dalam dan baik hati.  Pernah sekali berjumpa dengannya di tepi kantin ketika hujan lebat. Tangannya tidak berhenti menepis tempias air hujan dari terkena di bajuku. Rita yang menemaniku tidak berhenti menguis sikuku sebab malu dilihat pelajar lain yang berada di kantin. Hahaha, kelakar rasanya.

Ada juga aku terima surat daripada seorang senior yang meminta aku jaga boyfriendnya yang kononnya dah jatuh minat kepadaku pula. Mengarut sungguh. Siap menggabungkan namaku dan nama lelaki itu.

Semua yang aku lalui membuatkan aku lupa tentang Amir walau kami masih lagi bertembung. Aku sudah boleh lupakan dia sebagai boyfriend. Aku perlu kerja keras untuk PMR. Dalam sibuk dengan persekolahan dan tahun baru, aku mula sedar yang Rita sudah mula menyimpan perasaan kepada seseorang. Rita sudah tidak sekelas denganku. Aku di kelas KE (KMT & ERT) sedangkan Rita dan Hani ke kelas PE (Pertanian & ERT).

Result peperiksaan akhir tahun tidak berapa molek dan aku berada di kelas berbeza dari kawan-kawan baikku. Rita mula berkongsi perasaannya yang mula menyukai Faizal. Faizal merupakan seorang yang kurus tinggi, jalan bongkok, muka bujur dan rambut ikal itu telah berjaya menarik perhatian Rita.  Ntah apa yang menariknya pun, aku tidak tahu tetapi itu lah yang orang kata, cantik atau molek di mata yang melihatnya. Ketika ini, Hani sudah tidak serapat dahulu lagi sebab berada di kelas lain.

Hubungan rapat antara Rita dan Faizal telah membawa kepada perkenalan aku dengan Shazwan, kawan baik Faizal. Budak lelaki bertubuh sederhana, berkulit hitam manis, berambut ikal dan mempunyai sepasang mata yang cantik. Ya, betul.. dia memang mempunyai sepasang mata yang cantik. Melihat ke dalam matanya, seolah sedang melihat dia menangis.

Rita menyuruh aku memulakan langkah. Aku malas hendak melayan lagi sementelah Amir berada di sebelah kelas mereka dan sekelas pula untuk Pendidikan Islam, Moral dan Pendidikan Jasmani. Nombor telefon Shazwan telah bertukar tangan. Aku hanya mampu melihat sahaja. Belum ada rasa hendak memulakannya lagi. Setelah beberapa ketika dan selepas didesak oleh Rita, akhirnya aku mengalah. Aku katakan kepada Rita “hanya kawan ya, tidak mahu lebih-lebih”.

Selesai sahaja kerja rumah yang dibekalkan guru, aku melihat kembali nombor telefon kawan Faizal. Shazwan 2521452. Tanpa sedar, aku telah pun berada di sebelah meja telefon. Lantas jariku terus mendail nombor tersebut.

‘Hello’ suara garau menjawab panggilanku.

‘Assalammualaikum. Boleh saya bercakap dengan Syazwan? Soalku kepada penyambut panggilan.

‘Waalaikumussalam. Saya. Sape ni?’ soalnye tegas.

‘Ema, kawan Rita’ balasku.

‘Oh, ok. Ade ape? soalnya sombong.

‘Erm, takde ape sebenarnya. Saya call sebab Rita yang bagi nombor awak ni. katanya awak ni takde kawan perempuan. So dia soh saya jadi kawan awak.’ Jawabku panjang lebar. Malas hendak berkias-kias.

‘Ok, boleh. Tapi kawan je tau. Lebih-lebih taknak.’ Jawabnya sombong campur berlagak.

‘Ok.’ Aku setuju. Panggilan ditamatkan selepas beberapa soal jawab seterusnya.

Aku mengadu kepada Rita tentang Shazwan. Betapa sombongnya dia. Betapa berlagaknya dia waktu bagitahu ‘kawan je, lebih-lebih tidak mahu’. Buat malu aku sahaja. Tetapi Rita memujukku. Katanya sabar. Shazwan ada bagitahu kepada Faizal sesuatu. Erk, bagitahu sesuatu. Aku bertanya kepada Rita namun Rita hanya tersengih-sengih.

Tanpa sedar, aku dengan Shazwan semakin selesa. Setiap kali pulang dari sekolah, salah seorang akan mula menelefon. Kadang-kadang tiada apa sangat yang hendak dibualkan tetapi entahlah. Macam ada benda yang buat kami selesa.  Setelah hampir sebulan kami berhubung, Shazwan menelefon seperti biasa.  Perbualan biasa seperti selalu tetapi ada sesuatu yang berbeza.

‘Shaz, kenapa suara awak berbeza? Ada masalah ke?’

‘Takde apa lah, Ema.’

‘Suara awak berbeza. Selalu macam ada gelak-gelak. Ari nie macam serius je. Knp?’

‘Erm, kalo saya tanya nie.. awak jangan marah tau.’

‘Ape dia?’

‘Boleh tak kita jadi lebih dari kawan?’

‘Hah, awak serius ke? Bukan awak kata nak jadi kawan je ke dl?’ soalku sambil sembunyikan keterujaan.

‘Sebenarnya dari hari pertama awak call saya tu, memang saya nak jadikan awak gf sy tapi pasal suara awak pon macam berlagak je, so saya pon xjadi nak cakap.’

‘Oh, jadi awak admire saya dari awal lah yer?’

‘Ye. Boleh kan awak jadi gf saya?’ masih serius nada suara Shazwan.

‘Ye, boleh.’ Jawabku gembira.  

‘Ok, mulai hari ini awak adalah girlfriend saya. Tapi jangan bagitau kepada sape-sape. Rahsiakan dulu tau.’ Pinta Shazwan.

Pada 11 Februari 1995, sahlah aku dengan Shazwan sebagai pasangan. Tiada lagi gelaran Ema-Amir di kalangan kawan-kawan baik kami. Ianya telah bertukar kepada Ema-Shaz. Erm, episod baru pun bermula.

*****
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 10:36 AM | Show all posts
nak komen yg kat siggy... I like!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2016 10:49 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2016 10:36 AM
nak komen yg kat siggy... I like!

hehehe, tu yg die nampak eh.
siggy tu ade lah motto i.
tp i mmg jenis gitu.
bile tamat sesuatu hbgn, hlg lah jgk sume perasaan yg pnh ade.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 11:03 AM | Show all posts
eileen80 replied at 11-4-2016 10:49 AM
hehehe, tu yg die nampak eh.
siggy tu ade lah motto i.
tp i mmg jenis gitu.

opah kat kampung kata... move on!



btw, citer ni pun hakak baca gak dek...

nanti sambung lagi ek?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.095444 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list