CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2401|Reply: 7

Siapakah Dia Yang Dikatakan Pengampu Dan Penyangak Negara?

[Copy link]
Post time 26-2-2016 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Bertikam lidah sesama sendiri tidak lagi menjadi hairan. Begitulah yang terjadi dalam parti politik UMNO apabila Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) menuduh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pengampu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sahaja membidas Nazri susulan tindakannya yang mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.

Gerakan anti Perdana Menteri turut menyifatkan Nazri sebagai perosak dalam UMNO kerana perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran berbanding mahu membangunkan parti.
Datuk Seri Nazri juga disifatkan dan diperkatakan ;

1) Antara karektor perosak dalam sejarah UMNO.

2) Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyifatkan Nazri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang lemah dalam Kabinet.

3) Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan. Nazri selama menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

4) Kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak.



Agak kasar dan tegas dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Nazri ini tetapi mungkin mereka lebih tahu isu dalaman parti tersebut.

Jika pihak atasan juga saling bertelagah sesama sendiri, menggunakan hak yang ada sesuka hati, bagaimana ingin memimpin rakyat dan negara?

Semakin hari, semakin terbongkar banyak rahsia yang selama disembunyikan oleh mereka. Adakah semua kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti? - CARI Infonet

Kredit : FreeMalaysianToday
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ned nazri mengamuk kalau baca artikel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 02:07 PM | Show all posts
menarik ni....bleh..bikin movie hollywood...

hhmm...ND yg xde kaitan directly...pun ntah2 nnt terkait jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 02:16 PM | Show all posts
masing nak tunjuk sape lagi power ... lama2 semua rebah ke bumi jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 02:42 PM | Show all posts
demi keselamatan pangkat dan kedudukan, dia sanggup jadi lalang...
masa mula2 issue pemecatan Muhyiddin, dia la antara orang pertama yang menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin..
sekejapan sahaja berubah haluan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 03:09 PM | Show all posts
betul la tu...apa sumbangan dia dkt industri pelancongan??? tak penah nampak dia jadi wakil duta mana2 negara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2016 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
biarkanlah umno dgn umno bertumbuk, harap berkekalan sampai pru14..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 02:10 PM | Show all posts
RICH MALAYSIAN POLITICIANS of Instagram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.448909 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list