View: 2303|Reply: 0
|
Ambil Tahu 4 Masalah Ibu Ketika Dalam Pantang
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Rengat
Merupakan kesakitan yang teramat sangat pada perut dan rahim sama seperti hendak bersalin lagi
Punca - berlaku pada ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri yang tertingga di dalam rahim. Juga dipanggil 'darah bantal'
Cara Mengatasi
1. Bertungku
Tungku di bawah pinggul dan belakang pinggang. Bertungku dilakukan 2 kali sehari iaitu selepas subuh dan sebelum magrib.
2.Tapel dan bengkung
Ialah ramuan yang telah diadun untuk balut sebelum berbengkung. Ia mengurangkan rasa sakit dan menghilangkan parut bersalin.
Bentan
Lenguh seluruh urat dan sakit badan disertai dengan demam.
Cara mengatasi
1. Mandi Herba
Mandian herba berbula pada hari pertama sehingga hari ke - 44. Selain mandian herba, minyak khas juga disapu diseluruh tubuh sebelum tidur dengan pakaian yang tebal.
Sembelit
kesukaran buang air besar kerana luka jahitan masih baru.
1. Kurma
Mampu membekalkan tenaga dan membantu pembuangan air besar.
Bengkak Susu
Cara mengatasi - Ibu perlu lakukan tuam panas. Urut sekitar kawasan bengkak, perah keluar susu melalui perahan tangan. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
| |
|