Oleh Adib ZA
Jika lebih setahun yang lalu, syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines dilaporkan terpaksa membuang sehingga 6,000 pekerjanya.
Dalam pada itu, kedengaran ramai yang mengeluh dan juga tak kurang juga yang sukarela ingin berhenti dari syarikat penerbangan itu. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada bekas pekerja-pekerja yang diberhentikan ini?
Penulis tertarik dengan salah satu posting yang dimuat naik oleh seorang netizen ini.
Katanya, selepas setahun diberhentikan kerja, kini bapanya memulakan kerjaya baharu sebagai pemandu teksi.
Sambil berseloroh dia berkata, "Kalau guna promo code ELMI HANDSOME abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara abah waktu itu."
Ramai di kalangan netizen yang berkongsi status ini dan mengucapkan semoga berjaya kepada netizen ini.
Gambar hiasan. (Sumber foto: kwiknews.my)
Kisah ini mungkin nampak biasa dan 'simple' bagi sesetengah orang, namun bagi orang yang mengalami situasi yang sama, diberhentikan kerja dan masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, ia menjadi inspirasi kepada mereka.
Status ini menyuntik semangat dan harapan baru buat mereka di luar sana.
Apa pun, kepada semua yang membaca, jangan berhenti untuk berusaha dan berdoa. Lebih baik mencari jalan memajukan diri daripada terus menyalahkan pihak lain, kan? - CARI Infonet
|