CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 0

13 Pantang Larang Buat Bakal Pengantin

[Copy link]
Post time 5-1-2016 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasangan bercinta kerana "hari bersejarah" ini adalah pengikat dua jiwa dan bermulalah hidup sebagai satu keluarga.


Apabila ditetapkan tarikh perkahwinan maka bermulalah pantang larang untuk bakal mempelai. Pantang larang bukanlah kewajipan namun ia adalah adat dan budaya orang Melayu untuk menjaga bakal pengantin dari perkara-perkara yang tidak diingini.


Mungkin ada banyak yang kita tidak tahu apakah rahsia disebalik pantang larang yang dibuat oleh nenek moyang, namun apa yang baik wajar kita ikuti asalkan tidak bertentangan dengan ajaran agama. Jom kita lihat apakah 13 pantang larang buat bakal pengantin, dipetik dari Majalah Pengantin Ogos 2012.







1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.




3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.




9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan

12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.




13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.


Semoga tips berguna ini dapat membantu bakal pengantin supaya sentiasa menjaga perilaku. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.511771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list