View: 244523|Reply: 676
|
Exclusive! Based on true events
[Copy link]
|
|
Edited by schha at 20-2-2016 08:20 PM
Bismillahirahmanirrahim..
Sebelum aku memulakan cerita,biar aku kenalkan diri aku dulu.
Nama aku Sha. Umur 28thn. Anak sulung dari 3 beradik. Aku asal johor tapi menetap dan membesar di selangor. Kisah-kisah yang bakal aku ceritakan ni berdasarkan dari kisah sebenar sepanjang aku hidup selama 28thn ni..aku melarang keras cerita-cerita aku dipaparkan dimana-mana blog kecuali mendapat kebenaran dari aku. Tujuan aku bukak thread ni sebab aku nak share pengalaman yang aku rasa selama ni atau pengalaman-pengalaman sebenar yg di alami oleh org2 sekeliling aku (kawan/relatives/jiran/etc) yg pernah share story dgn aku secara personal..takde niat nak buka aib mana-mana pihak cuma akan diselitkan sedikit pengajaran (pada penelitian/pendapat aku) dari setiap kejadian yg berlaku..niat sebenar HANYA UTK SHARE STORY SAHAJA..sebagai penyedap cerita,aku akan olah ayat-ayat supaya korang boleh feel cerita aku ni..untuk memberi fokus kepada penceritaan aku,segala pertanyaan akan aku reply bila free sahaja..enjoysss! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eh. Baru nak enjois. mane cerita tt. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak feel. Tgh xleh nak tido ni. Tt tgh menaip kowt?? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hahhahahahahahahaaha..sat2 menaip guna henpon payah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 5-1-2016 01:47 AM
1. KISAH KELUARGA
Untuk cerita pertama,aku nak cerita serba sedikit pasal kisah keluarga abah aku. Abah aku ada 10 beradik. Ada 2 pasang kembar tapi pasangan kembar yang kedua salah seorangnya dah meninggal dunia. Jadi adik-beradik yang tinggal hanya 9 orang je. 6 lelaki dan 3 perempuan. Arwah atok merupakan orang terawal yang bukak kampung aku. Kampung tu pun memang famous,kalau aku cakap mesti orang tau. Arwah nenek pulak meninggal masa abah umur 3 tahun.
Sejujurnya,dalam keluarga aku tak pernah seorang pun dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku yang bukak story ni. Semua jadi kelu nak cerita sejarah-sejarah hitam ni. Aku pun tak sure dorang taknak cerita sebab terlampau sedih ataupun just nak tutup story tu dari pengetahuan orang lain. Cerita ni pun terbukak sikit-sikit bila busu aku (makcik aku yang bongsu) ada nampak kelibat-kelibat di rumah pusaka keluarga abah aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Basically cerita ni berkisarkan tentang maklong aku. Memandangkan maklong aku ni seorang perahsia,jadi aku korek semua cerita ni dari busu. Sejak aku lahir, maklong yang besarkan aku sampai umur aku 6thn. Sepanjang aku hidup,aku tak pasti maklong pernah berkahwin atau tak. Hidup maklong hanya jaga aku dan arwah atok je. Ada rumors yang kata,maklong pernah kahwin,then bercerai di awal-awal perkahwinan. Ada pulak yang kata, suami maklong askar dan meninggal sebab kena tembak dengan komunis. Sampai kesudah aku taktahu kisah hidup maklong yang sebenar. Abah pun tak pernah nak cerita-cerita kat aku. Biasa la,lelaki kan..hahhahaha
Menurut busu lagi,arwah nenek meninggal dunia lepas 10 hari lahirkan dia. Jadi maklong la yang jaga busu dari dia baby dan 7 lagi adik-beradik lain. Punca arwah nenek meninggal dikatakan terkena ilmu hitam oleh adik kandung kepada arwah atok sendiri. Aku panggil nenek ni nek Mawar je. Dikhabarkan oleh orang-orang kampung waktu tu,nek Mawar ni ada belajar ilmu hitam. Dipendekkan cerita,sebab dia nak test ilmu dia,dia cuba ilmu yang dia baru belajar tu dekat arwah nenek yang masa tu tengah dalam pantang. Yela,orang dalam pantang kan 'kotor'. Jadi nak solat pun tak boleh,lagi senang la dia nak test ilmu dia tu. Sampai nenek aku meninggal la dek kerana dia nak test ilmu dia tu. Siasat punya siasat,arwah atok dapat tau adik dia sendiri yang pedajal sampai isteri dia meninggal sebab nak test ilmu dia tu. Punya la arwah atok marah, sampai dia angkut 9-9 orang anak dia pindah kat tempat lain sebab sakit hati punya pasal. Sampai putus saudara la waktu tu katanya. Sampai sekarang keluarga kami dan keluarga nek Mawar tu dah tak ok. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Arwah nenek pulak susur jalur keturunan dia dengar ceritanya pun bukan calang-calang. Menurut busu lagi,adik-beradik arwah nenek ni ada la jugak 'penjaga'. Dikabarkan, 'penjaga' tu ada '7 beradik'. Ada 3 'lelaki' berjubah putih, hitam, kuning, pasu sumbing, surat,keris dan 'kucing'. Sebab musabab adik-beradik nenek ni ada 'penjaga' kononnya nak pertahankan anak-anak perempuan dari dirogol dengan jepun. Nampak macam mengarutkan?tapi ini la hakikat. Menurut busu lagi, 'penjaga 7 beradik ni' hanya diwariskan untuk anak-anak dan cucu-cucu PEREMPUAN SULUNG sahaja. Jadi kat sini,memang nampak jelas,maklong adalah salah seorang pewaris 'penjaga 7 beradik' ni. Tapi tak semua la 'penjaga-penjaga' ni ada kat maklong. Ada sesetengah jatuh kat anak-anak sulung kepada adik-beradik nenek yang lain. Yang ada kat maklong cuma lelaki berjubah kuning, pasu sumbing dan 'kucing'. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Busu pernah la korek dekat maklong,maklong describe makhluk tu macam lelaki berserban,berjubah tapi semua kuning dari atas sampai bawah. Dia bawak kayu dan ada macam bag berisi kain yang dijinjit dengan kayu tu. Punca maklong sedar semua ni bilamana maklong asyik ternampak kelibat-kelibat lelaki berjubah kuning tu ada dekat kawasan rumah. Kadang-kadang maklong kata,tengah maklong duk syok tido, alih-alih macam ada orang baring sebelah dia. Bila kalih,maklong nampak lelaki jubah kuning tu tengah landing baik punya sebelah maklong then terus ghaib. Maklong mula-mula tu takut juga,tapi lama-lama dah biasa dah. Makhluk tu seolah-olah macam nak berkawan dengan maklong. Memandangkan arwah atok warak orangnya,dia selalu pesan kat maklong jangan sesekali terima 'makhluk' tu sebagai pendamping,orang dulu-dulu biar dorang punya pasal,tapi arwah atok tegah maklong dan tak izinkan maklong mewarisi semua tu. Masa arwah atok ada,aku pernah la juga nampak arwah atok 'pagar' rumah tu untuk elak makhluk tu ganggu maklong. Jadi 1 hari,maklong dapat mimpi. Dalam mimpi tu,makhluk tu bagitahu dia akan pergi jauh kalau maklong tak terima dia. Dalam mimpi tu juga maklong bagitahu yang dia tak sudi 'berkawan' dengan makhluk tu..makhluk tu terus pergi dan tak toleh ke maklong lagi. Sejak dari tu,maklong dah tak nampak apa-apa kelibat lelaki berjubah kuning tu lagi sampai la harini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pasu sumbing tu pun ada kisahnya. Menurut busu,pasu sumbing tu selalu berpindah-randah di rumah-rumah waris sahaja. Kadang-kadang ada kat rumah maklong,kadang-kadang ada rumah maklong saudara dan macam tu la seterusnya. Tapi takde sapa pun yang pindahkan. Dia 'jalan' sendiri. Ada sekali tu busu kata,dia nampak pasu tu ada atas almari tv,kadang-kadang ada bawah meja makan. Tapi menurut busu lagi,pasu sumbing tu tak boleh dipegang oleh anak lelaki. Hanya anak perempuan sulung je dibenarkan pegang KECUALI mendapatkan keizinan dari anak sulung perempuan tadi. Kalau anak lelaki tu pegang pasu sumbing tu tanpa kebenaran jugak,anak lelaki tersebut berkemungkinan akan dapat malapetaka. Busu bagitahu lagi,pasu sumbing tu dah tak pernah nampak dah sejak maklong renovate depan rumah..maybe pasu sumbing tu dah tak recognised rumah maklong gamaknya..itu yang 'dia' tak jumpa jalan masuk tu,hahahahahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:57 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Menurut busu lagi,'penjaga-penjaga' lain tak pasti mana perginya. Tapi ada sorang maklong saudara aku ni,dia hari-hari berjubah hitam. Dah macam pakaian formal dia pulak. Sebutir colour lain kat pakaian dia pun takkan ada..dari tudung,jubah n kasut memang totally hitam. Yang peliknya dia berpuasa hari-hari kecuali hari-hari yang diharamkan. Menurut saudara-saudara,dia sorang je yang terima 'makhluk berjubah hitam' sebagai 'kawan'. Yang paling latest kejadian bulan lepas. Selepas bertahun-tahun dah tak ada kelibat-kelibat 'penjaga 7 beradik' ni,alih-alih busu kata setiap kali dia balik rumah pusaka,mesti dia akan nampak 'kucing besar' bawah meja makan. Padahal busu tahu,maklong mana la ada bela kucing. Sebab dulu,maklong pernah complain,dia kata tiap kali dia buat kerja dapur,mesti dia rasa macam ada kucing gesel -gesel kat kaki dia..ala macam kucing nak manja-manja tu.. Aku sendiri masa dulu pernah nampak maklong jalan,tetiba dia duk tendang sisi kaki dia pastu duk cakap hish kucing ni..bila maklong nampak aku macam terperasan,maklong cepat-cepat buat biasa je..taknak aku takut maybe. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Permulaan yg jelas oleh tt. Kipidap dongibab tt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 01:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
So bila aku tahu kisah pasal anak sulung perempuan ni..aku jadi scary pulak..berbalik pada kisah nek mawar tadi, masa hari raya 5 thn lepas,ada sekali tu keluarga besar kami balik beraya di rumah nek ngah di Pahang. Atok ada 3 beradik juga,atok yang sulung,nek ngah no. 2 dan nek mawar yang bongsu. Waktu ni arwah atok dah meninggal. Jadi keluarga besar kami selalu la menumpang kasih dekat rumah nek ngah ni. Nak jadikan cerita,kebetulan waktu kami sampai je rumah nek ngah,nek mawar n family dia pun ada. Nasib la rumah nek ngah ni besar. Tak la berhimpit-himpit. Waktu kami sampai tu,elok dorang tengah prepare makan tengahari. Damn. Sebab arwah atok pernah pesan,jangan sesekali makan atau minum apa je dari air tangan nek mawar. Takut 'apa-apa' berlaku nanti..yela trauma kot lepas apa yang jadi kat arwah nenek aku. Jadi waktu tengah makan tu,semua duduk bersila kat bawah dalam bulatan besar. Kebetulan aku memang betul-betul menghadap nek mawar tu. Mak da siap pesan,pura-pura makan je,tapi jangan telan. Yang mak pulak aku tengok,duk terkuis-kuis nasi sebab takut nak makan. Duk aku ralit 'berlakon' tu,aku terpandang nek mawar tu. Untuk pengetahuan korang,nek mawar tu muka dia mirip macam seorang 'pembunuh kejam' suatu ketika dulu. Tak pasti la kalau aku sorang je yang rasa muka dia mirip macam muka si polan tu ke apa. But for me,ada iras sikit. Tapi yang pasti nek mawar tu memang pandai psycho. Masa aku terpandang dia tu,dia boleh pulak suap nasi kat mulut dia sambil senyum sinis kat aku. Makan,senyum sinis lagi. Bijik mata pulak terbeliak macam nak telan aku. Mau tak berderau aku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 02:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 5-1-2016 10:11 AM
Aku dimaklumkan oleh busu,maybe waktu tu dia dah tahu kisah keluarga nenek pasal 'penjaga 7 beradik' ni. And mayb dia juga tahu yang aku ni ANAK SULUNG PEREMPUAN TERAKHIR dalam keluarga arwah nenek aku. Allah. Takut aku. Harap-harap aku sentiasa dilindungi olehNya. Aku akan pegang amanat arwah atok untuk sentiasa jaga solat sebagai pendinding diri sebab Dia adalah sebaik-baik Pelindung.
Tamat.
*p/s : dengar kata nek mawar tu dah bertaubat,kalau betol,alhamdulillah..doa yang baik2 je untuk dia..wallahualam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 02:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Next story will be continue tomorrow..TT dah mengantuk ni..sakit ibu jari iolssss type guna henpon ni..heheheheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung perempuan terakhir tu gimana sis? Pening iols memikirkan salahsilah ayat tersebot.
Kiranya nenek anak sulung, ibu anak sulung, sis anak sulung. Gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
bookmark dulu!....hehehhehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 07:41 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ellejo replied at 5-1-2016 02:23 AM
Anak sulung perempuan terakhir tu gimana sis? Pening iols memikirkan salahsilah ayat tersebot.
Ki ...
Hehhhehe..adik-beradik keluarga abah kebanyakan lahirkan anak sulung semua lelaki. Hanya ada 3 orang je anak sulung perempuan dan saya yang terakhir..ha camtu la..hahahahahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
schha replied at 5-1-2016 01:58 AM
So bila aku tahu kisah pasal anak sulung perempuan ni..aku jadi scary pulak..berbalik pada kisah nek ...
Mcm mana kunyah makanan tp x telan? Dahla depan org ramai kalau aku dr awal aku angkat kaki buat2 pergi kedai ke |
|
|
|
|
|
|
|
omakkkkk aihhh, takutnye kalo ade kat tempat tt.. xsenang duduk nak balik kg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2016 09:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
CrowneGlory replied at 5-1-2016 08:31 AM
Mcm mana kunyah makanan tp x telan? Dahla depan org ramai kalau aku dr awal aku angkat kaki buat2 ...
Hishhh tak tergamak la pulak nak p kedai tengah-tengah semua keluarga duk makan tengahari. Alaaa buat-buat kunyah je,padahal nasi takde pun dalam mulut..hahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|