|
Edited by CikCtNurEnjoy at 23-1-2016 01:38 PM
PART 1
Cerita ni, based on experience sendiri lah, masa tahun 2008. Masa tu habis SPM, and continue study dekat satu kolej swasta dekat Cheras. Ok, mula-muka fikir, tak kanlah dekat kawasan kota raya yang serba serbi moden ni ada hantu, memang di tepis habis, tapi rupanya hantu nya lagi hardcore. Kawasan kondo ni, merupakan kawasan yang baru diteroka. Sebabnya, sebelum tu, kakak aku dah berhijrah dulu dekat kawasan tersebut, lebih kurang pada tahun 2003. Masa tu baru berkahwin, dia stay dekat kawasan yang berhampiran dengan kondo yang aku tinggal ni, konon-konon nak ambik mood lepas berkahwin, honeymoon dekat rumah sendiri, acah-acah duduk dekat balkoni, hurmmm.. cantik je Cik Pon berterbangan, so diaorang laki bini, bertempiaran berlari masuk ke dalam rumah. Rumah tu, memang agak "panas", tuan rumah merupakan seorang china. Sempat tinggal dekat rumah tu, dalam lebih kurang 3 bulan sahaja, selepas tu, dia terus berpindah ke Bandar Tun Hussein Onn. Ingat kan, dah tak adalah gangguan, rupanya ada lagi. Tapi nanti aku cerita. Ni aku cerita dulu, kondo yang pihak kolej sediakan ni.
Ok, alkisahnya, selepas sahaja hari pendaftran kolej, pada awal April 2008, aku dan 9 orang lagi, di tempatkan di sebuah kawasan bandar baru, sekitar Balakong. Ok, kondo yang menempatkan kami ni, kira agak terceruk lah, nama pun kawasan barukan. So ada 5 block, dan rumah aku kira y paling belakang, dekat 6th floor. Environment memang cantiklah, ada swimming pool. Lepas tu, masih ada suasana hijau-hijau. So nak di jadikan cerita, 1/2 daripada penghuni kondo adalah student, yang lain-lain tu, adalah orang luar. So nama pun student, memang haru biru sikitlah, riuh dengan student. Berbalik pada cerita aku ni, 1 rumah, ada 10 student. So rumah aku, ada 10 orang lah penghuniya, dan ada 3 bilik. Bilik aku, bilik yang pertama, menempatkan aku dengan seorang lagi roomate aku. Bilik yang ke 2, 4 orang, Master bed, pun 4 orang. so master bed, penghuninya semua dari kelantan dan terengganu. Biasalah, hari 1stkan, tak kenal, so macam ada puak sedikit. So, bilik aku ni berhampiran dengan bilik air, bukak pintu je, terus nampak bilik air dan hall.sebelah bilik air, ade satu pintu yang menghubungkan hall dan dapur. Ok, first impression masuk rumah, semua ok. Dapur cantik, hall besar. All meja study, ada 10 buah, semua dekat hall. Settle pembahagian bilik, aku dilantik sebagai penolong ketua rumah, ketua rumah pula, adalah roomate aku. Kira dia paling seniorlah. Malam tu, selepas maghrib, bilik aku dan bilik tengah(bilik no 2), decide nak pergi makan. Kami usha budak master bed, semua dah keluar, so kami pun bersiap-siap nak turun makan. Pintu dapur dan pintu bilik, semua kami tutup, termasuklah lampu, cuma satu lampu je yang kami bukak. So kunci ada pada budak master bed, sebb dieorg yang keluar dulu. so confirm dieorg yang akan blik dulu. So kami ber 6 dengan riang ria, turun pergi makan, dan sambil usha-usha kedai yang berhampiran.
Lebih kurang dalam 9.30 kami pun naik ke rumah. Di sebabkan kami masih tak ada kunci rumah, so budak masterbed pun, memang dah ada dekat rumah, kami confident ketuk pintu macam nak roboh, takut dieorang tak dengarkan. Lama jugaklah, kami menunggu kat luar ni, selang beberapa minit kemudian, pintu pun di bukak.Kami terkejut gila, sebab muka kawan kami tu pucat sangat, lepas bukak pintu dia terus berlari masuk ke bilik. So kami pun tergesa-gesa masuklah, dan berlari menuju ke bilik master. Keadaan masa tu memang macam tengah kucar-kacir, masing-masing ketakutan. So kami pun tanya lah kenapa. Budak-budak masterbed tanya kami, kami tinggalkan rumah dengan pintu tak berkunci ke, dengan semua lampu terbukak ke? sebabnya, dia orang cakap, masa dia orang balik, rumah tak berkunci, dan lampu semua menyala, termasuk lah lampu setiap bilik. So diaorang confident yang kami ni tak keluar dan ada dalam dalam rumah. Dia orang masuk kunci pintu dan masuk ke dalam bilik. Dan dia orang siap cakap lagi, masa diaorang kat dalam bilik, siap nampak bayang orang berjalan melalui bawah pintu, suara orang berborak dari hall, seolah-olah macam kami semua ada dekat dalam rumah. Pastu tak lama sebelum kami balik, lampu dalam bilik mereka berkelip-kelip, tak lama lepas tu, diaorang terdengar pintu rumah di ketuk, suara kami ber 6 memberi salam. Tu yang mereka berempat terkejut. Kami berpandangan sesama sendiri, dan cuma cakap, bertenanglah.. tak ada apa-apa, tempat baru ni.
Ok kejadian tu tak terhenti setakat tu sahaja, ada macam-macam lagi kejadian pelik-pelik. Selama seminggu jugaklah, kami ni setakat tidur ayam-ayam sahaja. Nanti aku cerita lagi ye, apa lagi gangguan yang ada, sampailah, kami terpaksa berubat, 2 orang kawan kami berhenti belajar, guard tidur depan rumah kami. dan yang paling seram, siap dia berani tunjukkan diri. Maghrib dah ni, Assalamualikum |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|