|
ACER, syarikat perkakasan, perisian dan perkhidmatan memperkenalkan lapan model terbaharu dalam siri permainan videonya hari ini yang dikenali Predator. Lapan model itu merangkumi komputer meja, monitor, komputer riba dan tablet.
Pengarah Urusan Acer Sales & Service Sdn Bhd, Ricky Tan, berkata siri permainan video Predator mampu menawarkan pengalaman bermain permainan video luar biasa kepada pengguna.
"Dedikasi, bakat dan kesungguhan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami serta pandangan profesional yang berharga daripada TeamAcer eSports dijangka dapat memberi pengalaman terbaik untuk pemain video tegar yang kami panggil sebagai Predator Tribe," katanya pada pelancaran Siri Permainan Video Predator di sini.
Acer Malaysia bekerjasama dengan rakan kongsinya, Microsoft dan Intel untuk membawakan produk terbaharu ini. Siri berkenaan dapat beroperasi dengan lancar bersama Windows 10 dan teknologi terkini Intel. Siri permainan itu sudah boleh didapati di pasaran di cawangan terpilih dan penjual sah Acer seluruh negara.
|
|