CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1333|Reply: 0

Proton Pertimbang Kenaikan Harga Pada Tahun Depan

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:43 PM | Show all posts |Read mode

Proton Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

“Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami,” katanya.

Abdul Harith berkata Proton sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model.

Proton berkata bagi mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan syarikat sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi, yang mana perlu.

“Penyusutan ringgit terus memberi tekanan kepada Proton di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan,” katanya.

Sumber: Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.819605 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list