Jennarong Muengtaweepongsa yang hanya berusia 15 tahun dan sudahpun terkenal dengan beberapa karya konsep yang dikeluarkannya sebelum ini ke atas reka bentuk kereta sport. Antara hasil karyanya termasuk PSC Motors SP-200 SIN yang bakal diperkenalkan tahun hadapan dan juga konsep kereta Aston Martin DB11 dan juga Koenigsegg Legera. Kali ini, beliau sekali lagi mengejutkan dunia dengan keluaran model konsep Koenigsegg Utagera yang dilihat dalam model berskala kecil. Ini merupakan projek kedua beliau bersama dengan Koenigsegg setelah mengeluarkan lakaran imej digital Koenigsegg Legera sebelum ini. Koenigsegg nampaknya berpuas hati dengan hasil karya tangan Jennarong terhadap model Legera setelah syarikat tersebut mengeluarkan model berbentuk fizikal ke atas model Koenigsegg Utagera ini yang sekaligus menjadikan model pertama hasil tangan Jennarong yang menjadi unit fizikal. Mengikut syarikat Jennarong, Vanatical Design, model Koenigsegg Utagera ini merupakan pandangan masa hadapan ke atas model pengganti Agera yang kurang ekstrem dan diletakkan di bawah model Regera. Seperti model-model lain, ‘Utagera’ bermaksud ‘menghancurkan’ dalam bahasa Sweden yang mengikut ‘Agera’ yang bermaksud ‘bertindak’ dan ‘Regera’ yang bermaksud ‘menguasai semua’. Reka bentuk model ini kurang agresif dan lebih fokus ke arah elemen elegan dan ianya dibayangkan menggunakan enjin yang sama seperti Agera, enjin V8 turbocharged dengan anggaran output 900-1000HP. Model ini dipamerkan di 2015 Thailand International Motor Expo baru-baru ini di Bangkok.
sumber:arena kereta
|