CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

Fiat 500e Dibawa ke LA Auto Show Sebagai Stormtrooper

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:26 PM | Show all posts |Read mode


Bila bercakap tentang Star Wars: The Force Awakens sudah pasti ramai yang tahu dan menanti dengan penuh kesabaran. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ianya menemui peminat di panggung wayang beberapa hari yang lepas.

Pengeluar juga tidak berfikir dua kali untuk menjadikan agenda ini sebagai satu cara untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan rupa bentuk kereta yang mengikut tema Star Wars.

FCA US membawa model Fiat 500e yang dicat khas mengikut tema Star Wars di LA Auto Showpada bulan November yang lalu. Ianya diubahsuai oleh Garage Italia, syarikat artistik yang diketuai oleh Fiat.

Model Fiat 500e ini sudah bersedia untuk gerakan First Order – naungan Knights of Ren dan Snoke – dengan bertemakan warna hitam dan putih yang dilihat pada Stormtropper. Rupa bentuk ini tidak terhad pada luaran sahaja di mana syarikat tersebut turut menggunakan tema yang sama pada bahagian dalam.

Ianya diberikan kemasan kulit dan tempat duduk Alcantara dengan bertemakan dwi-tona hitam dan putih secara keseluruhannya. Butang hon juga ditambah dengan grafik Stormtrooper. Sebelum ini, FCA menggunakan model Dodge bertemakan Star Wars untuk servis Uber di New York.


sumber:arena kereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073396 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list