Pastinya ramai yang sukakan aktiviti karaoke ini, jika tak suka karaoke beramai-ramai karaoke dalam toilet pun jadilah.
Ramai dikalangan kita yang keluar berkaraoke atas alasan untuk menghilangkan tekanan ataupun sekadar untuk seronok-seronok. Tapi tahukah anda, karaoke ada banyak faedahnya:
1. Meningkatkan tenaga
Tahukah kamu dengan menyanyi anda akan melepaskan hormon endorfin yang membuatkan anda lebih tenaga dan bersemangat.
2. Sihatkan paru-paru
Dengan teknik nyanyian yang betul, anda mampu melakukan senaman pengucupan otot yang. Ia juga akan merangsang lebih oksigen masuk ke dalam badan dan sekaligus melegakan otak dan anda akan terus kekal bermaya.
3. Menguatkan otot
Akan merangsang peredaran darah dan badan terutamanya diagfragma.
4. Hilangkan Tekanan
Selain alat untuk lepaskan perasaan, bernyanyi mampu memberikan isyarat lebih pada otak untuk melepaskan endorfin yang berkumpul satu hari.
5.Sihatkan Otot
Menjadikan otot-otot muka lebih aktif dan menjadikan muka anda lebih muda.