View: 2506|Reply: 3
|
Keajaiban Air Laut Kepada Kulit!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Anda gemar menikmati dan mandi air laut? Tahukah anda ia sangat baik untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit.
Menarik, bukan? Ini kerana air laut memiliki 84 elemen yang sangat baik untuk keseluruhan badan. Jom lihat apakah kelebihan air laut yang dipetik daripada portal Women Online Magazine:
1. Menyembuhkan demam
Manfaat air laut ialah ia dipercayai mampu menyembuhkan demam dan gejala flu, termasuk bronchitis and sinusitis.
2. Mengatasi Tekanan
Kombinasi matahari dan air laut dapat membantu tubuh mengatasi tekanan dan keletihan. Ini kerana kandungan magnesium, litium dan bromine memberikan efek menenangkan dan memiliki kemampuan menstabilkan serotonin, melatonin dan triptamin pada otak.
3. Menyembuhkan Luka
Salah satu manfaat air laut adalah kemampuannya untuk menyembuhkan penyakit atau iritasi pada kulit termasuk luka ringan kerana air laut mempunyai garam dan potasium klorida.
4. Mengubati Jerawat
Kandungan garam yang tinggi mampu menyembuhkan, membersihkan, menghilangkan bekas jerawat. Bahkan, jika kulit anda mempunyai lekukan atau nama lainnya ‘moon skin’,anda juga boleh mengurangi lekukan itu dengan menggunakan terapi air laut.
5.Mencantikkan rambut
Air laut mampu mengurangi kelemumur pada rambut.
6.Menjadikan kulit bercahaya
Air laut juga mengandungi banyak mineral, terutamanya magnesium yang membantu meningkatkan kelembapan pada permukaan kulit sehingga kulit anda tampak segar bercahaya.
7.Merangsang Sel Kulit Baru
Garam pada air laut dapat membantu melepaskan racun dari kulit dan berfungsi sebagai pengelupas yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. - CARI Infonet
Sumber: www.wom.my |
|
|
|
|
|
|
|
ye..la... minggu lepas mandi laut, baru aku perasan dah tak gatal2 kulit kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
comel91:   @CARI-MAMS  kenapa mariah carey ehhh??
cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|