CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2694|Reply: 0

Rambut Berminyak.. Jangan Risau, Teliti Petua Berikut!

[Copy link]
Post time 20-11-2015 11:41 AM | Show all posts |Read mode





sumber foto: http://www.ciricantik.com/


Ada sesetengah orang mencuci rambutnya setiap hari, tapi kenapa rambutnya masih bergitu mudah berminyak? Puncanya mungkin termasuk genetik, tabiat pemakanan, rutin harian dan terlalu kerap mencuci rambut.





Antara tiga sebab memudahkan kulit kepala berminyak :


1) Rambut sering berminyak, faktor utama adalah akibat kulit 'Sebaceous' terlebih menghasilkan 'sebum' yang berminyak, ianya biasa berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang.


2) Kalau sering lambat tidur, gemar makanan daging yang berminyak dan pedas, kualiti udara yang terlalu kotor.


3) Penggunaan produl shampoo rambut yang tidak berkauliti dan selalu mencuci rambut, semua ini akan menambah beban kepada kulit kepala dan rambut. Termasuk juga ia akan memberi kesan keseimbangan minyak pada kulit kepala sehingga menyebabkan rambut berminyak.








Rambut asyik berminyak, apa perlu buat?  5 petua berikut yang dapat mengubah keadaan tersebut.


1) Cuci rambut dengan cara yang betul
Setiap hari harus cuci rambut, memilih jenis shampoo rambut yang sederhana atau 'mild', mencuci bahagian akar rambut dengan berhati-hati, Jangan terlalu kuat atau kerap mencuci semuanya akan merosakkan kulit kepala.




2) Penggunaan jenama shampoo rambut yang berbeza secara saling berganti.
Jangan guna jenama shampoo yang sama dalam tempoh yang terlalu lama, adalah lebih baik penggunaan secara saling berganti, bagi orang yang rambutnya mudah berminyak boelhlah guna shampoo yang mengandungi 'Zinc pyrithione' atau yang mempunyai kandungan 'Salicylic acid'.




3)  Bagi mereka yang rambut berminyak, perlu lebih mengambil perhatian untuk pengawalan minyaknya, jadi jangan sapu bahan penjagaan rambut sehingga ke bahagian akar rambut.





sumber foto: http://artimimpi.web.id/



4) Kurangkan makan mkaanan yang berminyak dan pedas.
Sering ambil makanan berperisa tinggi seperti yang pedas dan berminyak, badan akan mudah terkumpul lemak yang susah untuk dihadam, akibatnya mengganggu rembesan kelenjar sebum. Selain itu, pemakanan secara tidak sangat berperisa, juga boleh membantu menambaikkan keadaan rambut berminyak.




5) Elakkan terlalu lambat tidur
Kerap tidur lewat, jarang melakukan aktiviti sukan dalam tempoh yang lama, merokok dan minum minuman keras, terlalu penat, semua ini akan memberi kesan terhadap keseimbangan kandungan minyak pada  kulit kepala.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.314214 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list