CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4086|Reply: 12

Segera Lenyapkan Jerawat Dengan Petua Nenek Moyang

[Copy link]
Post time 19-11-2015 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Muka anda berjerawat dan nampak macam kawah bulan? Penat mencuba pelbagai produk di pasaran?


Apa kata kali ini, cuba cara alami yang lebih murah, selamat dan ia juga sangat berkesan.


Lihat 3 bahan di bawah yang boleh digunakan, mengikut portal Home Family Site:




1. Tomato.
Belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.


(Sumber foto: Carian google)


2. Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

3. Lidah Buaya.
Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. - CARI Infonet




(sumber foto: carian google)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 05:03 AM | Show all posts
Kulit kayu manis tu jgn sesekali cuba. Kalau kulit tak sesuai boleh jd rosak kulit mcm aku. Sampai skrg kesan masih ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
asteruk2 replied at 26-2-2019 05:03 AM
Kulit kayu manis tu jgn sesekali cuba. Kalau kulit tak sesuai boleh jd rosak kulit mcm aku. Sampai s ...

Jadi mcm mn sis?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang tomato tu i sll buat. Tp i frozenkan.pastu gosok-gosok kt muka.
Tp i x de jerawat. N ade gak kawan yg cube tp x sesuai n naik bump
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asteruk2 at 27-2-2019 02:35 AM
noraidil_06 replied at 27-2-2019 01:28 AM
Jadi mcm mn sis?


Pernah ikut petua sapu kulit kayu manis tu masa zaman sekolah dulu. Lebih 10 tahun punya cerita. Lepas sapu tu, kulit terus jadi terbakar dan pedih sangat.

Senang cerita kulit jadi rosak. Sampai sekarang kesan masih ada tapi dah improved sbb sy rajin pakai bedak sejuk dulu.

Nasib baiklah kat bahagian dahi je. Setiap kali pakai bedak sejuk tu sampai skrg kulit dahi sy akan lambat kering berbanding kulit lain.

Kalau ada duit banyak nanti, saya nak buat rawatan muka.

Pernah jugak baca pasal kisah seorang youtuber terkenal luar negara ni diserang sbb upload video petua mask kulit kayu manis.

Kulit yg sesuai oklah. Yg tak sesuai, jadilah macam saya.

Semoga kisah saya ni memberi pengajaran kpd sesiapa di luar sana spy tanya atau rujuk dulu pd org yg berpengalaman sebelum nak cuba apa-apa petua.

Btw saya lelaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-2-2019 01:29 AM
Yang tomato tu i sll buat. Tp i frozenkan.pastu gosok-gosok kt muka.
Tp i x de jerawat. N ade gak  ...

Saya ingat nak start makan tomato 2 biji sehari. Pernah baca di blog katanya bagus utk ubah kulit muka kusam macam saya.

Awak ada tips semulajadi utk hilangkan masalah warna kulit muka dan leher jauh berbeza (lebih hitam) dari kulit tangan akibat cahaya matahari? Sy ada masalah ni dah lebih 10 tahun sejak sekolah lagi.

Taknak tips yg sapu2 kat muka macam guna tomato tu. Kalau boleh sy nak makan supaya kesan dia lebih efektif dari dalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2019 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
asteruk2 replied at 27-2-2019 02:32 AM
Saya ingat nak start makan tomato 2 biji sehari. Pernah baca di blog katanya bagus utk ubah kulit  ...


Sy ni kalau part makan2 ni lebih kepada jamu wanita. Heheheheh
Kalau u x kisah, u blh cube kolagen drink.
Sy pernah gune brand blackmore.
Nmpk kulit sekata. Sy sll beli time sale jelah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-2-2019 02:36 AM
Sy ni kalau part makan2 ni lebih kepada jamu wanita. Heheheheh
Kalau u x kisah, u blh cube kola ...

Ok. Nanti saya try survey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
asteruk2 replied at 27-2-2019 02:39 AM
Ok. Nanti saya try survey

U rajin tak pakai skincare? Jap sy tag awk kt thread skincare
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1141038&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-2-2019 02:41 AM
U rajin tak pakai skincare? Jap sy tag awk kt thread skincare

Sekarang pakai pencuci muka je. Malam saya pakai bedak sejuk muntah belut campur dgn air gamat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
asteruk2 replied at 27-2-2019 03:02 AM
Sekarang pakai pencuci muka je. Malam saya pakai bedak sejuk muntah belut campur dgn air gamat.

Cer u buat double cleansing.
Pakao oil cleansing tekap2 dgn kapas,
Then u basuh dgn facial foam pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-2-2019 03:12 AM
Cer u buat double cleansing.
Pakao oil cleansing tekap2 dgn kapas,
Then u basuh dgn facial foam  ...

Ok nanti sy cuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066729 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list