CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3741|Reply: 2

10 Hari Melancong Hanya Satu Bagasi Kabin, Nak Tahu Caranya?

[Copy link]
Post time 17-11-2015 12:56 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO




Pergi melancong atau merantau di luar semestinya bagus sekiranya bilangan bagasi yang dibawa kurang, jadi lebih baik cuba meletakkan semua barang keperluan di dalam bagasi yang dibawa sendiri atau bagasi kabin demi keselamatan.




Pramugari berasal dari Los Angeles, Heather Poole menunjukkan bagaimana caranya memuatkan semua barangan yang diperlukan di dalam sebuah bagasi kabin untuk tempoh pelancongan selama 10 hari.  




Selain mampu menjimatkan bayaran bagasi kabin, malah bagi mereka yang memilih syarikat penerbangan tambang murah, ianya boleh dikatakan bertambah jimat, justeru cadangan Heather tersebut harus dirujukan dengan serius.




Namun demikian, jangan pula ingat dia mengajar hanya bawa sekeping kad kredit dan terus menaiki pesawat tanpa bawa apa-apa barang, sebenarnya barangan keperluan untuk perjalanan 10 hari satu pun tidak kurang dibawa sekali.




Antaranya 3 helai seluar dalam, 3 helai seluar, sehelai skirt pendek, 3 helai seluar jeans, 3 baju tidur, 3 helai baju renang,  sehelai skirt tepi pantai, 3 helai baju 'Knit Tops', 4 helai skirt panjang, 10 helai T-shirt, 6 helai baju shirt, satu beg tangan, barang kosmetik dan dua pasang kasut.




Walaupun ianya seolah-olah terlebih bawa, tetapi apa salahnya belajar cara bagaimana dia boleh melakukannya.








Langkah pertama
Kebanyakkan orang biasanya akan melipat baju dan seluar jadi rata dan masuk kedalam bagasi, tapi Heather memilih cara menggulungkan baju dan seluar jadi bentuk selinder supaya jimat ruang dan boleh mengelakan baju berkedut.








Langkah kedua
Setelah baju dan seluar digulung, pada mulanya, letak kasut di bahagian tepi sekali dalam bagasi, dan seterusnya letak barangan yang bersaiz besar seperti seluar jeans dan seluar panjang di bahagian bawah sekali.








Langkah ketiga
Kemudian, lapisan demi lapisan letak baju yang lebih nipis, ingat cuba menekan dengan padat setiap lapisan itu.










Langkah keempat
Letak baju yang paling ringan di bahagian atas sekali.










Langkah kelima
letak saja barang kosmetik, beg tangan di bahagian atas baju, keberatan barangan tersebut boleh juga membantu memampat lagi baju di bahagian bawah, setrusnya bagasi tersebut akan dapat ditutup dengan mudah sahaja.






Tips pengurusan bagasi yang mudah dan juga boleh membantu anda mempergunakan ruang dalam bagasi dengan berkesan dan menjimatkan duit, caranya akan menjadi mudah sekiranya latihan dilakukan beberapa kali.




Oleh itu, lain kali pergi melancong, hanya dengan membawa satu bagasi kabin sudah boleh memulakan perjalanan melancong di mana-mana tempat, amat memudahkan.
- CARI Infonet




sumber foto : http://travel.ulifestyle.com.hk/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 01:57 PM | Show all posts
AKu besa dok pack baju2 camni dalam bagasi. Mmg boleh muat banyak benda.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 06:08 PM | Show all posts
aku selalu terlebih pack.. macam aritu gi outstation, berpuluh pasang baju bawak.. tapi kat sana tak pakai semua pun.. lebih 20 kilo gakla berat luggage masa nak pegi tu.. masa balik amik ko beg beranak jadi 2 biji, total jadi 35 kilo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.435694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list