CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3329|Reply: 13

Adik..

[Copy link]
Post time 7-11-2015 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“Adik!!Kau mari sini!!Aku suruh kau buat ape??Aku dah cakapkan,sapu sampah ni!yang kau termenung tu kenapa???” jerkah Mak Cik Salmi. Adik hanya diam membatu.Mata Mak Cik Salmi makin merah menahan kemarahan.Dicubit-cubit seluruh badan kecil itu.”Aku cakap kau diam,melawan dalam diam la tu”

“Sakit mak cik,sakit”tangis adik.Setelah puas kemarahannya dilepaskan pada adik, Mak Cik Salmi meninggalkan adik sendiri.”Kau sapu sampai bersih,selagi tak bersih jangan naik!”arahan tegas Mak Cik Salmi.Adik mengangguk faham..Di tubir matanya bergenang air mata tapi disapu.Adik tak boleh menangis.Mak cakap dengan adik,adik kena sabar.Adik ingat pesan mak dengan abah.

“Mak Cik,adik dah siap sapu sampah” tegur adik.

“Dah, pergi mandi.Lepas tu makan,aku dah letak makanan kau kat tepi sana,”jari Mak Cik Salmi menunjuk kearah nasi yang di letakkan di sudut rumah bersebelah tandas.Adik tersenyum riang.Sekurang-kurangnya ada makanan untuknya.Pantas adik berlari ke dalam bilik air.Tapi malang sungguh nasib adik,kakinya tersepak pinggan berisi nasi berkuahkan kicap itu.Pucat muka adik memandang wajah Mak Cik Salmi yang sudah bertukar riak itu.Adik mendiamkan diri dan adik tahu badannya akan menjadi tempat tempiasan kemarahan Mak Cik Salmi lagi.

PANG!!!!

“Aduh sakit mak cik,adik tak sengaja” muka bersih itu merah ditampar berkali-kali.Pandangan adik sirna.

“Aku bagi makan kau sepak je nasi tu!Kau ingat aku beli dengan pasir???Keluarga kau ada bagi duit ke untuk aku tanggung biawak hidup macam kau ni???” menyinga sungguh Mak Cik Salmi. Dicubit-cubit tubuh kecil yang kurus melidi dan di pukul-pukul sampai lebam seluruh badan adik.Semakin kuat adik merayu pukulan itu juga semakin kuat.Penghujungnya kepala adik dihantukkan ke dinding. Kemudian pandangan adik gelap,adik tak tahu apa yang terjadi. Adik ditinggalkan di tepi dinding tanpa belas kasihan.Kasihan adik..

“Mak,abah,angah..Jangan tinggalkan adik..Adik takut,adik nak ikut mak dengan abah,”tangis adik. Di sebelahnya ibunya sedang mengusap rambut adik seperti selalu.Tapi mak hanya tersenyum dan diam.Adik peluk mak.”Adik rindukan mak.Kenapa mak tinggalkan adik???Kenapa semua orang yang adik sayang tinggalkan adik??Adik baru umur 7 tahun.Mak tak kesian kat adik ke??”Adik pandang wajah bersih mak.Adik Nampak air mata di mata mak.

Abah juga ada,abah duduk di sebelah mak.Adik peluk abah.Adik rindu abah dukung adik bila adik tidur.Adik suka buat-buat tidur supaya abah dukung adik masuk bilik bila adik tertidur di ruang tamu.”Adik,abah dengan mak sayangkan adik..Adik kena sabar,adik ingatkan pesan abah dulu?Tuhan saying orang-orang yang kuat kesabarannya.Adik nak masuk syurga kan??”soal abah menyebabkan pantas adik mengangguk.Abah tersenyum senang.”Adik kena dengar cakap tau??Jangan degil”pesan abah lagi.Adik dengar cakap,adik tak degil tapi adik tak tahu kenapa Mak Cik Salmi suka pukul adik. Tapi adik tak mahu mengadu.Adik diam.Adik pejam mata.Adik buka mata kembali.Tapi mak dengan abah dah tiada.

“Mak!!Abah!!” jerit adik.Tapi adik baru tersedar.Adik masih di dapur.Adik sakit kepala.Kenapa pandangan adik kabur??Adik tenyeh matanya...Baru terasa jelas.Adik pantas masuk ke bilik air untuk mandi.Takut badannya akan dipukul lagi jika lambat mandi.

“Adik!!!”lantang suara Mak Cik Salmi menjerit memanggil adik.

“Yea Mak Cik,”pantas adik menyahut.Adik tak mahu buat Mak Cik Salmi marah lagi.

“Pergi cuci pinggan kat dapur tu,” arah Mak Cik Salmi.Suaranya tidak lagi segarang semalam.Adik mengangguk pantas dan terus ke dapur.Sinki di dapur itu tinggi.Adik ambil bangku,adik panjat dan adik mula mencuci pinggan yang banyak itu. Mak Cik Salmi suka simpan pinggan.Tak nak basuh siap-siap lepas makan.Sama perangai macam angah.Adik senyum sendiri.Entah macam mana tangannya terlepas pinggan di tangan.Pinggan itu jatuh ke dalam singki.Nasib baik tak pecah.Adik urut dada lega..

Siap mencuci adik duduk di depan pintu seperti menunggu seseorang.Memang adik tunggu seseorang.Adik tunggu along.Along janji nak datang ambil adik.Adik takkan putus asa menunggu. Adik rasa pandangan adik makin kabur. Adik tenyeh mata lagi.Masih kabur.Kenapa mata adik ni?Tiba-tiba kepala adik ditolak.Adik menoleh.

“Tolong urutkan belakang Mak Cik”arah Mak Cik Salmi.Adik menurut.Sekurang-kurangnya suara Mak Cik Salmi lembut. Tidak segarang biasa.Perlahan-lahan jari kecil adik menyapu minyak di belakang Mak Cik Salmi.

“Kan elok macam ni.Urut elok-elok.Ni tak,menyakitkan hati aku je,”omel Mak Cik Salmi.Adik senyum. Mak Cik Salmi tak lah jahat sangat.Kadang-kadang bila anginnya elok,adik diajak berjalan-jalan ke Bandar.Adik seronok sangat.Adik teringat abah selalu bawa adik jalan-jalan di Bandar naik motor abah.Senyuman adik mati bila teringat abah.

Petang itu abah janji nak bawa adik jalan-jalan kat Bandar. Tapi abah nak mandi dulu lepas abah balik kerja.Adik tunggu abah siap.Tapi abah lambat sangat,jadi adik minta izin mak nak pergi rumah kawan adik.Adik main-main kat sana.Tiba-tiba abang Mat yang bawa lori sayur panggil adik,Abang Mat tercungap-cungap adik tengok.Adik senyum tengok Abang Mat,Abang Mat selalu suruh adik kirim salam kat along. Boleh adik minta gula-gula lagi kat Abang Mat.Tapi kenapa hari ni Abang Mat lain??

“Adik,rumah adik....” adik pelik.Kenapa dengan rumah adik?adik terus berlari ke rumah.Adik tengok rumah adik ada api.Api besar sangat kat rumah adik..Siapa yang main api?Abah selalu pesan jangan main api.Adik pusing cari mak dengan abah,angah sekali..Adik tanya kat semua orang mana mak?mana abah??mana angah?adik mula menangis dan menjerit.adik nak mak!!adik nak Abah!!Adik berlari nak masuk rumah.Tapi ada orang pegang adik,peluk adik sambil menagis.Adik merayu-rayu suruh lepaskan adik,adik nak pergi kat mak dan abah.Adik nak cari dia orang semua..kenapa semua orang tengok je??kenapa tak ada seorang pon yang tolong adik??

Adik menoleh,adik Nampak Along menangis teresak-esak.Adik pergi dekat along.Adik peluk along.Along pun peluk adik erat.Abang Mat tenangkan along.Ramai orang cakap kesian kat adik dengan along,tapi tak seorang pun tolong adik dengan along.Nasib ada Mak Cik Timah,malam itu adik tidur rumah dia.Mak Cik Timah baik sangat.Dia suap adik makan,dia tidurkan adik.Tapi esoknya along bawa adik kat rumah Mak Cik Salmi.Along minta Mak Cik Salmi jagakan adik.Along cakap Mak Cik Salmi mak saudara adik.Adik nak ikut along tapi Along cakap along nak keluar cari duit.Bila along dah banyak duit along kata along akan datang ambil adik.Sebab tu adik masih menunggu along balik.Adik percaya along mesti balik.

“Kuatlah sikit urut tu” adik terkejut.rupanya adik jauh mengelamun.Adik menyapu air matanya yang bergenang.Adik dah janji dengan diri adik nak jadi kuat.Adik tahu mak dengan abah pun nak adik kuat.

“Mak Cik, kenapa mata adik kabur ye?adik tak berapa nampak lah”adu adik. Mak Cik Salmi menoleh,”tu lah,degil sangat kan tuhan dah balas,”jawab Mak Cik Salmi.Adik diam.Memang benar kata Mak Cik Salmi, mungkin adik benar-benar degil.Abah pernah kata,tuhan akan balas setiap perbuatan seseorang itu tak kira baik atau jahat.

Petang itu adik tunggu lagi along di tangga rumah,tapi Mak Cik Salmi panggil adik lagi. Mak Cik Salmi suruh adik sapu rumah.Adik gerak lambat-lambat.Adik nak tunggu along.Tapi Mak Cik Salmi tak faham dia marah adik sebab dia cakap adik tak dengar cakap dia.Bada adik jadi mangsa pukulan dia lagi.Adik dah puas merayu-rayu minta di lepaskan.Tapi Mak Cik Salmi makin menggila. Adik ditolak ke tepi dan dipukul dengan penyapu.Merah mata adik menahan tangis.

Malam itu adik tak dibenarkan makan.Adik tahu semua itu salahnya.Tapi adik nak tunggu along.Bila along nak balik??Adik takut adik tak dapat tunggu along lagi.Macam hari ni. Mak Cik Salmi suruh adik buat kerja macam-macam.Adik terbaring di atas tilam nipis tiada bercadar dan berbantal.Adik rasa penat sangat.Abah,mak bila dugaan umtuk adik nak habis?Adik dah tak terdaya.Akhirnya adik tertidur sendiri..Adik mimpi mak,abah dan angah..

“Adik bangun!!” lantang suara Mak Cik Salmi mengejutkan adik.Laju sahaja adik bangus takut dipukul sekiranya lambat menyahut.

“Yea Mak Cik”adik menyahut.

“Mandi dan sarapan,” Mak Cik Salmi memberi arahan.Adik tersenyum.Angin Mak Cik Salmi baik hari ni.Adik pantas mandi.Berlalu ke meja makan,dan makan nasi lemak yang Mak Cik Salmi sediakan. Mak Cik Salmi memang pandai masak.Tapi mak masak lagi sedap.

Siap makan adik tunggu along di depan rumah.Kenapa mata adik makin teruk ni?Adik xdapat nampak apa-apa.Kabur.Terlalu kabur.Adik tenyeh lagi matanya.Geram.Adik mendongak memandang kejauhan,adik nampak bayang-bayang sesorang dari jauh.Adik tahu siapa.Adik kenal orang itu.Along dah datang!!

Adik berlari mengejar along.Adik dah tak hiraukan apa-apa.Adik rindukan along.Terlalu lama bagi adik tak berjumpa along.

“Adik!!JANGAN!!!!!”malangnya jeritan itu sudah terlambat.Mata adik terlalu kabur untuk melihat sebuah lori datang ke arahnya.

BANG!!!

Adik menggelupur di atas jalan.Darah membuak-buak keluar dari mulut adik.Adik tersenyum sebab adik nampak abah dengan mak tersenyum memandang adik.Adik nak ikut mereka.Tapi along menangis kuat.

”Along minta maaf sayang,along datang lambat.Along sayang adik.Jangan tinggalkan along seorang”.Adik makin lemah.Darah adik makin banyak di jalan. Mak Cik Salmi yang berdiri di halaman rumah terpaku melihat adik di atas jalan berlumuran darah.Pantas dia berlari ke arah adik.”Adik!! Mak Cik minta maaf salah Mak Cik,adik kena kuat,adik akan selamat”.Tapi adik dah tak dengar cakap Mak Cik Salmi.Adik dah tak larat.Adik nak ikut mak dan abah.Angah pun ada.Adik dah tak sunyi.Adik ada mak,abah dan angah.Selamat tinggal along,tetima kasih Mak Cik Salmi sebab sudi jaga adik yang nakal ni.Mak,abah tunggu adik.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2015 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 7-11-2015 03:42 PM
Sedihnya....

Klau menitik air mata baru kira berjaya sedih cerita ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 06:25 PM | Show all posts
... sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 06:52 PM | Show all posts
untunglaaa mati bila masih kecikkkkkkkkk....
Msa aku byi dulu, i mean waktu dilahirkn,almost die kat wad icu tu. But Allah selmtkn..

bila aku pk blik...


how i wish i died at that time..


Satu hal- Tuhan saying orang-orang yang kuat kesabarannya.Adik nak masuk syurga kan??

TYPO.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 06:54 PM | Show all posts
Dpt agak dah ending dia.lol. But aku x sedih sbb otak serabut ni.aku geram dgn along! lembap! he should take adik with HIM!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2015 10:35 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-11-2015 06:52 PM
untunglaaa mati bila masih kecikkkkkkkkk....
Msa aku byi dulu, i mean waktu dilahirkn,almost die ka ...

dah try edit hari tu, pastu yang keluar tetap saying..aishhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:36 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-11-2015 06:54 PM
Dpt agak dah ending dia.lol. But aku x sedih sbb otak serabut ni.aku geram dgn along! lembap! he sho ...

Along tu perempuan..hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 02:32 PM | Show all posts
pasai pa momod tak bagi tacang kat tt ni... Penat tt tulis n perah otak cari idea.

Kat atas nun, klem ja bday, senang2 dapat 40 bjij kacang

- perasan super mod
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 02:46 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 12-11-2015 02:32 PM
pasai pa momod tak bagi tacang kat tt ni... Penat tt tulis n perah otak cari idea.

Kat atas nun,  ...

mod2 sibuk la tu.yelah,dulu setiap cerpen dlm thread sy sure dpt tacang.skrg x..

x thulah sy slh fhn ke dokkkk niiii.
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 replied at 12-11-2015 02:32 PM
pasai pa momod tak bagi tacang kat tt ni... Penat tt tulis n perah otak cari idea.

Kat atas nun,  ...

Saya sebenarnya tulis cerpen ni masa form 5..dah bkurun simpan..xpela,momod bz tak sempat tengok lagi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:22 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 12-11-2015 09:06 PM
Saya sebenarnya tulis cerpen ni masa form 5..dah bkurun simpan..xpela,momod bz tak sempat tengok l ...

akak@abang umur 24 ke?LOL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 12-11-2015 09:22 PM
akak@abang umur 24 ke?LOL

Lebih dari tu la dikk..haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
best & sedih wlpn boleh agak ending dia, tp berbaloi untuk dibaca..boleh tambah skala kesedihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.071430 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list