Edited by obelisk at 4-11-2015 02:55 PM
TAMBAHAN SAYYIDINA DALAM SELAWAT
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, amalan kebiasaan yang dilakukanketika pembacaan selawat dalam tasyahhud atau ketika berdoaakan dilafazkan perkataan sayyidina (tuan kami) sebelum nama Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sebagai tandapenghormatan kepada baginda. Bagi mereka yang enggan menambah perkataan tersebut di dalam tasyahhud ketika bersolat atau ketika berdoa seringkali dituduh sebagai golongan yang tidak menghormati atau mencintai Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.
Memang telah disepakati oleh semua ulama’ bahawa selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam merupakan satu perintah dari Allah ‘Azza Wa Jalla sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segalapenghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad shalallahu 'alaihiwasallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamukepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yangsepenuhnya.[1]
Menurut al-Albani rahimahullah: Pengertian selawat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang paling baik adalah seperti yang di kemukakan oleh Abu ‘Aliyah, iaitu Allah berselawat kepada Nabi maksudnya Allah memuji danmemuliakannya. Malaikat berselawat kepada Nabi maksudnya merekamemohon kepada Allah untuk mengurniakan kedudukan terpuji dan terhormat kepada beliau. Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Baari mengemukakan suatu pendapat yang popular tentang makna Allahberselawat kepada Nabi ialah Allah memberi rahmat kepadanya.[2]
TM Hasbi al-Shiddiquey rahimahullah pula berkata: “Adapun pengertian kita berselawat kepada Nabi ialah mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah semoga Allah melahirkan ataumengurniakan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda.” [3]
Selanjutnya al-Syafi’i rahimahullah menulis: Maka tidak adalah berselawat pada tempat yang lebih utama daripada dalam solat. Kami mendapat petunjuk dari Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam dengan yang saya terangkan, bahawa selawatkepada Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam itu fardhudalam solat.[4]
Oleh itu jelaslah bagi kita bahawa berselawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah satu perkara yang disyari’atkandi dalam solat. Maka ada baiknya untuk kita meneliti hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang mengajar kita mengenai tatacara untuk berselawat yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan tasyahhud. Mempelajari cara Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan mengamalkannya adalah satu kaedah yang dituntut dalam Islamkerana beliau merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi kita semuasebagaimana firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contohikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pulamenyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dansenang).[5]
Hadis-hadis tersebut adalah seperti di bawah:[6]
Pertama: Abdurrahman bin Abi Lailah berkata: “Saya berjumpa dengan Ka’ab binAbi Lailah lalu dia berkata: “Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya dari Nabi shalallahu 'alaihiwasallam?” Jawabku: “Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku!” Dia berkata: “Kami (para sahabat)pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya)kami memberi salam (kepadamu)?” Baginda menjawab: Ucapkanlah olehkalian:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَحَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِمُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِإِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. YaAllah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkautelah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya EngkauMaha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”[7]
Kedua: Dari Musa bin Talhah, dari bapanya (iaituThalhah bin ‘Ubaidullah) dia berkata: “Kami (para sahabat) bertanya:“Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu?” Bagindabersabda: Ucapkanlah oleh kalian:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌمَجِيدٌ
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَابَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌمَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau MahaTerpuji (lagi) Maha Mulia.)” [8]
Ketiga: Dari Abi Mas’ud al-Anshari, dia berkata: “Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam datang kepada kami sedang kami berada di majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada baginda: “Allah Ta’ala telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?” Kata Abi Mas’ud: “Maka Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ucaplah oleh kalian:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
وَبَارِكْعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَىإِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَحَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, YaAllah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, atas seluruh alam sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”[9]
Keempat: Abu Humaid al-Saa’idi dia berkata:“Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu?” Jawab baginda:Ucapkanlah oleh kalian:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍوَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَإِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“YaAllah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteribeliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)Maha Mulia.)” [10]
Selain dari selawat-selawat di atas terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihiwasallam yang boleh kita dapati dari hadis-hadis yang sahih daribaginda yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan untuk tasyahhud.[11] Maka sewajarnya kita mencontohi cara bacaan yang benar-benar telahdiajar sendiri oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini sesuai dengan anjuran baginda sendiri untuk mengikuti hanya baginda di dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya: “Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”[12]
Setelah membaca hadis-hadis di atas mungkin para pembaca akan tertanya-tanya tentang perbezaan lafaz selawat dalam bacaan tasyahhud awal dan tasyahhud akhir (bagi solat yang lebihdari 2 rakaat). Keumuman hadis-hadis tentang lafaz selawat ini menunjukkan tidak ada perbezaan bacaannya dalam kedua-dua tasyahhud. Inilah juga pendapat al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm: “Bacaan selawat pada tasyahhud awal dan tasyahhud kedua adalah sama, tidak ada perbezaan.”[13]Semoga mereka yang mengaku bermazhab al-Syafi’i memperhatikan perkara ini demi untuk menjaga kesempurnaan tasyahhud dalam solat.
Setelah kita meneliti hadis-hadis yang sahih tentang bacaan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, maka jelaslah tidak ada satupun lafaznya yang disebutkan perkataan Sayyidina. Sekiranya kita telah bersetuju bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah Uswatun Hasanah(contoh ikutan terbaik) dan baginda juga memerintah kita untuk mencontohi baginda dalam bersolat, maka patutkah kita memiliki carabacaan selawat yang berbeza atau menambah perkataan-perkataan tertentu dalam lafaz yang diajar oleh Nabi shalallahu 'alaihiwasallam sendiri seolah-olah apa yang diajar oleh baginda kurang sempurna? Tentu sekali tidak! Apatah lagi Nabi shalallahu 'alaihiwasallam sendiri melarang kita memberi gelaran-gelaran yang berlebihan kepada baginda (termasuk Sayyidina) dan hanya mencukupkan kita dengan gelaran yang Allah ‘Azza Wa Jallaberikan kepadanya iaitu ‘abduhu wa rasuluhu’ (HambaAllah dan Pesuruh Allah). Ini sebagaimana beberapa hadis berikut:
عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ
سَمِعْتُالنَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
لاَ تُطْرُونِيكَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ
فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُفَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ.
Umar al-Khattab radhiallahu’anh berkata di atas mimbar, akumend engar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukan terhadap Isa anak Maryam.Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka berkatalah: Hamba Allah dan Pesuruh Allah.”[14]
عَنْ مُطَرِّفٍ قَالَ: قَالَ أَبِي انْطَلَقْتُ فِي وَفْدِ بَنِيعَامِرٍ
إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْنَا:
أَنْتَ سَيِّدُنَا! فَقَالَ: السَّيِّدُ اللَّهُ تَبَارَكَوَتَعَالَى!
قُلْنَا: وَأَفْضَلُنَا فَضْلاً وَأَعْظَمُنَا طَوْلاً.
فَقَالَ: قُولُوا بِقَوْلِكُمْ أَوْ بَعْضِ قَوْلِكُمْ وَلاَيَسْتَجْرِيَنَّكُمْ الشَّيْطَانُ.
Mutharrif bin Abdullah radhiallahu’anh berkata bahawa ayahnya pernahbersama satu rombongan dari Banu Amir pergi berjumpa Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallam. Apabila mereka tiba, mereka berkatakepada Rasulullah: “Anta Sayyidina!” (Anda tuan kami). Nabimenjawab: “Tuan kamu adalah Allah Tabaraka wa Ta’ala.” Mereka (BanuAmir) berkata lagi: “Engkau adalah yang paling mulia kemuliaannya,dan yang paling besar keutamaannya.” Rasulullah menjawab:“Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, akan tetapi janganlahsampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya.”[15]
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَجُلاً قَالَ:
يَا مُحَمَّدُ يَاسَيِّدَنَا وَابْنَ سَيِّدِنَا وَخَيْرَنَا وَابْنَ خَيْرِنَا!
فَقَالَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
يَا أَيُّهَاالنَّاسُ! عَلَيْكُمْ بِتَقْوَاكُمْ! وَلاَ يَسْتَهْوِيَنَّكُمْالشَّيْطَانُ,
أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِوَرَسُولُهُ وَاللَّهِ
مَا أُحِبُّ أَنْ تَرْفَعُونِي فَوْقَمَنْزِلَتِي الَّتِي أَنْزَلَنِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ.
Anas bin Malik radhiallahu’anh berkata seorang lelaki telah datangkepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seraya berkata: “YaMuhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuankami), Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yangterbaik di kalangan kami!” Rasulullah menjawab: “Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah 'Azza wa Jalla tentukan bagiku.”[16]
Ada pihak yang menyatakan larangan Nabi shalallahu 'alaihiwasallam tersebut bukanlah secara mutlak, ini hanyalah kesempurnaan keperibadian baginda dalam bersifat tawadhu’(merendah diri). Oleh itu penambahan Sayyidina dalam selawat itu adalah sebagai tanda hormat kita kepada baginda dan memperbaiki lagi ibadah selawat tersebut.[17] Wahai pembaca yang budiman, mustahil masih ada perkara berkaitandengan kesempurnaan ibadah yang yang terluput dari ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Subhanahu waTa'ala:
...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, danAku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakanIslam itu menjadi agama untuk kamu...[18]
|