CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5190|Reply: 11

NOVEL - SINDROM (U)

[Copy link]
Post time 1-11-2015 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lurve82 at 1-11-2015 04:29 PM

salam...ni hakak main taip2 jugak..cuma cerita ni agak struggle...sila la baca...

BAB 1

“Puan Hanis.” Jururawat memanggil nama Hanis yang sedang duduk di penjuru hujung sudut kinik Pakar Obstetrician & Gynaecologist. Hari sabtu pagi memang sentiasa penuh dengan ibu-ibu yang sedang mengandung dan ingin mengandung membuat medical check-up. Sehinggakan Hanis terpaksa mengambil nombor dahulu walaupun telah membuat temujanji.

Berat kaki Hanis melangkah ke arah pintu bilik Doktor Rahimah. Hari ini dia akan mendapat keputusan ujian darah. Berdebar rasa hati. Dia berhenti seketika dan menyedut nafas dalam. Berharap agar keputusan darahnya memihak kepadanya. Telah 3 bulan lamanya dia berulang-alik ke klinik itu. Penat, letih, kecewa usah dikira. Dengan cuti yang berbaki beberapa hari. Apa pun terjadi dia akan tetap terus berusaha.

“Assalamualaikum Doktor.” Hanis menyapa Doktor Rahimah yang tersenyum ke arahnya.

“Wa’alaikumusalam Hanis. Apa khabar? Last kita jumpa 2 minggu lepaskan? Jemput duduk,” jawab Doktor Rahimah sambil membelek buku laporan kesihatannya.

“Ye Doktor.” Terasa tidak keluar suara Hanis ketika itu. Dia lebih memikirkan keputusan ujian darahnya.

“Ini keputusan darah yang telah dikeluarkan oleh makmal. Keputusan Hanis memang sah mempunyai Polycystic Ovary Syndrome atau singkatannya PCOS. Saya dah beritahu Hanis sebelum ni kan. Sebab tanda-tanda sindrom ni ada pada Hanis,” jelas Doktor Rahimah sambil memandang ke wajah Hanis. Lemah dirasakan tubuhnya saat ini. Hampir Hanis berputus asa.

“Apa cara yang saya patut buat Doktor?” tanya Hanis mengharap pertolongan. Sedikit pertolongan agar dia dapat kekuatan dan jalan untuk memperolehi sesuatu yang sangat bernilai.

“Kalau Hanis nak cepat, tiada cara lain. Hanis perlu buat Ovarian Drilling,” balasDoktor Rahimah. Hanis melepaskan keluhan yang berat. Hanis tahu dan sedia maklum tentang prosedur Ovarian Drilling. Doktor Rahimah telah menyatakan ini adalah cara terakhir bagi dirinya. Sebelum ini Hanis telah cuba makan Clomid 2 bulan lamanya. Tetapi ovumnya tidak membesar. Insulin dalam badan telah menghalang pembesaran ovum.

Apa yang ditakuti oleh Hanis akhirnya terjadi. Kalau boleh Hanis memang tidak mahu melalui prosedur terakhir itu. Hanis tidak pernah menjalani mana-mana pembedahan walaupun pembedahan kecil. Walaupun pembedahan kecil tetapi mengambil masa lebih dari 3 jam juga. Hanis arif tentang itu.

“Look at this picture Hanis.” Doktor Rahimah menyuakan gambar yang beliau lekat di dinding. “Wanita ini baru sahaja melahirkan anaknya selepas 7 tahun berkahwin. A year after ovarian drilling.” Doktor Rahimah cuba menyuntik semangat Hanis. “You still young Hanis. Jangan cepat mengalah,” tambah Doktor Rahimah lagi. Hanis hanya menganggukkan kepala.

“I will Doktor. Nanti saya bincang dengan suami dulu,” balas Hanis. Doktor Rahimah menganggukkan kepala.

“Ok. Nanti sekiranya awak setuju untuk buat prosedur ni atau terus makan ubat, awak boleh buat call dan buat temujanji macam biasa.” Hanis sekali lagi menganggukkan kepala dan terus berlalu dari bilik Doktor Rahimah selepas bersalam dengan wanita itu.

Pulang dari klinik, Hanis masih memikirkan sama ada mahu terus membuat prosedur itu atau tidak. Duit bukanlah masalah besar bagi dirinya. Tetapi untuk melakukan pembedahan yang dia sendiri tidak pernah melaluinya menuntut kekuatan diri yang bukan sedikit. Banyak persoalan bermain dimindanya. Bagaimana sekiranya selepas itu dia tetap tidak boleh mendapat apa yang dia ingini? Sia-sia sahaja dia membuat semua prosedur.

Usai sampai di rumah terus Hanis membuka komputer ribanya dan membaca pengalaman orang-orang yang mempunyai sindrom sepertinya. Leka Hanis melayari internet sehingga lewat petang. Mengumpul sebanyak mana maklumat untuk bekalan dirinya nanti dan Hanis leka dalam dunianya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 05:02 PM | Show all posts
thnks meriahkn bod sendu.barangkli mereka bz buat amal mungkin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 06:55 PM | Show all posts
Esmiria replied at 1-11-2015 05:02 PM
thnks meriahkn bod sendu.barangkli mereka bz buat amal mungkin

Wc..mungkin ramai takut karya kne curi kot..tu yg sendu..yeah dan juga sbb beramal...kwn2 hakak ada yg letak kat penulisan2u tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 07:27 AM | Show all posts
lurve82 replied at 1-11-2015 06:55 PM
Wc..mungkin ramai takut karya kne curi kot..tu yg sendu..yeah dan juga sbb beramal...kwn2 hakak ad ...

Mesti cerpen cinta kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 08:38 AM | Show all posts

yup..novel pun ada...

hari ni agak pening kepala..try nk tmbh citer ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:14 AM | Show all posts
Sedar tak sedar hari telah menginjak ke lewat petang. Hanis mendepa tangannya ke hadapan dan ke belakang melakukan sedikit senaman ringan. Mematahkan jari jemari dan mengurut sedikit di bahu. Banyak info yang telah dia perolehi. Betul agakkannya di mana tidak semua wanita yang melalui proses OD akan dapat mengandung secara neutral. Banyak lagi prosedur yang perlu dilakukan.

Konsentrasi Hanis terganggu dengan bunyi enjin kereta di laman rumah. Terus Hanis turun ke bawah dan membuka pintu. “Assalamualaikum abang,” sambut Hanis sambil menghulurkan tangan. “Hmm..” jawab Hafif sambil menuju ke arah sofa. Tali leher direnggangkan sedikit. Terus Hanis menuju ke dapur mengambil air sejuk.

“Macam mana appointment you dengan doktor pagi tadi?” tanya Hafif sambil menyisip sedikit air. Lega rasanya. Banyak mesyuarat yang terpaksa dia hadiri hari ini. Bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat multinasional membuatkan dia perlu berjumpa dengan pembekal.   

“Nanti la I cerita. Masa dinner nanti ok.” Hafif hanya menganggukkan kepala. Hanis bertuah kerana Hafif banyak member perangsang dan kata-kata semangat buat dirinya. Wanita mana yang tidak sedih sekiranya 3 tahun berkahwin masih tidak ada tanda-tanda dia mengandung. Ditambah lagi dia yang mempunyai masalah ketidaksuburan. Pahit dan perit di telan sendiri.

Hanis sangat bersyukur kerana suaminya sanggup mengambil cuti dan mengikuti semua temujanji kerana Dr Rahimah perlukan keberadaan suaminya bersama. Ini memudahkan Hafif memahami prosedur yang dilakukan oleh isterinya. Hanis tahu jauh di sudut hati suaminya sangat mengingini zuriat sendiri. Walau apa yang terjadi Hanis tidak akan patah semangat dan mencuba apa saja cara untuk mendapatkan sesuatu yang akan menggembirakan hati mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2015 01:18 PM | Show all posts
ada typo
*member peransang


act,ank ni rezeki. Ada jugak org bhgia tnpa anak. Eceh. fefeling dewasa lak aku ni. my brother dh tiga thun kawen,still x dpt zuriat.mereka cool-cool saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 02:24 PM | Show all posts
Esmiria replied at 2-11-2015 01:18 PM
ada typo
*member peransang

hehehe...tq..syok sgt menaip smpi xsedar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 02:32 PM | Show all posts
best...good try...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 04:14 PM | Show all posts
citer ni macam kisah ipo je......

dah ada tiga parut kat perut kena tebuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cyst yg dlm ada rmbut n kuku tu ka
maaf le xtau plak ada nmpk pnjng
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 01:13 PM | Show all posts
Cerita ni dah diterbitkan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.112859 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list