View: 7860|Reply: 31
|
Novel Pendek : Dari Cari Ke Alam Nyata -Bab Lima
[Copy link]
|
|
Edited by Esmiria at 14-12-2015 10:19 PM
Novel ni ada 5 atau 10 bab.
Just a simple straight love story.
Ye,penulis rindu nak baca komen puji/kritik korang semua. Kita ulang nostalgia hujung tahun lepas ya .Hehe.Selalu diupdate.(Sebelum kiamat ni.)
Prolog
Aku memandangnya dengan perasaan kecewa sekali. Hatiku terhiris dengan pengakuan sebenarnya tadi. Kata-kata yang aku tak jangka. Tak terlintas di ruang fikiranku. 2 tahun kami berkawan. Kebenaran sudah terbongkar. Adakah ini mimpi? Tidak.Ini nyata. Susuk tubuh lelaki yang mencuri hatiku sejak berbulan-bulan lalu berdiri tegak di depanku.T-shirt biru Polo yang tersarung pada badannya disertakan dengan seluar slack hitam. Segak. Kacak. Pandangan yang menyejukkan mataku pada awal jam tadi. Entah kenapa tiba-tiba aku berasa benci melihatnya sekarang.
Aku ditipu.Rasa macam orang bodoh saja.
Mukanya nampak tenang.Namun aku dapat menghidu rasa serbasalah dalam dirinya. Anak matanya tepat merenung iris hitamku.Dia cuba senyum tetapi tidak jadi.
"Takpe. Saya faham." jawabku, senyum paksa.
Bab 1
Cari Forum menjadi tempat popular persinggahan pelayar internet di Malaysia. Tak kira muda atau tua. Bod Isu Tempatan dan Bod Gosip Artis Tempatan yang paling ’hot’ sekali. Juga,tempat untuk menyindir sesama forummer atau menghina/mengumpat si artis atau berkelahi antara mereka.Buang masa ketika lapang atau bekerja di pejabat yang berpenghawa dingin. Mengular namanya.
Di antara forummer-forummer di dalamnya. Satu nickname yang agak unik bagiku. Aku tidak bisa membayangkan bagaimana rupanya.Yang pasti, dari cara dia mengomen setiap thread isu semasa amat bernas dan berasas.Malah, ada cadangan diselitkan sekali.
Apipanas.
Ya, Apipanas. Jantina, perempuan. Seringkali, kami saling berbalas post dalam setiap isu thread semasa. Setiap kali itulah, aku berasa gembira dan seronok. Terbuai dengan permainan alam maya seketika.Dunia nyata dilupakan seketika.Seperti, kami sedang duduk bertentangan di meja dan bercakap. Mungkin pembaca novel ini pernah rasa kan?
Namun hubungan kami setakat itu saja. Tidak melarat ke mesej peribadi-whatsapp dan panggilan telefon. Sebulan begini. Entah kenapa hatiku memberontak mahu melanjutkan lagi hubungan alam maya kami. Sesuatu mengenainya membuatkan aku ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Fotonya inginku tatap.Suaranya inginku dengar. Mungkin suaranya lunak atau kasar? Sesuai dengan wajahnya yang ayu.Ayu ke? Entahlah.Pernah dia mengaku yang dia berwajah biasa saja di bod Tanya Wanita. Ketika itu, aku secara tak sengaja terklik tajuk thread ’ Mekap Bila Keluar?Perlu Ke?’
Rata-rata komen berunsurkan positif.Ada kata perlu.Ada kata tidak.Dan Apipanas mengucapkan tidak. Sebab, dia mahu kelihatan natural.Dia bukan cantik mana pun.Neutral zone face.
Mengintip pos Apipanas di setiap thread menjadi hobi aku atau perkataan lebih sesuai ialah kemestian pada setiap jam.Tekan saja Apipanas threads,maka terpaparlah senarai Topic dan Replynya. Sehingga sekarang,Apipanas tidak pernah membuka satupun topik di mana-mana Bod. Aneh.Mungkin tiada idea? Tak tahulah.
Pada satu petang Ahad,aku memberanikan diri untuk menghantar mesej peribadi kepadanya.....Aku tidak mahu tak mencuba.Rugi aku!Mana tahu ada peluang kan? Mungkin hubungan kami akan menjadi nyata.Dari Cari ke alam nyata.
Aku mengetap bibir kecilku. Mataku tepat merenung tajam ke skrin komputer riba Jenama Acer yang ku beli setahun lepas. Secawan mug berisikan milo di tangan kananku sudah tinggal separuh. Berulangkali ayat-ayat itu kubaca.
’Salam Apipanas.Boleh berkenalan?’
Isi yang ringkas tapi bermakna.Tentu Superman ada niatnya tersendiri.Tak hairan. Bukan kali pertama aku mengalami situasi ini.Mesej itu ku padam.Bimbang jika aku melayan, hatiku akan sakit sekali lagi.Minggu lepas, baru sahaja aku berpisah dengan Beng. Ya,Beng. Rasa sakit ditinggalkan masih berbekas.Sukar untuk menghilangkannya. Alasan yang diberi ialah
" Beng ada orang lain.Maafkan Beng."sebelum dia beredar pergi dari meja makan itu dengan muka selamba. Ada seorang gadis cantik dan tinggi menunggunya di depan Guardian sana. Aku lihat,mereka berpimpin tangan dan berbual mesra.Ternyata, si gadis itu berjaya merampas kekasih aku. Dia mandremkan Beng ke? Kenapa aku berkata demikian?
Kerana Beng bukan seorang lelaki yang mudah jatuh cinta. Beng pernah memberitahuku ketika kami kali pertama bertemu di warung kaki lima pada tengah malam. Aku bengang dengan kak long aku yang meleteri aku kerana menganggur(Malas cari kerja sebenarnya.Hehe) Alaah,baru grad sebulan, takkan kau expect terus dapat kerja kan? Melainkan kau guna orang dalam di sesebuah syarikat.Aku bukan begitu orangnya. Maka, syaitan mana menghasutku menyuruh aku keluar selepas waktu Isyak dan melepak di warung kaki lima sehingga tengah malam. Ditemani dengan sebatang rokok dan juga lighter. Aku tak hisap pun.Saja acah-acah letak dalam mulut macam watak Jai dalam Filem sampah tu.
Mesti kauorang hairankan kenapa aku melepak seorang? Kerana, aku tidak percaya pada sesiapa lagi.Pengalaman ditikam dari belakang oleh kawan sendiri menimbulkan trauma dalam diriku .Kepercayaanku pada orang luar runtuh serta-merta. Aku seorang dan aku happy.Senang! Tak payah fikir nak jaga hati kawan ini semua. Kita datang ke bumi dan pergi dari bumi seorang kan ?
Banyak ragam-ragam pelanggan warung aku perhati.Ada yang menjelikkan.Ada yang menggelikan hati.Juga ada yang menyakitkan hatiku.Aku diam je dalam suasana hingar-bingar. Minuman aku pun tak berhabis. Setakat air suam,aku tak hairan. Tiba-tiba, mamat sado mana entah muncul depan warung. Kerusi depan aku selamba ditarik. Sebaik melabuhkan punggung,dia meminta lighter daripada aku.
"Boleh pinjam?" dia ambil lighter biru atas meja.
"Boleh." jawabku,teragak-agak. Aku perhatikan mukanya. Ada kesan jambang baru dicukur.Misai nipis menghiasi atas bibir besarnya. Hidungnya mancung sedikit. Mataku mengalih ke anak matanya yang hitam. Kuyu matanya. Hensem, kata aku dalam hati. Aku tersenyum tanpa aku sedari. Asap rokok yang dihembus ke arah aku menyentakkanku. Amarahku terbangkit.
"Jangan hembuslah!Dahlah pinjam hak orang!" tengkingku dalam slang Kuantan. Habis terlepas rokokku ke bawah.Dia tergelak kecil.Mungkin dia perasan aku perhatikan dia tadi kot.Aku jadi malu sendiri. Mataku sempat mengerling ke arah kiri.Sahih,aku jadi tumpuan orang.Kenapalah aku tak kawal suara aku tadi.Ayoyo.
"Maaf. Beng tak sengaja."
Beng?Pelik betul nama dia. Eh nama dia ke? Ye kot.
"Okay." ujarku perlahan.Hati sejuk mendengar ucapan maaf orang.Aku pandang air suamku.Minum sampai habis. Kemudian anak mata kami bertembung.
"Nama awak siapa?"
"Napa awak nak tahu?"
"Saja.Tak nak beritahu takpe.Tak kisah."
Diam. Dia terus menyedut lagi.. Pelik pula situasi ni.Duduk dengan orang tak dikenali,membenarkan dia menggunakan lighter aku dan tak menghalaunya dari meja aku! Ada lagi meja lain kosong!Saja je dia ni!
"Nama saya ...Api."
"Api?" Beng kerut dahi. Aku senyum. Senyum mengena.
"Ya."
Takkan aku nak beritahu nama sebenar?First time jumpa ni!
"Nama betul?" Beng kerut dahi.
"Semua orang panggil saya macam tu." jujur aku katakan.
"Oh...Orang pun panggil saya Beng jugak. Semua macam tu. Nampak tak kesan jambang ni? Dulu lebat tapi rasa serabut.Beng cukurlah.Tinggal misai ni.."
Beng meramahkan diri.Bercerita mengenai dirinya. Anak tunggal yang dibesarkan oleh seorang mualaf Cina. Beng tidak tahu siapa ibu bapanya yang sebenar. Yang dia tahu,dia ditinggalkan di depan muka pintu rumah Aunty Sarah Abdullah.
"Dah nasib Beng.Nak buat macam mana kan?" responku,tak beriya.Riak sedih terpancar pada raut wajahnya. Simpati pula rasanya.Rokok tadi tidak kukutip.Biarlah.Kotor.Eii.
"Awak pula macam mana?"
"Saya?Hmm.. Saya ada dua kakak.Saya anak bongsu. Baru habis belajar. Bapa dah meninggal sebab sakit jantung.Tinggal ibu jelah." jarang sekali aku hendak menceritakan latar belakang hidupku pada orang asing. Aku merasakan keikhlasan Beng dalam bercerita tadi.Macam,dia tiada niat lain memberitahu tentang dirinya.Bukan untuk mengurat aku atau apa saja.
"At least awak kenal ibu awak.Macam Beng, tak." Beng seringai. Giginya sedikit kuning.Geli aku sekejap.
"Beng selalu lepak sini?"
"Tak.First time. Bosan.Keluar dari rumah. Jumpa warung ni.Pernah jatuh cinta?"
"Pernah.Cinta monyet."
"Hehe..Beng susah nak jatuh cinta." Beng gelak kecil.Dia hembus asap rokok ke sudut kiri. Aku tahan je baunya.
"Kenapa?"
"Tak tahu camne nak cakap. Beng bukan lelaki yang jatuh cinta pada perempuan bila kali pertama memandangnya.Beng akan jatuh cinta padanya bila Beng tahu sifat dirinya.Itupun ambil masa yang lama. Beng ada bff perempuan yang sampai kini,Beng tak pernah ada perasaan kat dia. Entahlah. Rapat manapun, perasaan tu tak wujud."
"Hmm.. Ye ke?"
"Ye.Mungkin Beng memilih orang untuk jatuh cinta?"
Kami sama-sama ketawa selepas itu.Perbualan kami berlarutan selama sejam.Kemudian kami berpisah,mengikut haluan sendiri. Sempat saling bertukaran nombor telefon.Sejak itu,kami jadi rapat.Setahun kemudian,dia meluahkan perasaannya. Dia yang telah meraih kepercayaanku ternyata tidak bertepuk sebelah tangan.
Hmm..mungkin dia sudah berubah. Mungkin dia dia seorang lelaki yang jenis cepat jatuh cinta sekarang.Kenangan kami berdua hanya tinggal kenangan.Biarlah berlalu. Tak mahu aku mengenang lagi.Aku menutup komputer riba dan baring atas katil. Selimutku tarik menutup seluruh tubuhku termasuk kepala. Dan aku mula mengalirkan air mata..
Bersambung..
Bab Kedua yang menarik menanti anda.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Es semakin menarik
|
|
|
|
|
|
|
|
waaa...karangan yang menarik. Mungkin watak bernama Beng tu Es boleh gilapkan sket...contohnya kacak, gigi putih berseri dan sebagainya. Agak penting untuk ceriakan jalan cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
gaya penulisan sudah meningkat dengan jayanya. syabbas mera betta. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab Dua
Cuaca agak buruk pada petang ini. Hujan lebat membasahi bumi Kuantan. Jalanraya pasti licin.Membuatkan pemandu dan penunggang berhati-hati ketika mengendali kenderaan. Suhu sejuk menikam tubuhku. Baru selesai kerja. Aku teragak-agak untuk balik.Bimbang badan basah dan demam. Terpaksa pula ambil mc nanti.Maka,berdirilah aku di depan pintu grill lot 24 di bangunan yang besar tetapi lama.
Kerja aku tidak hebat. Jawatan dispatch kusandang.Gaji sekadar cukup-cukup makan.Namun,aku bersyukur pada Allah.Aku masih memeluk tubuh.Sambil perhatikan keadaan sekeliling. Beberapa orang tergesa-gesa menuju ke kenderaan masing-masing tanpa payung di tangan. Aku tergelak kecil sendiri.Di saat ini,aku teringat Apipanas.
Apa dia buat sekarang?
Aku mendengus tak puas hati.Sudah beberapa hari aku menunggu balasan mesejnya. Hampa. Dia online setiap hari.Bermakna, ada dua kemungkinan.
Satu,dia tak perasan mesejku.
Dua,dia tak sudi menyambut salam perkenalanku.
Kenapa? Bukankah kami mesra sekali di laman forum? Kami tidak pernah berkelahi atau menghina antara satu sama lain. Aku perlukan sebab. Aku ketap bibir tanda geram. Jual mahal ke? Tak fahamlah kaum hawa ni.
Barangkali aku patut mencuba kali kedua?Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia,siapa tahukan? Berperibahasa pula aku ni. Takpe,malam ini,akanku menghantar mesej padanya sekali lagi. Mataku tertangkap pada satu susuk tubuh perempuan tinggi dan kurus di depan lot kedai makan sebelahku. Bercermin mata bulat dan berpakaian menutup aurat. Baru lepas makan mungkin?
Bibir ini mengukir senyuman ikhlas. Dia tidak membalas. Dipandang arah belakangnya kemudian memandangku semula.Senyumanku masih belum pudar. Akhirnya dia membalas senyumanku. Lega.
"Baru balik kerja?"
"Ye." jawabnya,sedikit kuat. Ada riak keraguan terpamer pada raut wajahnya. Pasti dia menganggap aku seorang penjahat atau lelaki gatal miang yang cuba menguratnya.Jauh di dasar hatiku, tidak ada niat.
"Kerja mana?" aku meramahkan diri.
"Dekat-dekat ni je." dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Tunggu someone ke?" dia kembali menatap wajahku.
"Ya.Tunang saya."
Perkataan tunang ditekan.Sah, perempuan ini fikir aku cuba menguratnya. Asal ramah sikit,sudah fikir macam-macam. Bukan cantik sangat pun.Muka macam Nad-artis.
"Okay." responku sepatah. Ajaib, hujan terus menjadi renyai kemudian berhenti. Sebuah kereta BMW hitam berhenti betul-betul di depannya. Tingkapnya serba gelap. Balak dialah tu. Agaknya, kereta itu dibeli cash atau ansuran? Kerja apa balak dia? Jual dadah?
Hishh..Syaitan mana menghasut aku ni. Astaghfirullah. ’Nad’ sempat senyum kepadaku sebelum masuk ke dalam kereta. Ya, aku berikan dia gelaran itu kerana mukanya.Aku tak kedekut untuk membalasnya. Senyum itu sedekah. Aku mula melangkah ke motorsikal.Kemudian,aku meninggalkan perkarangan bangunan ini.
Sudah lima hari aku tidak pergi bekerja. Tiada mood untuk mencari rezeki. Aku perlukan semangat aku semula. Laman kesukaankulah-Cari Forum yang menemaniku di kala kebosanan. Bila sudah jemu mengadapnya, aku berzikir atau membaca al-quran. Kemudian aku akan menangis mengenangkan kenangan aku dan Beng bersama. Sehinggalah aku tertidur. Makan minum aku jadi tak tentu.
Aku merenung kipas yang ligat berputar laju di siling bilik aku. Di atas katil dalam kewangian. Aku baru sahaja selesai mandi. Nyata bau sabun badan Fruitale Strawberry masih kekal pada kulit sawo matangku. Menenangkan dan mendamaikan. Bunyi pelik tetapi aku merasakan sebegitu. Tika ini,wajah Beng mengintai ruang fikiran. Lelaki yang pernah berjanji setia denganku akhirnya meninggalkanku.Sebuah kisah cinta yang tiada happy ending. Memang begitu hidup bukan? Dunia tidak adil.
Apalah si Beng tu buat sekarang? Tengah buat maksiat dengan teman wanita dia ke? Lawa katakan. Lainlah dengan aku ni. Petik jari, tiada sekumpulan jantan hensem datang.Nasib yang malang.
Malang dari segi hal cinta dan hal persahabatan. Seandainya aku bertuah dalam kedua-dua hal ini. Tentu aku tidak akan berada dalam bilik ini sekarang. Aku bersama teman-teman baikku bergelak ketawa dan bergurau. Di hujung minggu, aku akan dating dengan pakwe aku kemudian membeli cincin pertunangan. Tahun ini atau tahun depan,aku bakal menikah.
Beng pernah menyatakan niatnya untuk masuk meminangku hujung bulan ini. Alangkah gembiranya aku mendengarnya.Alih-alih, bulan ini bulan yang mengecewakan hatiku. Khabar buruk yang terpaksa aku sampaikan ke keluargaku. Siapa tidak marah anak dan adik mereka dipermainkan oleh seorang lelaki? Namun mereka baik.Bukan jenis ahli sihir yang menghantar santau kepada orang yang lakukan kejahatan pada mereka.
Tiada maaf bagi Beng.Sampai aku mati. Aku diperlakukan sebegitu rupa.Diberi harapan palsu. Sakitnya tuh di sini. Aku cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir di pipi tanpa kusedari.Satu panggilan mematikan lamunanku. Segera aku memberi salam.
"Baik dah dari demam?" soal Hanz, pengurus tempat aku bekerja.
"Ya.Isnin,boleh masuk kot."jawabku santai.Hanz menaruh perasaanku terhadapku sejak aku mula-mula bekerja di situ lagi. Sebuah syarikat yang besar-Warna Warnia. Ibu pejabatnya berpusat di Kuala Lumpur. Anak-anak syarikatnya di serata negeri-negeri Malaysia. Gaji yang aku terima disitu agak lumayan bagi seorang bujang seperti aku.Sesuai dengan kelulusanku-IT.
"Jaga diri okay.Saya risau pasal awak." suaranya garau dan dalam.
"Thanks."
Talian mati.
Hanz ialah jejaka idaman gadis malaya. Bekerjaya dan bergaya. Rupanya yang kacak menarik hati staff perempuan syarikat aku. Hanz seringkali menjadi topik perbualan mereka di belakangnya. Hanz ketahuinya namun dia tetap cuba memikatku. Aku tak melayan. Perasaan cinta itu tidak hadir. Hanz bukan taste aku.Lelaki seperti Beng ialah taste aku.
Beng orangnya santai dan tenang. Butir bicaranya mempunyai isi dan tidak sia-sia.Bukanlah angan-angan tentang kami berdua. Beng tak pernah menyentuh mana-mana anggota badan aku sepanjang kami bersama.Bergambar berdua pun tidak.Batas kami terjaga. Dia cukup menghormatiku dan amat menyayangiku.Dulu.
"Apa-apa,serah pada Illahi." ayat ini pernah diucapkan dan ia terpahat di kotak ingatanku.
"Kita hamba-Nya.Sepatutnya begitu bukan?"
"Ye ke kita mengaku kita hambanya?" Beng senyum sinis.Dia melenyek-lenyekkan puntung rokok di astray atas meja. Tabiat biasanya membawa astray setiap kali kami berdua keluar. Tak mahu membuang sampah merata-rata katanya.Aku terpaksa biasa dengan keadaan itu. Lagipula, aku terima dia seadanya. Tika ini,kami date buat kali keempat di sebuah restoran di tepi jalan.
"Maksud Beng?" aku kerut dahi tanda tidak faham.Orang lalu lalang di depan kami hiraukan.
"Lidah kita mengaku kita hambanya.Perbuatan kita kadang-kadang tak mengaku kita hambanya.Contoh paling mudah, solat. Tak solat tapi mengaku Islam. Mana roh Islamnya sendiri? Macam takde tuhan je gayanya. Adapun solat, macam tak solat sifatnya sendiri."
"Ayat terakhir tu saya tak faham?"
"Mudah. Setiap ibadah kena sah. Katakan solat tu kita sah tapi pahala solat tu kita tak dapat atas perbuatan-perbuatan kita yang lain. Contoh, mengata orang? Awak tentu tahukan?"
"Ya. Cuma ayat tu saya tak fahamlah."
Beng gelak halus.Aku senyum.
Aku meludah ke lantai.Hamba konon. Cakap tak serupa bikin.Orang yang paling teruk bagi aku ialah orang seperti Beng-hipokrit.Kenapa aku mencintainya? Dan merindukannya?
Tipulah jika aku kata aku tak tunggu panggilan dan sms darinya.Meminta maaf dan mahu kembali ke pangkuanku? Mimpi sajalah sampai kiamat.
Eh,lupa pula pakai baju.Asyik bermonolog je. Aku geleng kepala. Cepat-cepat aku berpakaian.
Aku bosan malam ini.Seusai menghantar mesej ke Apipanas yang last online sejam lepas, aku menapak keluar dari rumah sewaku. Ada dua rakan aku yang turut menghuni.Ajib dan Fafa. Mereka berdua bekerja sebagai posmen. Dua hari ini aku berkeseorangan kerana mereka pulang ke kampung di Temerloh untuk menghadiri kenduri kahwin Zul,abang Ajib.Aku dijemput Ajib tapi aku menolak.Aku benci majlis perkahwinan. Pasti soalan tipikal akan diajukan padaku nanti walhal sedara-maranya tak pernah mengenali aku.
Ajib dan Fafa bukanlah pemuda-pemuda yang baik. Akhlak rosak. Kegiatan maksiat bersama ’hadiah’ perlumbaan motor haram mereka pada tiap hujung minggu sering terjadi di dalam rumah sewa. Sebagai muslim, aku cuba menegur tetapi mereka endahkan. Aku tinggal di sini untuk beberapa bulan saja sebelum aku dapat mencari rumah sewa lain atau jika ajal menjemput mereka-aku lega. Mungkinkah?
Aku tidak tahu hendak ke mana.Kakiku melangkah mengikut naluri.Sesekali aku tertempuh orang yang turut berjalan dan aku akan meminta maaf dengan senyuman manis. Ternampak satu warung burger di tepi bangunan kemudian. Perutku berbunyi tiba-tiba minta diisi. Sempat aku pandang kiri kanan sebelum aku melintas seraya melabuhkan punggung di kerusi merah.
"Abang nak burger apa?" tanya seorang lelaki.Pembantu atau tokey. Tukang masak giat menerbalikkan daging-daging merah dan ayam di depanku. Bau masakan menusuk ke lubang hidungku. Selera makanku terbangkit.
"Daging kambing.Dua." sambil menatap signboard kuning yang memaparkan menu berserta harga. Harga berpatutan.Duit dalam poket seluarku cukup-cukup untuk membayar pesananku.Kali pertama aku mengunjungi gerai ini. Tak pernah sedar kewujudannya.
"Makan sini?"
"Ya."
15 minit kemudian, muncul ’Nad’ dan balaknya di meja sebelahku.Tak jauh tak dekat. ’Nad’ seperti lupa akanku-tidak terkejut mendapati ’lelaki miang yang cuba menguratnya di sini ketika kami bertentangan mata.Dia kelihatan asyik berbual mesra dengan balaknya. Saat lelaki sama tadi menghampiri,mereka membuat pesanan.Aku masih dengan burger kambing yang tinggal satu. Enak dan menyelerakkan.
Takdir. Aku senyum padanya. Dan dia tidak membalas kembali.Tidak seperti tempoh hari. Mengapa ya? Pasti kerana kewujudan balaknya. Aku mencerunkan pandangan ke balaknya yang sasa dan kacak serta bermisai. Lelaki itu tidak perasan akan renunganku.
"Taste good." terluah ayat itu di bibirku. Seraya, aku menatap burger aku kembali.
"Sedap kan burger sini?Lain kali kita datang lagi ya?" kata ’Nad’ pada balaknya seusai menghabiskan burger rusanya. Aku kerling saja. Tampak satu senyuman di wajah balaknya.
"Kan abang dah cakap tadi.Tak percaya. "
"Kita bungkus 6 burger rusa lagi.Boleh?"
"Boleh je.Untuk sayang,apa je."
Aku segera keluarkan telefonku untuk memeriksa notification laman Cari Forum. Lalu, aku sengih gembira.Apipanas telah membalas mesejku.Tak sia-sia mencuba.
Namanya Azrin. Muhd Azrin Bin Sulainman. Berumur 25 tahun. Pekerjaannya ialah dispatch. Wajahnya biasa-biasa saja tetapi renungan matanya agak tajam dan menikam di dalam foto yang diberikan padaku semalam. Seronok berbual dengannya. Klise,aku tahu. Mamat ni pandai menyusun kata agar aku terharu membaca mesejnya. Aku layankan dengan perasaan ragu-ragu. Lelaki dan kata-kata manis tidak boleh dipisahkan. Pengalaman dengan Beng amat memeritkan dan membuatkan aku serik bercinta.Hatiku sudah tertutup terhadap mana-mana lelaki.
Sudah genap seminggu aku dan Superman berkawan.Pun,maklumat peribadiku tidak aku dedahkan padanya.Apatah lagi foto. Orang alam maya ini sukar dipercayai. Sekali kau menunjukkan sisi diri kau sebenar dalam forum,orang akan membuat spekulasi. Gila atau penipu atau apa saja. Yang paling menyakitkan hati dan teruk sekali, ada saja si penjaja cerita menceritakan itu ini yang negatif pada setiap forummer melalui mesej peribadi pasal kau. Kau tak kenal dan berkawan dengan orang tu tetapi kau sudah menyangka itu ini berdasarkan komen-komennya di setiap thread. Aku bukan mangsanya. Cuma forummer lain yang menjadi mangsa.
"Kenapa awak tak nak beritahu nama sebenar awak?" tanya Superman pada satu petang Sabtu. Saat itu, aku sakit demam. Maka,aku tidak pergi bekerja.Forum tetap layan!
"Kenapa perlu tahu?"
"Saya dah beritahu pasal saya.Ini tak adil bukan.?"
"Awak nak berkenalan dengan saya dulu. Bukan saya."
Superman senyap buat beberapa minit.
"Hello,awak masih di sana?" aku menghantar mesej.Aku tidak mahu tertunggu-tunggu.Katakanlah kalau dia tak mahu bermesej denganku lagi. Hatinya mungkin terguris dengan kata-kataku tadi. Serbasalah aku dibuatnya.
"Ya. Memerut jap. Awak tak suka kawan saya ke?"
"Suka.Tapi saya tak percayakan awak." jujur aku taip.Dengan perasaan lega sekali.
"Awak ada trust issue ea?"
"Yup. Pengalaman dimakan kawan sendiri."
"Kalau camtu, awak dah berada dalam perut dioranglahkan sekarang.Hehe."
"Pandai-pandai je awak ni." aku gelak halus. Telefon bimbit aku kerling sekejap.Masih tiada mesej atau panggilan dari dia. Kecewa,aku tutup komputer dan tidur. Nanti saja aku membalas mesej Superman.
Superman. Nama hero dalam komik terbitan Marvel. Nama ini timbul di ruang ingatan tika memikirkan nickname yang sesuai ketika mendaftar Cari Forum beberapa tahun lepas. Sebuah laman web yang diperkenalkan oleh Jafar,rakan kolej aku kepada aku dulu. Mulanya, laman ini hanya mengisi kebosananku saat tiada assigment. Lama-kelamaan, ia menjadi ketagihan sehingga aku dibuang kolej. Kelulusan SPM yang cemerlang aku gunakan untuk memohon kerja dispatch. Ibu agak marah saat mengetahui berita itu tetapi kini dia sudah tiada. Dia pergi mengadap Illahi tahun lepas kerana dibunuh perompak ketika mencerobohi rumahnya di kampung. Hampir sebulan kehidupanku terumbang ambing.Mujur ada Ajib dan Fafa yang sudi memberi kata-kata perasang terhadapku dan menolong mengurus makan minumku. Menjadikan aku bersemangat untuk menjalani kehidupan dan tabah menghadapi ujian berat ini.Ayah aku yang merupakan penagih dadah telah dimasukkan ke dalam pusat serenti dua tahun sebelum itu sudah berubah. Dia sedih atas kehilangan ibu yang tiada galang gantinya. Aku bersyukur dengan perubahan dirinya yang semakin baik. Seringkali aku melawatnya pada setiap hujung minggu.Juga,kubur ibuku.
Seusai melakukan rutinku pada hari Ahad tersebut, aku menyinggah warung Pak Mat untuk mengisi perut dan membasah tekak. Aku hendak menyuap nasi lemak ke dalam mulut saat satu suara menyapaku dari belakang.
"Az!"
"Jafar!" anak mata kami bertemu.
Jafar kini sudah berubah. Badannya sudah berisi berbanding badannya yang kurus dahulu.Kulitnya yang gelap sudah bertukar sedikit putih.Hampir-hampir aku tak mengecamnya kerana perubahan itu. Tahi lalat yang terletak di tepi hidungnya mengingatkan aku kepadanya.
Kami berbual sambil makan. Menceritakan perkembangan hidup masing-masing. Jafar sudah menjadi pengurus di sebuah hotel 7 bintang. Isteri yang cantik dan seorang bayi berusia lima bulan di rumah teres yang dibelinya secara beransuran. Wajahnya berseri dengan senyuman yang ikhlas. Misai di atas bibir asyik diusap-usapnya. Naik rimas aku dibuatnya.
"Bila kau nak kahwin?"
"Tengoklah." responku, selamba.
"Janganlah lama-lama membujang.Takut tak sempat merasa nikmat dunia." Jafar gelak besar sehingga bergema satu warung. Eleh,usia perkahwinan baru dua tahun. Dah berlagak. Ntah-ntah bercerai nanti. Kalau kapel boleh putus.Apatah lagi kahwin.
"Untunglah kau." balasku,sengaja buat muka cemburu.
"Aku memang beruntung." Jafar gelak besar lagi. Kami sambung berbual lagi-mengenai kawan-kawan lama kami.Aku lama tak berhubung dengan mereka selepas dibuang kolej.
"Beng dah bertunang dah."
"Ye?Bila?" aku terkejut.Kerut dahi.
"Ahad lepas.Lepas raya haji,menikahlah diorang tu."
"Hishh..Aku tak tahu langsung.Asal Beng tak jemput aku?"
"Dia cari kau tapi tak berjaya."
"Sapa perempuan malang tu?"
Kami gelak sama-sama.
"Fifi."
"Fifi?Cantik? Ada gambar dia?" Aku senyum bila Jafar angguk.Dia menghulur telefon bimbitnya padaku. Foto Beng dengan Fifi di atas pelamin.Apa yang memeranjatkanku, perempuan di sebelahnya ialah ’Nad’.
Ya,Nad.
Aku telan air liur.Jafar perasan dan bertanya.
"Napa?"
"Nothing." Aku ukir senyum kembali sebaik menggeleng kepala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Santai je. malas baku sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah,thnks sudi bca.teruskn..sokong karya es |
|
|
|
|
|
|
|
aku tertanya-tanya...
'aku' dalam cerita ni laki ke perempuan? |
|
|
|
|
|
|
|
tengok tulisan tu. Kalau si aku dok ckp teringt beng, pov perempuan.
kalau si aku ckp apipanas pov guy.
Pnulis saja tak letak pov apipanas atau pov superman. Tapi penulis jarakkan perenggan bila hendak bertukar pov.
Kisah ini diceritakan berdasarkan dua pov orang.-apipanas dan superman.
fyi, pnulis guna aku ni sbb terpengaruh dengan novel akudansesuatu. Teringt kata si hakak yg novelis tu.
Dari mula hingga akhir.
guna pov Aku.
so try guna aku. Sebelum ni tak pernah guna aku.
penulis pernah tulis tiga novel sblum ni dlm ni.tapi telah dipadam.adapun satu sebab separuh tak siap dan belum dipadam.
Ada kelebihan guna pov aku,tak payah susah2 ceritakan emosi kedua-dua watak. bila guna pov ketiga, kot TERLEBIH CERITA tentang emosi salah satu watak.
|
|
|
|
|
|
|
|
gaya penulisan es dah semakin matang....good job n kipidap..... |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin ke jenguk benang ni.hmm |
|
|
|
|
|
|
|
selalu jugak baca thread es ni cuma silent reader jelah. gaya penulisan dh semakin matang berbanding masa es mula2 menulis
|
|
|
|
|
|
|
|
penulis semakin matang...dah buleh kawen dahhhh.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...terbaik la....mengamuk es nanti...benang dia suka2 je dok menyemak....
es...jangan marah aaaa.....bila nak sambung....
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe...dia tgh suka la tu...tengah senyum la tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sedng memikir plot bab tiga. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah..bila nk kawen ni...tunggu org minang ni.lol |
|
|
|
|
|
|
|
amboi...ni tahap harus kawen ke dah tahap wajib kawen?
anyways, syabas kerana gunakan dialog & suara penulis untuk menerangkan detail latar belakang watak2. |
|
|
|
|
|
|
|
ayat last x fhm.Guna dialog pnulis cmne? Itukn monolog diri diorang...
Nafsu msih terkwal... So harus kot.kehkeh. |
|
|
|
|
|
|
|
maksud beng, bila gunakan POV 1st view, watak AKU akan jadi narrator (atau penyampai cerita ) sendiri dlm babaknya. So dia akan ada dua pilihan untuk menceritakan pasal dirinya sendiri dengan menceritakan dalam kepala...atau dia bersembang ketika berdialog dgn watak lain. Yang mana satu pun cara jika digunapakai, intipatinya dan maklumat yang kritikal tersebut (nama, umur, latar belakang, tempat, dan sebagainya) tetap akan sampai kepada pembaca.
Agak boring sekiranya penyampai cerita samada penulis atau watak AKU hanya bercerita kepada diri sendiri akan namanya, umur, latar belakangnya, bentuk tubuhnya..blablabla.
So, beng nampak Es gunakan kedua-duanya sekali. Watak menyampaikan sendiri perihalnya kepada pembaca, dan juga gunakan dialog berbicara dengan watak lain untuk memberi info kepada pembaca secara lalu. Itu cukup bagus. sebab jika salah satu cara tu digunakan terlalu berterusan...ianya akan jadi boring sket. tu hanyalah pendapat sekupang beng yang tak menulis novel pun.
good job!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|