CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 1

Enam Perkara Yang Wanita Lebih Baik Berbanding Lelaki

[Copy link]
Post time 28-10-2015 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Berikut ini hasil dari pelbagai penyelidikan mengenai keunggulan wanita seperti ditulis oleh cosmpolitan:



Tulisan Tangan

Wanita mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam urusan tulis menulis berbanding lelaki. Hal ini terjadi sejak mereka kecil ketika mempelajari menulis huruf abjad. Serat-serat saraf yang mengawal kemahiran motor di otak lelaki tidak sebaik yang perempuan miliki. Pada ketika itu anak perempuan lebih baik mempelajari tulisan tangan berbanding anak lelaki.

Kesedaran untuk Makan Makanan Sihat

Universiti Minnesota melakukan kaji selidik terhadap lebih daripada 14 ribu orang yang mendedahkan bahawa wanita lebih menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang sihat berbanding lelaki. Ketika lelaki memilih pizza sejuk di dalam peti sejuk, wanita lebih memilih buah-buahan yang mempunyai lebih banyak nilai nutrisi dan rendah kalori.

Lebih Cepat Belajar

Kajian yang dilakukan Universiti Goegia dan Universiti Columbia mendapati pada dasarnya wanita punya kemampuan untuk lebih mengembangkan fikirannya. Menurut penyelidikan tersebut wanita lebih penuh perhatian, fleksibel. Jadi semasa bekerja, wanita lebih mudah memahami tugas yang diberikan berbanding rakan kerja lelakinya.

Lebih Pintar

Berdasarkan penyelidikan ujian IQ dari seluruh dunia, wanita mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian itu dilakukan oleh James Flynn yang meneliti IQ pelbagai orang di dunia bermula dari Amerika, Eropah, Kanada, New Zealand, Argentina dan Estonia. Dari keputusannya didapati IQ wanita kebanyakannya berada di atas.

Lebih Bersedia Semasa temuduga Kerja

Sebuah penyelidikan yang dilakukan University of Western Ontario mendedahkan wanita lebih boleh mengatasi stres semasa temuduga kerja. Kajian mendapati walaupun wanita lebih panik ketika melakukan persiapan temuduga, tetapi wanita lebih mempengaruhi pihak penemuduga berbanding lelaki. Hal itu tentu kerana wanita lebih mempersiapkan diri dan bersedia untuk ditemuduga.

Imuniti Tubuh Lebih Baik

Kajian yang dilakukan Universiti McGill mendapati bahawa wanita mempunyai sistem imun lebih baik berbanding lelaki. Hal itu kerana hormon estrogen di dalam tubuh membuat wanita boleh melawan jangkitan lebih kuat. Dalam hormon estrogen ada enzim tertentu yang menjadi perlindungan pertama tubuh ketika diserang bakteria dan virus. Imuniti yang lebih baik ini membuatkan wanita lebih panjang umur berbanding lelaki. Kira-kira 85% orang yang berumur lebih dari 100 tahun adalah wanita.

-wolipop.detik.com


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg xbtul ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059109 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list