CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6429|Reply: 14

Evolusi Sangkaya Daripada Ais Krim Kelapa

[Copy link]
Post time 27-10-2015 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

SANGKAYA adalah cetusan idea daripada sekumpulan pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memutuskan untuk menceburi sesuatu yang lain iaitu membuat ais krim.

Pembukaan Sangkaya yang pertama adalah di The Sangkaya SS15, Subang Jaya. Sangkaya merupakan usaha bersama oleh lima pelajar Sarjana Muda Undang-Undang dengan pengasas Sangkaya iaitu Ivy Sangrida Kaya dan John Ishak Ho, dalam melayani ais krim kelapa yang segar.

Sejarah Sangkaya

Cerita ini bermula apabila salah satu daripada rakan-rakan, Imran Sheik, 24, memutuskan untuk mencuba ais krim kelapa, bertempat di Jalan Alor, Bukit Bintang.

"Rasa ingin tahu saya membawa saya untuk mencuba ais krim kelapa dan saya suka rasa dan konsep itu. Saya bercakap kepada Ayub mengenainya kerana saya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai konsep itu," kata Imran.
Sumber : Astro Awani

Sangkaya merupakan ais krim kelapa yang boleh dinikmati dengan kepingan kelapa, kacang panggang, kacang merah, jagung manis dan nestum. Keempat-empat bahan tersebut biasanya dikenali sebagai 'topping'.

Aiskrim Sangkaya ini boleh didapati di SS15 Subang Jaya, Ampang Point, Cyberjaya, IOI Mall Putrajaya dan beberapa tempat yang lain.

Harganya juga berpatutan untuk ais krim kelapa ini iaitu RM10.50 sahaja. Dengan tiga 'scoop' ais krim berperisa vanila, beberapa kepingan kelapa dan empat bahan campuran yang boleh diletakkan sendiri oleh anda. Namun, Sangkaya juga memperkenalkan ais krim kelapa yang boleh diletakkan di atas biskut kon.

Sangat sedap! Anda harus cuba. - CARI Infonet


































Kredit gambar : Google dan Izzah Abbasy

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah try...banyak kali lalu tapi x terliur pun...lebih suka gelato
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kt tmpat i pon bru bukk, tp cm xminat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:49 PM | Show all posts
ehhh bukan RM10.50 dapat 4 scoops?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
smlm tgk kt majalah 3 mcm sdp
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 09:46 PM | Show all posts
kat kelana jaya ada gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2015 11:12 PM | Show all posts
Dah makin banyak cawangannya sekarang.  Benda tengah ni sekarang memang le dapat sambutan macam yg letak dalam pasu tu dulu.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla tp xde la sampai teringat2 nk 2nd round..baskin pecan praline tetap dihati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke BR. Tapi kalo aiskim nih bagi free, bella makan je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 10:33 AM | Show all posts
ni semua bermusim je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mahal
murah lg hok kt kelantan eskim dlm kelapa pandan tu baru 5 riya jahhh
terliur tgk majalah 3 tunjuk.
dlm byk2 eskim tu yg penah iols mkn eskim malaysia ngn pops malaya je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:28 PM | Show all posts
semua ciplak idea dari siam, kat gerai di medan mara padang besar RM5 ajerr.... aku lebih berminat nak tahu yang mana satu awek Ivy Sangrida Kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:00 PM | Show all posts
boleh buat sendiri je kat rumah.. ongkos pun murah je.. mahal nau nak bali.. xpuas

Sebab duk viral, tu mengada nak try tu.. hiks
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 06:07 PM | Show all posts
ok la aiskrim die, tapi yg nyampah tu klo g kt ampang point tukang ceduk tu scoop mmg kaw kaw punya,
klo ioi tgk org ramai ke x klo xramai boleh dpt bnyk gak,
yg plg tak best central market, walauweeii kedekut gile, ngam 1 scoop tu je,
itu pun kdg2 ade yg lompong tgh.. hahahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070925 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list