CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3373|Reply: 7

8 Perkara Ini Akan Buat Dia Mula Hilang Minat Kepadamu

[Copy link]
Post time 23-10-2015 07:51 PM | Show all posts |Read mode


        Tahukah kamu ada 8 pekara dalam perhubungan yang boleh menyebabkan si dia hilang minat dengan kamu. Nak tahu apakah antaranya?

        Jom ikuti penulis berkongsi pada kamu apa pekara yang harus kamu 'take note' sepanjang kamu masih bersama si dia.

        1# KISAH SILAM
        Mungkin niat kamu hanya untuk bercerita ataupun sengaja  ingin buatkan si dia cemburu, tetapi bila dah terlalu kerap si dia akan mula muak dengan cerita basi kamu itu dan besar kemungkinan ia akan menjengkelkan.

        Jadi berhenti bercerita tentang kisah silam kamu. Anggaplah segala yang sudah berlalu itu sebagai sejarah. Usah di kenang apa-apa lagi. Inilah masanya untuk kamu bina hidup baru tanpa di bayangi oleh cinta silam.

        2# MASALAH BERAT BADAN
        Pekara yang paling menjengkelkan lelaki adalah apabila si kekasih hatinya asik berkata “you, I dah gemuk kan!” atau “I tau lah I dah gemuk, you mesti  tak sukakan I lagi kan!” kerana bagi mereka niat mereka bersamamu bukanlah kerana fizikaliti tetapi kerana cara kamu membawa diri kamu.

        3# JARAK JAUH
        Cuba pikirkan sejenak pernahkah kamu berkata “Saya rasa hubungan kita tak akan kemana sebab awak jauh kat sana”? kalau pernah, jangan sesekali jadikan jarak sebagai penyebab kamu berdua tidak boleh bersama.

        Percayalah kalau ada jodoh sejauh mana sekalipun kamu pergi, satu hari nanti kamu pasti akan bersama juga. Jadi lupakan alasan ‘jauh’ itu.


        4# TERLALU KEPEREMPUANAN
        Bukan bermaksud kamu perlu menjadi seperti lelaki, tetapi bila kamu terlalu mengikut ‘jiwa perempuan’ yang kamu miliki itu contoh seperti merajuk, mengedik, mengongkong, cemburu buta dan macam-macam lagi siapa yang boleh tahan kan?

        Sekali dua mungkin nampak comel tetapi kalau dah sehari tiga empat kali kamu merajuk itu dah menjengkelkan! Lelaki suka perempuan yang ‘kalis peluru’ dan lasak, mereka lebih mengagumi perempuan seperti ini, jadi apa kata cuba buangkan sifat terlalu keperempuanan kamu itu .

        5# TERLALU BERCAKAP SOAL HATI
        Mungkin bagi kamu bila terlalu banyak bercakap soal hati itu menunjukan kamu seperti seorang yang benar-benar sedang jatuh cinta. Tetapi tidak bagi lelaki.

        Mereka akan terasa jemu jika kamu kerap sangat bercerita tentang soal hati. Paling memalukan bila dia mula akan cakap “Ehhh desperatenya perempuan ni”

        6# SUKA BUAT PERBANDINGA
        “Ohhh sekarang awak pilih mana satu yang awak nak saya ke kereta awak”. Secara jujurnya pernah tak korang bercakap macam ni pada si dia? Jika tidak, elakan dari bercakap seperti itu.

        Lelaki memang tidak suka bila dia terpaksa membuat pilihan kerana mereka memang tidak reti memilih. Jadi, lupakan perkataan-perkataan yang menyebabkan si dia 'terpaksa' membuat sebarang keputusan atau pilihan.

        7# TAK FIKIR TENTANG APA YANG DIA RASA
        Kadangkala, bila kamu stress atau marah, kamu hamburkan sahaja apa yang kamu rasa kepada dia. Memang, apa guna pasangan jika bukan tempat untuk meluahkan perasaan. Tapi, fikirkan juga kondisi dia ketika itu, jangan fikir tentang diri sendiri saja.

        8# TAK DENGAR NASIHAT
        Salah satu ketakutan lelaki ialah jika dia memberi kamu nasihat yang baik tapi kamu langsung tak endah atau tak dengar kata-katanya. Kamu lebih suka mengambil nasihat daripada pada apa yang kamu baca di media sosial.

        Mungkin, sampai satu masa, si dia akan mula give up dengan dirinya sendiri kerana apa juga yang dia lakukan tak mampu untuk mengubah sikapmu itu.

remaja



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sbnarnya ni semua terpulang pd hati..
kalau dah mmg dia suka kita gila2..
kita buat apa pon yg salah..dia tetap suka..
ataupon..
kita suka dia..buatlah baik camna pon..
dia tetap tak pandang kita..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki jgn ingat dia punye rules je terpakai.
Perempuan pun blh bg rules jugak.
N kami bkn perempuan sendu zmn dahulu kala.
Meratap mwnghiba menunggu jantan hawau.
No, kami juge berani meninggal kan yach.
Rasain lho.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-10-2019 06:42 AM
Lelaki jgn ingat dia punye rules je terpakai.
Perempuan pun blh bg rules jugak.
N kami bkn peremp ...

Your own parents experience?wanita zaman dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 11-7-2019 08:01 PM
sbnarnya ni semua terpulang pd hati..
kalau dah mmg dia suka kita gila2..
kita buat apa pon yg sal ...

Nawaitu iteeww kalau kerna DIA,nothing else matters...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bersyukur dia seorg insan yg sungguh setia ..segalanya ada pada dia yg pasti menjadi impian semua wanita..baik dan hensem mcm stinger
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger79 replied at 27-10-2019 07:55 AM
Nawaitu iteeww kalau kerna DIA,nothing else matters...

macam lagu ni kan...suka kan...
ari ni takmo jiwang..kita rock ye..

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 27-10-2019 10:16 AM
macam lagu ni kan...suka kan...
ari ni takmo jiwang..kita rock ye..

Rok lives on.....

Hukhukhuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.359939 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list