View: 3227|Reply: 15
|
Perkhidmatan Hospital Kerajaan India Yang Amat… Sadis
[Copy link]
|
|
Perkhidmatan Hospital Kerajaan India Yang Amat… Sadis Oct 22, 2015 38
0Shares
SEBUT sahaja hospital kerajaan, boleh dikatakan ramai yang beranggapan perkhidmatan diberikan kurang memuaskan selain masa menunggu yang tidak munasabah lama.
Perkara seperti staf hospital tidak mesra, buat kerja perlahan dan fasiliti tidak lengkap sudah acap kali didengar.
Bagaimanapun, tanggapan mengenai hal ini telah diperjelaskan dengan sebaiknya oleh seorang doktor, yang turut berkongsikan pengalamannya selama 9 tahun bertugas di hospital kerajaan menerusi artikel yang pernah kami siarkan di bawah.
Mengapa Perkhidmatan Hospital Kerajaan Lambat? Ini JawapannyaBagaimanapun demi memberikan anda lebih lagi rasa ‘syukur’ terhadap kemudahan hospital kerajaan di negara ini, jom lihat luahan seorang pengguna Facebook bernama Farith Zul mengenai hospital di India yang dikunjunginya baru-baru ini.
Semoga perkongsian ini akan buat kita semua lebih membuka mata…
Hospital atau Rumah Hantu ?!
Mimpi Ngeri malam tadi…
Pertama kali saya menjejaki hospital India hari ini … Mendapat khabar sahabat sebilik saya daripada Thailand kemalangan jalan raya … Kejadian berlaku selepas Maghrib … Saya dan seorang sahabat lagi terus bergegas ke hospital …
Sampai d sana kami tidak d benarkan masuk walaupun hanya d ruang menunggu … Saya melihat kawasan luar hospital penuh dengan orang ramai yg menunggu d luar … Kebanyakkan mereka bermalam d situ beralaskan plastik dan kain …
Mengikut peraturan hospital , tidak semua orang boleh masuk ke dalam hospital utk melawat pesakit … Walaupun daripada keluarga sendiri … Mungkin juga d sebabkan ingin mengurangkan kadar kesesakan yg sememangnya negara India d banjiri bilangan penduduk yg sangat ramai …
Setelah lebih setengah jam menunggu d luar dalam keadaan duduk mencangkung dan berdiri , barulah kami d benarkan masuk oleh pihak sekuriti hospital dengan wasilah sahabat² kami yg lain yg lebih dahulu berada d dalam hospital …
Allahu … Sedih dan sebak melihat keadaan sahabat saya yg terbaring dengan lumuran darah d jubahnya d atas katil hospital yg keras masih dalam keadaan tidak sedar … Saya pun tidak faham keadaan hospital ini … Seingat saya tidak ada satu pun katil pesakit yg d perbuat daripada span tilam … Semuanya sama hanya sebuah katil beroda d perbuat daripada besi secara keseluruhan …
Pengurusan pihak hospital sangat² buruk ! Kami terpaksa menunggu selama sejam hanya utk mengetahui keputusan doktor mengenai keadaan sahabat saya itu … Tidak mahu menunggu lama , kami terus berjumpa doktor pelatih yg ada d situ … Sebenarnya kesemua doktor d situ adalah doktor pelatih yg masih belajar …
D sebabkan darah masih mengalir walaupun telah mendapat jahitan , maka kami ingin mengetahui keputusan doktor keadaan sahabat kami itu … Akhirnya doktor tadi mengarahkan kami utk naik ke tingkat 1 dengan membawa sendiri sahabat kami yg cedera itu menggunakan katil tersebut !
Pelik ! Tapi itulah hakikat pengurusan hospital d sini ! Kami mengusung katil sahabat kami ke tingkat satu … Menunggu 20 minit … Setelah itu doktor bawa sahabat kami ke bilik pembedahan … Setelah d periksa doktor memaklumkan bahawa jahitan tadi harus d buka semula memandangkan darah beku masih belum d cuci oleh doktor tadi sebelum d jahit ! Maka pembedahan seterusnya d buat semula … Menunggu setengah jam …
Selepas itu , doktor cek keputusan x-ray … Doktor arahkan kami buat semula x-ray d sebabkan x-ray yg d buat adalah salah ! Kecederaan berlaku sebelah kiri tetapi juru x-ray telah buat scanning pada sebelah kanan ! Saya tepuk dahi campur panas hati ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami tadi ..
Menunggu giliran selama 20 minit lagi … Darah masih mengalir ! Selepas menunggu tiba giliran kami … Kami masuk bilik x-ray … Tunggu juru x-ray minta bantuan angkat sahabat kami kerana kami bukan jururawat dan tidak tahu cara mengangkat mangsa yg cedera … Juru x-ray berkeras tidak memberi bantuan kerana ini sudah jadi prosedur mereka katanya ! Kami berlapan terpaksa mengangkat sahabat kami pindahkan dari katil ker tempat scanning !
Menunggu lagi sejam keputusan x-ray ! Selepas menunggu , keputusan x-ray menunjukkan terdapat sedikit keretakan pada tulang pinggang sahabat kami ! Doktor minta kami naik semula ke tingkat satu ! … Maka kami pun mengusung sahabat kami ke tingkat satu … Sampai tingkat satu , kami serahkan keputusan x-ray tadi kepada doktor …
Menunggu lagi satu jam utk mengetahui keputusan doktor apa yg kami perlu lakukan seterusnya ! Selepas menunggu doktor maklumkan bahawa apabila berlaku keretakan maka mereka tidak perlu jahit dan terus d bawa ke wad orthopaedic d tingkat bawah ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami ! Pansss !
Sampai d wad tersebut barulah mereka berikan rawatan yg sepatutnya … Alhamdulillah … Itu pun setelah seorang senior doktor mereka datang atas arahan pakcik kpd sahabat saya keturunam India daripada England yg merupakan seorang Naib Cancelor di sebuah universiti di Lucknow …
Perit , perit dan perit ! Hati saya remuk dan insaf setelah berada d hospital itu hanya selama 5 jam ! Keadaan yg kurang bersih dan layanan yg kurang mesra ! Yer la … Hospital kerajaan … Itu pun kena bayar juga ! D sebabkan kawasan hospital yg tidak cukup juga , ramai pesakit terpaksa terbaring menunggu d luar wad pesakit !
Sebenarnya ada juga hospital yg menyediakan perkhidmatan yg lebih baik dan high class tapi selalunya ia hanyalah hospital swasta … Bayaran sangat mahal !
Ya Allah ! Taubat la saya masuk hospital tu lagi … Apa pun banyak hikmah yg saya perolehi malam ini … Dan pengajaran yg paling besar saya dapat adalah belajar utk bersyukur ! Syukur lahir dan hidup d Malaysia !
Secara jujur sebenarnya saya ada terfikir utk hidup d India membina rumahtangga d sini … Namun selepas malam ini melihat keadaan hospital itu sahaja telah membuatkan saya berfikir berjuta kali utk menetap d sini !
Allahu ! Syukurrrr ya Allah !
Mohon doakan sahabat saya agar dia cepat sembuh segera !
# saya belanja hasil tangkapan tadi … Lihatlah suasana mereka d sini , bandingkan dgn nikmat yg Allah SWT beri pada kita d Malaysia !
– MYNEWSHUB.CC
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke sini kalau tunggu pun dalam beza 2 jam je dari India ke |
|
|
|
|
|
|
|
set tabligh ke...
p hospital marhaein nak dilayan mcm class kaya2...silap byk le... |
|
|
|
|
|
|
|
nak banding malaysia dgn india, memang jauh beza...kekekeke, masa pun dah lambat 4jam
banding isu jamban pun dah le..ada yang minta jamban sebagai hantaran....lu fikir la sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
hmm pakai jubah putih.... hmmmm
india mmgla.. ni geng macai ke apa..
msia pun kna tggu lama, doc pun bkn bagus sgt pun kecuali doc pakar..
nurse pun yg senior2 kira ok lg.. ade gak yg garang ntah apa2..
tp yela... msia dibandingkan dgn negara low class, menang malaysia la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas kes yg bayi mati kena gigit tikus kat spital kat india tu mmg tau la mcm mana spital kat sana
rumah hantu pun kalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Expected le jadi sebegitu bukannya negara maju yang cukup kemudahannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Penuh drama... sbb tu kalu tgk filem2 dorg berpising2 gtu..sbb mmg gtulh realiti kehidupan dorg |
|
|
|
|
|
|
|
india kan ada kasta mommy..
ni hospital low class punya kasta..
adik saya masuk hospital kat sana, seorang dia duduk sebilik,
pas2 peneman pun ada katil dlm bilik tu..
nurse kejap2 datang, sembang2..
mri mlm2 pun buat..xtangguh mcm kita tunggu office hour..
rawatan murah..pakar hebat, kita ada doc pakar, depa ada super pakar,
cuma depa negara mundur, ubat2 terkebelakang
(nanti saya citer gini, ada pula yg sakit hati..kutuk kata p belajar negara hitam,x p ng putih)
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 replied at 22-10-2015 07:52 PM
india kan ada kasta mommy..
ni hospital low class punya kasta..
Sampai skrang kan mak wa masih ada kasta2 ni... ? Kesiannya..
Hahahaha..yg kutuk2 tu abaikan... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai kiamat kut...
tempat makan berkasta,
shopping pun ada kasta, kasta rendah beli la tmpat miskin..
kasta tinggi shopping dilayan mcm raja..kasta rendah xleh masuk tmpat shopng kasta tinggi
xde layan diri macam kita..
cuma kita orang luar dia tanya la berapa budget kita ada..so dia bawa la kat tmpat yg mana patut..
yang kaya giler2 kaya..yg miskin giler2 miskin,si miskin sembah la si kaya ni
dah la negara miskin..
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 replied at 22-10-2015 09:08 PM
sampai kiamat kut...
tempat makan berkasta,
Kalo pelajar india yg belajar sana atau india msia yg bercuti sana cmne layanan org tempatan tau dak..yelah dorg tgk x kasta ke apa ke..msia ni x nmpk sgt kastanya india ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Eee ngeriya kalo diri sendiri experience mcm ni...dah laa skt pastu slh xray lg, tu blom naik turun naik turun dah mcm senaman kt spital tuh..issshhkkk skeri |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah la tanya dia pulak..
agaknya india malaysia gi sana yang kasta tinggi juga kut...
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur dilahirkan di malaysia nan permai. Gitu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|