Oleh Adib Za
Letih dengan keadaan berjerebu yang nampaknya tak nampak lagi tanda-tanda nak 'menghilangkan diri'.
Bukan sahaja mengaburkan pandangan, malahan menyesakkan nafas dan membuatkan ramai yang jatuh sakit dek kerana terhidu udara yang penuh dengan partikel-partikel kecil itu.
Maka, tak hairanlah di kala ini lambakan produk 'air purifier' diiklankan sana sini. Kononnya membantu anda membersihkan udara di dalam rumah dan juga ruang pejabat.
Namun, tunggu dulu. Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang alami, ketika inilah ambil peluang untuk membawakan elemen semula jadi itu dalam rumah dan juga pejabat.
(Sumber foto: Tumblr)
Tahukah anda terdapat beberapa jenis tumbuhan yang sememangnya berfungsi 'membersihkan' udara, dan berita baiknya, ia sangat mudah didapati dan ditanam dalam rumah! Tumbuhan 'indoor' sebegini memang sangat membantu anda di kala cuaca berjerebu ini.
Bukan itu sahaja, dengan adanya elemen hijau ini berhampiran anda, ia mampu mengurangkan stress dan menjadikan anda lebih sihat. Satu kajian pada tahun 2008 oleh pengkaji Belanda, tanaman indoor yang diletakkan dalam bilik pesakit, menurunkan paras stress mereka berbanding yang tidak memiliknya. Menarik, bukan?
Jom lihat senarai tumbuhan indoor yang anda boleh anda jadikan 'penapis udara jerebu' di dalam rumah dan pejabat:
1. Aloe Vera/ Lidah Buaya
Bukan sahaja jelinya yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, namun tumbuhan ini sendiri berfungsi 'menyedut' pencemaran udara dalam rumah termasuklah bahan kimia yang terdapat di udara dan yang terhasil daripada produk pencuci.
(Sumber foto: vomedia)
2. Snake Plant/ Lidah Mak Mentua
Cantik diletakkan di sudut dalam rumah, tumbuhan ini mampu menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen ketika hari malam. Menjadikan bilik anda ekstra bersih dan segar.
(Sumber foto: Gearpatrol)
3. Bamboo Palm/ Buluh hiasan
Buluh hiasan ini telah termasuk dalam senarai tumbuhan pembersih udara oleh NASA dengan markah 8.4. Ia mampu membersihkan benzene dan juga trichloroethylene.
(Sumber foto: bobvila)
4. Spider Plant
Memang selalu dijumpai di kebanyakan rumah, namun ia bukan sekadar menjadi hiasan, malah turut tersenarai sebagai tumbuhan pembersih udara oleh NASA. Ia mampu melawan pencemaran udara seperti benzene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene.
(Sumber foto: houselogic)
5. Money Plant/ Sireh Puteri
Tumbuhan ini mampu memurnikan udara selain mengatasi pencemaran bahan kimia formaldehyde yang terdapat di udara.
(Sumber foto: princelanscape)
Baca selanjutnya: Impiana, Huffingtonpost |