Edited by eddlisa_uyuk at 14-10-2015 09:02 PM
GELAGAT pengasuh lelaki yang bekerja dengan seorang majikan wanita menjaga dua orang anaknya menjadi paparan dalam drama Manny, siaran slot Chamsarang di TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 6.30 petang.
Lee Han (lakonan Seo Ji Seok) merupakan seorang pengasuh kanak-kanak dari New York, Amerika Syarikat. Dia pulang ke Korea untuk melancarkan buku tulisannya yang mengisahkan tentang tip mengasuh anak-anak kecil.
Selepas berlaku beberapa insiden yang tidak diingini, Lee Han terpaksa mencari kerja baru dan berjumpa dengan Seo Do Young (Choi Jung Yoon) yang merupakan seorang janda anak dua. Lee Han bekerja dengan Do Young mengasuh dua anak wanita itu, Eun Bi dan Jung Min.
Do Young adalah seorang wanita bekerjaya, prihatin terhadap anak-anak namun gagal mengawal sikap marahnya. Dia sering tertekan dengan tugas-tugas di tempat kerja dan ragam yang berlaku di rumah sendiri.
Choi Jung Yoon memainkan peranan sebagai ibu tunggal bekerjaya.
Ternyata bakat Lee Han sebagai seorang pengasuh telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Eun Bi dan Jung Min. Dalam diam, Do Young menyukai Lee Han dan kakaknya juga iaitu Janice turut menyukai lelaki tersebut.
Lee Han menjadi rebutan antara Do Young dan Jenice.
Do-young hanya memendamkan perasaan kerana rasa rendah diri dengan statusnya sebagai seorang janda dan tidak mahu melukai hati kakaknya sendiri. Apa lagi Jenice banyak membantu sebelum ini.
Lee Han berjaya memikat hati anak-anak Do Young.
Seo Ji Seok merupakan pelakon usia 34 tahu yang mula popular sekitar tahun 2007 menerusi drama Pure In Heart yang mana dia juga diiktiraf sebagai pelakon lelaki terbaik KBS Drama Awrads. Dia berkahwin dengan kekasihnya pada May 2013.
manggaonline
|