CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 0

Rahsia Hubungan Suami Isteri

[Copy link]
Post time 8-10-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode
                    Hubungan seks di antara suami isteri adalah di antara rahsia rumahtangga yang mesti dipelihara. Berkenaan isu ini, terdapat sebuah riwayat di mana Asma’ binti Yazid berkata bahwa dia berada di sisi Rasulullah sementara para lelaki dan wanita juga duduk di sisi baginda. Baginda bersabda: “Mungkin salah seorang lelaki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya, dan mungkin seorang wanita menceritakan apa yang dilakukan bersama suaminya?”
       
        Orang-orang pun terdiam, lalu aku (Asma’) berkata: “Benar, Demi Allah! Wanita-wanita itu menceritakannya dan para lelaki juga melakukannya.” Kemudian baginda bersabda: “Janganlah kalian melakukannya, ia seumpama syaitan lelaki yang bertemu dengan syaitan perempuan di tengah jalan, kemudian mereka melakukan hubungan seks sementara orang-orang melihatnya.”
       
        Hadis ini menunjukkan kehinaan suami mahu pun isteri yang menceritakan kepada orang lain berkenaan hubungan seks mereka. Ia umpama syaitan yang melakukan hubungan seks di tengah jalan sehingga dapat dilihat oleh orang ramai. Sesiapa yang memahami perumpamaan ini pasti akan menjauhi perbuatan menceritakan rahsia bilik tidur kepada orang lain.
       
        Pengecualian diberikan kepada pasangan yang mengalami masalah berkaitan hubungan seks, lalu mereka dibolehkan untuk berbincang dengan doktor atau pakar rujuk dalam bidang hubungan seks.

       
                                       
pesonapengantin
                           

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.033600 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list