CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1304|Reply: 0

Tip Lamar Pasangan

[Copy link]
Post time 7-10-2015 04:40 PM | Show all posts |Read mode
                    Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta, ingin menamatkan zaman percintaan dengan perkahwinan. Namun, ada juga yang baru kenal tidak sampai sebulan sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga. Bahkan ada juga yang bertemu jodoh atas kehendak keluarga.
       
        Di saat sang kumbang berkata-kata untuk melamar si bunga, pasti saat itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Ianya sentiasa berdua. Namun ada juga si lelaki yang takut untuk melamar gadis pujaan hatinya. Alasan mereka, takut ditolak. Pepatah orang tua mengatakan belum cuba belum tahu. Jom ikuti beberapa tip mudah melamar pasangan anda.
       
        1.BUNGA
        Bunga memang sinonim dengan pasangan bercinta. Lebih-lebih lagi mawar merah yang melambangkan kehangatan cinta dan kasih sayang. Namun, ada juga wanita yang tidak menyukai mawar. Cara terbaik, belilah bunga kegemarannya. Selitkan sekeping kad berbentuk hati yang bertulis “sudikah kau jadi suriku?” Selepas itu lihat reaksinya. Kalau dia kelihatan teruja, teruskan melamar dengan kata-kata.Pasti dia akan sudi dengan lamaran anda itu.
       
        2.MAKAN MALAM ROMANTIS
        Sebelum anda melamar, cuba pilih satu tempat atau lokasi paling romantis untuk anda berdua. Pilih meja yang sedikit jauh dari orang ramai supaya anda berdua selesa. Pastikan anda menempah terlebih dahulu menu kegemarannya supaya anda berdua tidak tertunggu-tunggu makanan terhidang di meja. Ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan debaran di dada. Di kala alunan muzik perlahan dimainkan, disertai cahaya lilin dengan suasana romantis, teruskan dengan kata-kata anda untuk melamar pasangan anda.
       
        3.JUMPA ‘BAKAL’ MERTUA
        Perkara yang paling penting yang harus ada dalam diri seseorang lelaki adalah keberanian dan kesungguhan. Tunjukkan kesungguhan anda dengan berjumpa keluarga pasangan anda. Cuba ambil hati kedua ibu bapanya. Katakan anda ingin mengambil anak mereka menjadi suri dalam hidup anda. Pasti keluarganya yakin untuk menyerahkan anaknya kepada anda. Jangan lupa! Jaga adab dan percakapan anda.
       
        4.JADI KREATIF
        Antara perkara yang paling disukai wanita ialah apabila pasangannya kreatif dalm proses pelamarannya. Sebagai contoh, ketika anda keluar berjalan-jalan dengan pasangan anda, hadiahkan sebiji belon padanya. Mungkin kedengaran agak kebudak-budakan, namun apabila dia melihat ada sebentuk cincin diikat pada tali belon tersebut, pasti beliau tersenyum bahagia. Beri kejutan dengan meletakkan beberapa jambak bunga di dalam but kereta anda. Pura-pura ingin mengambil sesuatu dan minta si dia mengambilkannya. Jika anda tidak mahu menggunakan cara seperti ini, anda juga boleh menggunakan cara lain mengikut kreativiti anda.
       
        5.JADI DIRI SENDIRI
        Cubalah jadi diri sendiri semasa melamar pasangan anda. Buktikan dengan diri anda sendiri anda mampu menjaga pasangan anda sebaik mungkin. Dari senyuman anda, cara pergerakan dan cara menuturkan kata-kata, cubalah jadi seperti biasa. Ingat! Sekiranya anda menjadi orang lain, pasti kelihatan lebih buruk dimatanya. Jujur dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Anda pasti boleh lakukannya!
       
                                                                   
               
                                                                                                                                pesonapengantin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034130 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list