View: 1231|Reply: 0
|
Perkahwinan Satu Perjuangan
[Copy link]
|
|
“During our time, when something is broken, we fix it. We don’t throw it away and get something new” (Pada zaman kami, apabila sesuatu benda itu pecah, kami membaikinya. Kami tidak membuangnya dan mendapatkan yang baru).
Diterjemah ke alam perkahwinan, ia bermaksud apabila berlaku perpecahan, perselisihan, pergaduhan atau tidak sefahaman di antara suami isteri, berusahalah untuk memperbaikinya. Jangan terus bercerai dengan masing-masing mencari pasangan hidup yang baru.
Setiap pasangan hendaklah belajar cara-cara memperbaiki cabaran rumahtangga. Bercerai dan mencari pasangan baru tetap akan berakhir dengan perceraian juga kerana cabaran rumahtangga tetap akan wujud sementara cara-cara memperbaikinya masih tidak diketahui. Ini kerana perkahwinan bukan sekadar perjuangan, tetapi perjuangan yang berterusan.
Namun jadikanlah perceraian itu alternatif terakhir setelah pelbagai usaha dilakukan bagi memelihara perkahwinan. Usah terlalu cepat hendak bercerai sebaik sahaja muncul satu dua cabaran rumahtangga. Sebesar mana cabaran rumahtangga, pasti ada cara selagi mana kedua-dua pihak mahu bekerja keras mencari solusi tersebut.
Apabila menghadapi satu konflik suami isteri, nescaya konflik tersebut akan bermain-main di fikiran. Tidak cukup dengan itu, konflik tersebut akan berkembang dan berganda hasil hasutan buruk yang dimasukkan oleh syaitan. Oleh kerana itulah sudah menjadi satu kelaziman apabila pasangan suami isteri berkonflik berkenaan satu perkara, ia akan berkembang kepada pelbagai perkara yang lain. Dari sini masing-masing akan beranggapan bahawa konflik lebih banyak atau lebih besar berbanding kesefahaman, kesengsaraan lebih dominan berbanding kebahagiaan, sehingga perceraianlah jalan yang sesuai.
Oleh itu apabila menghadapi satu konflik, segeralah berusaha untuk menyelesaikannya sebelum ia berkembang dengan lebih parah. Jika satu konflik itu sukar dicari penyelesaiannya, berfikirlah kebaikan-kebaikan bersama yang ada. Seandainya keburukan melebihi kebaikan, nescaya kalian tidak akan berkahwin pada asalnya.
Oleh itu wahai para suami, jika kalian membenci isteri kalian sehingga ingin menceraikannya, maka ingatlah kembali masa-masa manis bersama. Nescaya masa-masa manis tersebut jauh lebih banyak berbanding masa pahit. Wahai para isteri, jika kalian menyampah kepada suami sehingga ingin meminta cerai, maka ingatlah kebaikan-kebaikan bersama. Nescaya kebaikan-kebaikan tersebut jauh lebih banyak berbanding keburukan.
Ingatan ini hendaklah lebih khusus ditujukan pada zaman awal, zaman sebelum berkahwin ketika baru berkenalan dan cenderung kepada satu sama lain sehingga ke zaman baru nikah ketika cinta mula memutik. Sudah tentu ia dipenuhi dengan keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan.
-pesonapengantin-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|