View: 1198|Reply: 0
|
5 Pekara Kamu Tidak Patut Kata Padanya!
[Copy link]
|
|

Girls, jangan terkejut! Sungguh pun lelaki nampak kasar dan ‘kalis’ dari segalanya, sebenarnya hati mereka jauh lebih sensitif dan ‘halus’ dari seorang gadis. Kami tekankan 5 pekara yang tidak patut kamu bangkitkan dalam perhubungan melainkan kamu lebih suka hidup dalam hubungan yang sering bergolak dan berpecah-belah.
# 1 : “It’s So Cute”
Jangan sesekali kata kekasih kamu itu comel melainkan dia memang mempunyai wajah yang ‘jambu’ kerana perkataan comel itu menunjukan sesuatu yang lemah-lembut dan kecil. Girls, ketahuilah lelaki tidak suka dilabelkan sebagai seorang yang kecil.
# 2 : “Nanti bila kita dah kahwin..”
Ya, mungkin kamu anggap itu sebagai perancangan tetapi bagi seorang lelaki mereka menganggap itu sebagai satu ‘arahan awal’ dari kamu. Keadaan seperti ini akan menyebabkan lelaki tersebut rasa ‘terperangkap’ dan akhirnya cuba mencari kebebasan. Oleh itu, elakkan daripada selalu dan terlalu bercerita tentang masa depan dengannya.
# 3 : “Ayah saya...”
Jangan sesekali cuba bandingkan pasangan kamu dengan bapa kamu. Walaupun hakikatnya ayah kamu memang seorang yang hebat. Tindakan kamu ini akan menyebabkan si dia rasa kerdil dan tidak sehebat mana. Tiada salahnya jika kamu cuba jadikan ayah kamu sebagai contoh tetapi janganlah terlalu kerap hingga menyebabkan si dia rasa tidak selesa.
# 4 : “Bila saya dengan ex-boyfriend saya dulu..”
Mungkin niat kamu bercerita, tetapi hakikatnya lelaki tidak suka mendengar apa-apa cerita yang melibatkan pasangannya dengan seorang lelaki yang lain walaupun ia cerita yang basi. Ini kerana, setiap kali kamu bercerita, mindanya akan membayangkan serta mengambarkan situasi kamu dan akhirnya akan menyebabkan pergaduhan kerana emosinya terganggu. Jadi, elakkan atau lupakan terus bercerita tentang semua itu.
# 5 : “Jangan jadi lelaki tak guna!”
Sungguh pun mereka kasar, tetapi mereka tidak suka berdepan dengan gadis yang mempunyai gaya bahasa yang kasar. Jika kamu sekadar untuk mengingatinya agar menjaga kelakuan, gunalah bahasa yang lebih berlapik dan lembut. Jangan sesekali menyakiti hatinya dengan perkataan-perkataan kamu.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|